Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (247)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (246)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (248)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (247)
2020-12-31 | 0 Komen
A- A+ Simpan
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (247)

Bacaan Bible:

2 Tes. 2:3   …Hari itu tidak akan datang, melainkan kemurtadan itu datang dahulu dan manusia yang tidak mengendahkan hukum ditampakkan, iaitu anak kebinasaan. 

2 Tes. 2:7   Kerana yang beroperasi sekarang ialah misteri ketidakendahan terhadap hukum, tetapi hanya hingga dia yang kini mengekang itu tersingkir. 

2 Tes. 2:11   Dan atas sebab ini, Tuhan mengutus operasi kesesatan kepada mereka agar mereka mempercayai dusta itu.

Sebelum hari kedatangan kedua Tuan, kemurtadan akan datang, dan manusia yang tidak mengendahkan hukum, iaitu Antikristus, akan ditampakkan [2 Tes. 2:3]. Hal-hal ini ialah tanda bagi kedatangan kedua Tuan. Walaupun Antikristus belum lagi ditampakkan, misteri ketidakendahan terhadap hukum sudah beroperasi di bumi [ay. 7]; dengan itu, bumi ini dipenuhi kemurtadan. Ini memberitahu kita bahawa hari kedatangan kedua Tuan tidak lama lagi.

Dua Timotius 3:1-5 menghuraikan keadaan masyarakat manusia pada akhir zaman ini…[sebagai] tanda kedatangan kedua Tuan.…Pada hari-hari terakhir, manusia akan paling mencintai diri sendiri, dan seterusnya mencintai wang.…Terdapat juga pemegahan, kebongkakan, cercaan, dan penghujatan terhadap Tuhan.…Orang hari ini enggan dihadkan; mereka semua melakukan hal secara semberono dan bongkak dengan bertopengkan kebebasan. Ini juga satu ciri yang khusus bagi orang pada hari ini yang menjadi pencinta keseronokan dan bukan pencinta Tuhan.…Semua ini ialah tanda bagi kedatangan kedua Tuan, dan tanda-tanda ini harus memperingatkan kita bahawa kita harus berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk kedatangan Tuan.

Pada masa kedatangan kedua-Nya, banyak percayawan akan mempunyai iktikad yang sedikit [Luk. 18:8]. Kekurangan iktikad dalam kalangan percayawan ialah tanda bagi kedatangan kedua Tuan.

Sebelum kedatangan Tuan yang sudah mendekat, akan ada tanda-tanda yang jelas. Pada waktu ini, manusia akan mengumpulkan kekayaan seperti yang tidak pernah berlaku.…Tidak ada zaman lain yang akan melihat kekayaan yang begitu banyak seperti zaman yang paling dekat dengan perkembalian Tuan...Bukan sahaja kenikmatan terhadap benda material berlipat ganda, malah pemuasan nafsu juga berlipat ganda...Saya mengatakan hal ini agar semua dikbang dan dikkak di seluruh dunia tahu bahawa hari Tuan sudah menjelang! Kita harus menghabiskan segala-gala yang kita miliki pada Tuan, sementara wang masih lagi berguna.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 2, Hari 3.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (246)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (248)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)