Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (248)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (247)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (249)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (248)
2021-01-01 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (248)

Bacaan Bible:

Mat. 24:44   Atas sebab ini, kamu juga bersiap sedialah kerana pada waktu yang tidak kamu sangka-sangka, Anak Manusia akan datang.

Wahi 3:10   Oleh sebab kamu telah mematuhi sabda kesabartahanan-Ku, Aku juga akan melindungi kamu daripada waktu cubaan yang sudah hendak menimpa seluruh bumi yang berhuni, untuk mencuba mereka yang tinggal di bumi.

Diambil bermaksud diraptur sebelum kesengsaraan dahsyat [Mat. 24:40-41]. Kerapturan ini ialah tanda kedatangan Tuan dan tanda bagi orang Yahudi. Memang menarik untuk melihat dua orang lelaki itu bekerja di ladang dan dua orang perempuan itu mengisar di batu kilangan. Bekerja di ladang dan juga mengisar adalah untuk mencari makan. Terdapat perbezaan antara kita mencari makan dengan orang duniawi mencari makan. Orang duniawi belajar dan bekerja, dan kita juga belajar dan bekerja. Akan tetapi, orang duniawi telah dimabukkan. Namun kita…sekadar…melaksanakan tugas kita untuk menyara hidup.…Kita memelihara kewujudan kita untuk mengambil jalan salib bagi menggenapi tujuan Tuhan.

Sementara kita menunggu kedatangan-Nya dan menanti-nantikan kerapturan, kita haruslah amat setia dalam tugas harian kita.…Dikbang-dikbang yang bekerja di ladang dan dikkak-dikkak yang mengisar di batu kilangan inilah yang akan diraptur.

Sebagai orang yang mempunyai sifat manusia yang jatuh, kita mudah mencari alasan supaya tidak menghabiskan begitu banyak masa di ladang atau mengisar. Jika kamu berbuat demikian, kamu tidak akan diraptur. 

Antara dua orang lelaki di ladang, seorang diambil dan seorang ditinggalkan; antara dua orang perempuan yang mengisar di batu kilangan, seorang diambil dan seorang ditinggalkan. Sebabnya ialah terdapat perbezaan antara mereka dalam soal hayat. Saya percaya bahawa orang yang diambil itu adalah matang, manakala yang ditinggalkan itu tidak matang. Hayatlah yang menjadikannya berbeza. Kerapturan pejayeng, iaitu orang yang matang dalam hayat, akan menjadi tanda bagi orang yang ditinggalkan. 

Dalam Matius 24:42, Tuan memberitahu kita supaya berjaga-jaga, kerana kita tidak tahu pada hari apa Tuan akan datang.…[Dalam ayat 43,] tuan rumah merujuk kepada percayawan, manakala rumah merujuk kepada tingkah laku dan kerja percayawan yang dibinanya dalam kehidupan Kristiannya. Pencuri datang mencuri benda yang berharga pada masa yang tidak diketahui. Tuan akan datang secara tersembunyi sebagai pencuri kepada orang yang mengasihi-Nya dan mengambil mereka sebagai harta-Nya. Oleh itu, kita harus berjaga-jaga.…[Ayat 44] merujuk kepada kedatangan Tuan secara tersembunyi kepada pejayeng yang berjaga-jaga.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 2, Hari 4.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (247)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (249)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)