Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (246)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (245)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (247)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (246)
2020-12-30 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (246)

Bacaan Bible:

Mat. 24:14   Dan injil kingdom ini akan diberitakan di seluruh bumi yang berhuni sebagai kesaksian bagi semua bangsa; kemudian keakhiran itu akan tiba. 

Mat. 24:32-33   Tetapi belajarlah ibarat daripada pohon ara: Sebaik sahaja rantingnya melembut dan mengeluarkan daun, kamu tahu bahawa musim panas sudah dekat. Begitu juga kamu, apabila melihat semua hal ini, tahu bahawa musim itu sudah dekat, di depan pintu.

Injil kingdom yang merangkumi injil kurnia (Kis. 20:24) bukan sahaja membawa orang ke dalam penyelamatan Tuhan tetapi juga ke dalam kingdom syurga-syurga (Wahi 1:9). Injil kurnia menekankan pengampunan dosa, penebusan Tuhan, dan hayat abadi, manakala injil kingdom menekankan pemerintahan syurgawi Tuhan dan kuasa Tuan. Injil kingdom ini akan diberitakan di seluruh bumi sebagai kesaksian bagi semua bangsa sebelum akhir zaman ini. Oleh itu, pemberitaan yang dilambangkan oleh kuda putih daripada meterai pertama dalam Wahi 6:1-2 akan menjadi tanda kesudahan zaman ini.

[Apabila] pemberitaan injil kingdom ke seluruh dunia…disempurnakan, kita harus menyedari bahawa tiga tahun setengah yang terakhir akan bermula [Mat. 24:14].…Sebelum pemberitaan ini, banyak perkara yang lain akan berlaku. Namun hal-hal ini bukanlah tanda keakhiran zaman, kerana semasa Tuan berbicara berkenaan hal-hal ini, Tuan mengatakan bahawa keakhiran itu belum lagi. Oleh itu, pemberitaan injil kingdom ke seluruh bumi berhuni akan menjadi tanda yang unik bagi keakhiran zaman ini.

Pohon ara mewakili bangsa Israel. Dalam Matius 21:18-20, pohon ara, iaitu lambang bagi bangsa Israel, telah dilaknat Tuan dan menjadi layu kerana tidak berbuah untuk Tuan. Orang Yahudi kehilangan bangsa mereka dan diselerakkan. Namun demikian, menurut nubuat dalam Bible, orang Yahudi akan memulihkan bangsa mereka. Sabda Tuan berkenaan ranting pohon ara melembut dan mengeluarkan daun merujuk kepada perkara ini. Apabila Israel, seperti pohon ara ini, melembut dan mengeluarkan daun, Tuan mengatakan bahawa kedatangan-Nya sudah dekat. Pemulihan bangsa Israel ialah satu lagi tanda bagi kedatangan kedua Tuan. 

Pohon ara yang melambangkan bangsa Israel, dilaknat dalam Matius 21:19. Pohon ara melalui musim sejuk yang lama, dari abad pertama hingga tahun 1948 Masihi apabila bangsa Israel direstorasikan. Itulah masa rantingnya melembut dan mengeluarkan daun.…Melembut menandakan bahawa hayat telah pulih kembali, dan mengeluarkan daun menandakan aktiviti luaran. Musim sejuk melambangkan masa kelayuan, masa kesengsaraan (24:7-21). Musim panas pula melambangkan zaman kingdom yang direstorasikan (Luk. 21:30-31), yang akan bermula pada kedatangan kedua Tuan.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (245)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (247)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)