Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (226)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (225)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (227)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (226)
2020-12-10 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (226)

Bacaan Bible:

Yoh. 10:10-11   …Aku datang supaya mereka beroleh hayat dan berolehnya secara berlimpah-limpah. Akulah Gembala baik; Gembala baik menyerahkan nyawa-Nya untuk domba. 

Yoh. 10:14   Akulah Gembala baik, dan Aku mengenali domba milik-Ku, dan domba milik-Ku mengenali Aku.

Dalam Yohanes 10:10-11 perkataan hayat dan nyawa yang terdapat dalam dua ayat ini ialah dua perkataan yang berlainan dalam bahasa Yunani. Dalam ayat 10, perkataan dalam bahasa Yunani ialah zoe, yakni perkataan yang digunakan untuk hayat yang divin dan abadi dalam Wasiat Baru. Dalam ayat 11, perkataan dalam bahasa Yunani ialah psuche, yakni perkataan yang sama dengan perkataan bagi sukma, yang bererti hayat sukmawi, iaitu hayat insani. Dua ayat ini menunjukkan bahawa Tuan Yesus memiliki dua jenis hayat. Sebagai manusia, Tuan mempunyai hayat psuche, iaitu hayat insani. Sebagai Tuhan, Dia mempunyai hayat zoe, iaitu hayat divin. Dia menyerahkan sukma-Nya, iaitu hayat psuche-Nya, hayat insani-Nya untuk menyempurnakan penebusan bagi dombaNya (10:15, 17-18) agar mereka dapat berbahagian dalam hayat zoe-Nya, iaitu hayat divin-Nya (10:10), hayat abadi (10:28). Dengan hayat ini, mereka dapat dibentuk menjadi satu kawanan di bawah diri-Nya yang merupakan satu Gembala. Sebagai Gembala baik, Dia memberi domba-Nya makan hayat divin dengan cara ini dan untuk tujuan ini. 

Hayat divin Tuan sama sekali tidak dapat dibunuh. Semasa Dia disalibkan, yang terbunuh itu ialah hayat insani-Nya. Untuk menjadi Penyelamat kita, Dia yang merupakan insan menyerahkan hayat insani-Nya untuk menyempurnakan penebusan bagi kita supaya kita dapat menerima hayat zoe-Nya. Dia menyerahkan hayat insani-Nya supaya kita, setelah ditebus, dapat menerima hayat zoe-Nya, yakni hayat abadi.

Sebagai manusia, Gembala mempunyai hayat insani. Dia mengorbankan hayat insani-Nya supaya Dia dapat menyempurnakan penebusan untuk kawanan domba-Nya. Dengan cara ini, kawanan domba-Nya ditebus. Kemudian, kawanan domba menerima hayat divin-Nya, dan melalui hayat divin ini, domba hidup bersama-sama sebagai kawanan domba. Oleh itu, kawanan domba dibentuk menjadi satu unit, satu entiti. Hal ini bukan disempurnakan melalui hayat insani, tetapi melalui hayat divin. 

Dalam hayat divin, kita semua ialah satu entiti; ini bermaksud bahawa kita ialah satu kawanan di bawah satu Gembala dalam satu hayat.…Domba ialah orang yang dilahirukan yang mempunyai hayat divin. Kita semua harus hidup melalui hayat divin, dan dengan demikian kita menjadi domba yang sejati, benar, dan murni.… Kawanan domba dihasilkan, dipelihara, dikekalkan, dan dibentuk melalui hayat divin. Alangkah baiknya dikbang-dikbang tinggal bersama dalam kesatupaduan (Mzm. 133:1). Walau bagaimanapun, tinggal dalam kesatupaduan bermaksud tinggal dalam hayat divin. Puji Tuan kerana dalam hayat divin, kita benar-benar adalah satu dan mengasihi satu sama lain. Hal ini tidak mungkin berlaku dalam hayat manusia, hayat psuche kita, tetapi hanya mungkin berlaku dalam hayat divin, hayat zoe. Kita menerima hayat zoe ini menerusi penebusan yang disempurnakan oleh Gembala kita yang menyerahkan hayat psuche-Nya. Dia mengorbankan hayat psuche-Nya untuk menyempurnakan penebusan bagi kita semua supaya kita dapat menerima Dia sebagai hayat zoe kita. Sekarang, kita berada dalam hayat zoe, berada di bawah satu Gembala untuk menjadi satu kawanan.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 11, Hari 3.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (225)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (227)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)