Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (228)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (227)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (229)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (228)
2020-12-12 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (228)

Bacaan Bible:

Yoh. 21:15-17   …Yesus berkata kepada Simon Petrus, Simon, anak Yohanes, adakah kamu mengasihi Aku lebih daripada segala ini? Petrus berkata kepada-Nya, Ya, Tuan, Engkau tahu bahawa aku mengasihi Engkau. Yesus berkata kepadanya, Berilah makan kepada anak-anak domba-Ku.…Gembalalah domba-domba-Ku.…Berilah makan kepada domba-domba-Ku.

Kis. 20:28   Berhati-hatilah kamu untuk sendiri dan untuk semua kawanan; dalam kalangan mereka Roh Kudus telah menempatkan kamu sebagai penguruselia untuk menggembala gereja Tuhan…

Jika kita tidak tahu cara menggembala, kita tidak dapat memberi makan kepada orang. Tujuan utama kumpulan kecil dan kumpulan vital dalam kehidupan gereja bukan sekadar menjaga satu sama lain tetapi juga menggembala satu sama lain. Kamu menggembala saya, dan saya menggembala kamu.…Inilah saling menggembala. Semasa menggembala orang, pertama-tamanya kita harus membelai mereka untuk menggembirakan mereka, dan kemudian kita harus memberi mereka makan. Jenis pemberian makan ini ialah penggembalaan yang sebenar. 

Penggembalaan Tuan berada dalam ministri-Nya di syurga (1 Ptr. 5:4) untuk menjaga gereja Tuhan, bagi menghasilkan Tubuh-Nya. Ketika Dia berada di bumi, Dia menggembala. Selepas Dia bangkit dan naik ke syurga, Dia masih lagi menggembala. 

Ketika Tuan berada bersama dengan disipal-disipal-Nya selepas Dia bangkit dan sebelum Dia naik ke syurga, pada satu kali ketika Dia menampakkan diri, Dia mengamanatkan Petrus agar memberi makan kepada anak-anak domba-Nya dan menggembala domba-domba-Nya semasa Dia tidak ada, iaitu semasa Dia berada di syurga-syurga (Yoh. 21:15-17). Menggembala mengimplikasikan memberi makan, namun menggembala juga merangkumi lebih daripada hal memberi makan. Menggembala bererti memberi jagaan yang serba merangkumi dan lembut mesra kepada kawanan.

Ini bererti menginkorporasikan ministri dutus dengan ministri Kristus di syurga untuk menjaga kawanan Tuhan, iaitu gereja yang menghasilkan Tubuh Kristus...Dalam Kisah 20:28, Paulus memberitahu para penatua di Efesus, “Berhati-hatilah kamu untuk sendiri dan untuk semua kawanan; dalam kalangan mereka Roh Kudus telah menempatkan kamu sebagai penguruselia untuk menggembala gereja Tuhan yang diperoleh [atau, dibeli]-Nya menerusi darah-Nya sendiri.”...Petrus menasihati para penatua agar menggembala kawanan Tuhan dalam kalangan mereka supaya apabila Ketua Gembala itu dimanifestasikan, mereka, yakni penatua yang setia, akan menerima mahkota kemuliaan yang tidak luntur (1 Ptr. 5:1-4)...Kata-kata Petrus menunjukkan bahawa ministri Kristus di syurga terutamanya adalah untuk menggembala gereja Tuhan yang merupakan kawanan-Nya, bagi menghasilkan Tubuh-Nya.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 11, Hari 5.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (227)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (229)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)