Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (229)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (228)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (230)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (229)
2020-12-13 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (229)

Bacaan Bible:

Luk. 15:4-5   Lelaki manakah daripada kamu yang ada seratus ekor domba dan kemudian kehilangan seekor daripada domba-domba itu, tidak meninggalkan sembilan puluh sembilan ekor di gurun tandus lalu pergi mencari seekor yang hilang itu hingga menjumpainya? Dan setelah dia menjumpainya, dia dengan girang memikulnya di atas bahunya.

Lukas 7:34 berkata, “Anak Manusia telah datang, makan dan minum, dan kamu berkata, Lihatlah, seorang pelahap dan peminum, sahabat kepada pemungut cukai dan pendosa.” Jika kita melihat seorang pemabuk sedang minum bir, kita pasti akan menjauhinya. Kita lebih rela pergi mencari seorang pekudus yang menjalani kehidupan korporat yang wajar. Roh sebegini kini tersebar luas dalam pemulihan Tuan di merata dunia. Kita mengasihi orang yang menjalani kehidupan korporat yang wajar, namun kita tidak mengasihi orang yang pergi menonton wayang atau orang yang minum bir. Sebaliknya kita mungkin akan bergosip tentang mereka. Inilah roh yang memenuhi semua gereja.

Kita tidak mempunyai roh yang mengasihi dunia, yang mengasihi orang terjahat. Kita mengelaskan orang dengan memilih orang yang baik.…Jangan mengelaskan orang. Siapakah yang dapat menjangkakan apa yang akan berlaku pada mereka kelak? Ketika saya bermain mahjung [tanpa pengetahuan ibu saya] pada usia lapan belas tahun atau sembilan belas tahun, siapakah yang terfikir bahawa pemain mahjung ini akan memberitakan Tuan kepada orang di Amerika Syarikat selepas banyak tahun kemudian? Siapakah yang membawa saya ke sini? Kristus yang merupakan tangga syurgawi. 

Semasa saya main mahjung, [seorang pastor] datang mencari saya setiap minggu.…Akhirnya pada penghujung bulan Disember dia berkata, “…Saya tidak akan datang mencari kamu minggu depan. Saya akan tunggu sehingga selepas Tahun Baru.”…Hari kedua Tahun Baru Cina ialah hari yang penuh dengan kejahatan, perjudian, dan pelbagai jenis hiburan. Pada hari itu,…saya berkata, “Saya akan pergi ke gereja Pastor Yu.”…Dengan itu, saya pergi ke gereja denominasi itu. Itulah kali pertama saya memanjat tangga syurgawi. Kristus telah pergi ke sebuah rumah yang penuh dengan pendosa dan pemungut cukai. Kumpulan vital, rakan sekerja, dan penatua harus mempunyai roh sebegini, yakni roh kepunyaan Tuhan yang mengasihi dunia, roh kepunyaan Kristus yang datang ke keluarga yang paling teruk untuk mendapatkan orang dan meletakkan mereka pada Dia yang merupakan tangga syurgawi agar mereka dapat naik pada Dia.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 11, Hari 6.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (228)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (230)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)