Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (225)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (224)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (226)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (225)
2020-12-09 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (225)

Bacaan Bible:

Yeh. 34:13-14    Dan Aku akan membawa mereka keluar daripada bangsa-bangsa dan menghimpunkan mereka dari negeri-negeri dan membawa mereka ke tanah mereka sendiri, dan Aku akan memberi mereka makan di atas gunung-gunung Israel di tepi aliran air dan di semua tempat yang berhuni di tanah itu. Aku akan memberi mereka makan di padang rumput yang baik, dan tempat tinggal mereka akan terletak di gunung-gunung di tanah tinggi Israel…

Sebagai Gembala kita, Kristus menjaga kita, termasuk semua masalah dan tanggungjawab kita. Dia menjaga kita bukan sahaja dalam hal-hal rohani tetapi juga dalam semua perkara yang berkaitan dengan keperluan insani kita. Menurut Mazmur 23, ini bermaksud Dia menjaga kita dalam setiap aspek kehidupan kita.

Memandangkan Tuan Yesus ialah Gembala kita yang menjaga kita, kita tidak harus risau tentang masalah atau kehidupan kita. Sebaliknya, kita perlu belajar menaruh keyakinan kita pada-Nya. Pada hujung sehari suntuk, memang bagus untuk berdoa kepada Tuan Gembala kita. Kita tidak perlu berdoa panjang dengan cara yang formal dan agamawi. Kita boleh berkata dengan ringkas, “Tuan Yesus, aku bersyukur kepada-Mu kerana aku berada di bawah jagaan-Mu. Sekarang aku sudah hendak tidur, aku memohon Engkau datang dan menjaga aku.” Doa yang ringkas seperti ini sudah cukup baik. Ketika kamu bangun pada waktu pagi, kamu berkata, “Tuan, aku bersyukur kepada-Mu kerana aku masih di bawah jagaan-Mu.” Kamu tidak perlu menjadi agamawi, dengan meminta Tuan melindungi kamu dan melakukan banyak hal yang lain untuk kamu. Jika kamu berdoa dengan cara yang agamawi, Tuan mungkin berkata, “Anak, Aku tahu apa yang engkau perlu. Jangan buang masa engkau dan jangan bebankan Aku dengan doa sedemikian. Nikmatilah sahaja jagaan Aku.”

Tuan Yesus sememangnya Gembala kita.…Ke mana sahaja saya pergi dan bekerja, saya berada di bawah jagaan penggembalaan-Nya.…Dalam pemulihan-Nya, kita merupakan kawanan-Nya yang berada di bawah penggembalaan-Nya sepanjang masa. Semasa Dia menjaga kita, Dia memberi kita makan, lalu kita mempunyai pengalaman sebenar Mazmur 23: Yehova ialah Gembala kita; kita tidak akan kekurangan. Semoga kita belajar untuk mengalami Kristus sebagai Gembala kita.

Apabila Tuan Yesus datang sebagai Gembala, Dia juga datang sebagai Raja. Hasil daripada Tuan menjaga kita sebagai Gembala ialah kita patuh kepada Dia sebagai Raja kita dan berada di bawah kemaharajaan-Nya. Tuan ialah Gembala kita untuk menjadi Raja kita, dan Dia ialah Raja kita untuk menjadi Gembala kita. Dari satu segi Dia menggembala kita; dari segi lain, Dia memerintah kita. Apabila kita menerima penggembalaan Tuan, kita mengenali takhta, kingdom, dan kuasa Tuan. Dia menggembala kita melalui jagaan dan bekalan-Nya agar kita tunduk kepada kemaharajaan-Nya, dengan itu Dia dapat mendirikan takhta dan kingdom-Nya dalam kita.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 11, Hari 2.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (224)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (226)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)