Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (245)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (244)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (246)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (245)
2020-12-29 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (245)

Bacaan Bible:

Mat. 24:27   Kerana sebagaimana kilat datang dari timur dan bersinar ke barat, begitu juga dengan kedatangan Anak Manusia. 

Mat. 24:30   Ketika itu, tanda Anak Manusia akan muncul di langit; kemudian semua suku di tanah itu akan meratap, dan mereka akan nampak Anak Manusia datang di atas awan langit dengan kudrat dan kemuliaan agung.

Perkataan Yunani yang diterjemahkan sebagai “kedatangan” dalam Matius 24:27 ialah parousia, dan maknanya secara literal ialah “hadirat”. Perkataan yang sama diterjemahkan sebagai “hadir” dalam Filipi 2:12. Bagi percayawan-Nya, perkembalian Tuan bermaksud hadirat-Nya bersama dengan mereka. Hadirat Tuan akan bermula sebelum kesengsaraan dahsyat apabila percayawan yang jayeng diraptur,…dan berlangsung sehingga penghujung kesengsaraan dahsyat apabila Tuan turun untuk menampakkan diri-Nya kepada dunia.…Sepanjang waktu ini, Tuan akan meraptur percayawan ke dalam hadirat-Nya mengikut masa yang berlainan. Bagi percayawan, kedatangan-Nya bermaksud mereka diraptur ke dalam hadirat-Nya; bagi Tuan, hadirat-Nya bermaksud Dia datang kepada para percayawan.

Bible menunjukkan bahawa kedatangan kedua Tuan ialah kedatangan yang sebenar dan Tuan sendiri akan turun dari langit untuk dimanifestasikan di hadapan manusia. Kedatangan-Nya yang berhubung dengan para percayawan-Nya merangkumi satu jangka masa yang panjang, iaitu masa hadirat-Nya, yang bermula sebelum kesengsaraan dahsyat dan berakhir pada penghujung kesengsaraan dahsyat.…Pada penghujung kesengsaraan dahsyat, kedatangan hadirat-Nya akan dimanifestasikan apabila Dia datang ke bumi untuk menampakkan diri kepada manusia. Kedatangan-Nya adalah tersembunyi dan rahsia pada mulanya, dan termanifestasi serta terbuka pada akhirnya. 

Salah satu aspek kedatangan kedua Tuan ialah kedatangan yang tersembunyi dan rahsia, seperti kedatangan seorang pencuri pada waktu malam. Aspek tersembunyi dan rahsia bagi kedatangan kedua Tuan akan berlaku sebelum bermulanya kesengsaraan dahsyat; ini tidak berkaitan dengan manifestasi-Nya pada penghujung kesengsaraan dahsyat.

Walaupun terdapat aspek yang rahsia dan tersembunyi bagi kedatangan Tuan, yang hanya akan dilihat oleh orang yang berjaga-jaga, Bible turut memperkatakan kedatangan-Nya seperti kilat melintasi langit, yang akan dilihat secara terbuka oleh semua orang [Mat. 24:27, 30].…Petikan-petikan ini memperkatakan dua aspek yang berlainan bagi kedatangan kedua Tuan: aspek yang tersembunyi dan rahsia, serta aspek yang termanifestasi dan terbuka. Aspek yang tersembunyi ialah parousia-Nya, manakala aspek terbuka ialah epiphaneia-Nya.…Hanya percayawan yang berjaga-jaga dan jayeng yang menantikan-Nya akan berbahagian dalam aspek yang tersembunyi. Seluruh dunia akan melihat aspek yang terbuka, dan semua percayawan akan berbahagian dalamnya.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 2, Hari 1.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (244)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (246)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)