Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (227)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (226)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (228)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (227)
2020-12-11 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (227)

Bacaan Bible:

1 Ptr. 2:25   Kamu dahulu seperti domba yang disesatkan, tetapi kini kamu telah kembali kepada Gembala dan Penguruselia sukmamu.

Mzm. 23:1-3   Yehova ialah Gembalaku; aku tidak akan kekurangan. Dia membaringkan aku di padang rumput hijau; Dia memimpin aku ke tepi air yang tenang. Dia memugari sukmaku…

Masalah kita ialah kita seperti domba yang sesat. Akan tetapi, kini kita telah kembali, berpaling semula, kepada Gembala dan Penguruselia sukma kita.…Gembala mengambil berat tentang keperluan fizikal kawanannya, dan Kristus Gembala kita mengambil berat tentang keperluan sukma kita. Dia bukan Gembala tubuh kita; Dia ialah Gembala sukma kita, diri dalaman kita. Kita semua mempunyai roh, dan roh ialah organ dalaman kita. Akan tetapi, diri kita ialah sukma. Oleh itu, Kristus terutamanya menggembala kita dengan menjaga sukma kita. Dia menjaga minda, emosi, dan tekad kita.

Kita mungkin beranggapan bahawa masalah kita ada pada tubuh. Tidak diragui, tubuh sememangnya membawa banyak masalah kepada kita. Akan tetapi, masalah kita yang sebenar ialah dalam sukma kita. Minda, emosi, dan tekad kita semuanya ada masalah. Orang yang tidak percaya berkeluyuran dalam sukma, dan mereka tidak mempunyai gembala untuk menjaga mereka. Akan tetapi,…kita mempunyai seorang Gembala yang menjaga sukma kita. Kita bukan sahaja mempunyai hayat Tuan dalam kita, tetapi kita juga mempunyai Dia sebagai Gembala kita. Kini, Dia menggembala kita dalam sukma kita.

Dalam pengalaman kita, kadangkala kita memang tidak tahu apa yang harus difikirkan. Kita tidak tahu mengarahkan pemikiran kita. Inilah satu petunjuk bahawa minda kita memerlukan Tuan Yesus sebagai Gembala. Saya dapat bersaksi bahawa banyak kali dalam keadaan sebegini Tuan Yesus menjadi Gembala saya. Hasil daripada penggembalaan-Nya, minda kita diarahkan dan diletakkan di jalan yang betul.

Emosi kita yang rumit mudah terganggu. Hal ini memang benar terutamanya bagi emosi dikkak-dikkak. Oleh yang demikian, kita memerlukan Tuan Yesus menggembala kita dalam emosi kita. Penggembalaan-Nya melipurkan emosi kita.

Tekad kita juga memerlukan penggembalaan Tuan. Sebagai insan, sering kali kita berasa sukar untuk membuat keputusan yang betul. Kadangkala, perkara yang paling sukar ialah membuat keputusan. Orang yang tidak percaya tidak mempunyai sesiapa yang dapat memimpin dan membimbing mereka dalam hal membuat keputusan. Akan tetapi, kita mempunyai Gembala untuk memimpin dan membimbing kita. Pimpinan dan bimbingan Tuan terutamanya berkaitan dengan tekad kita. Sebagai Gembala hidup, Tuan terus-menerus mengarahkan tekad kita. Saya tidak dapat memberitahu kamu berapa banyak kali saya mengalami hal ini. Tuan benar-benar ialah Gembala sukma kita. Dia mengarahkan minda kita, melipurkan emosi kita, dan memimpin serta membimbing tekad kita.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 11, Hari 4.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (226)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (228)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)