Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (224)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (223)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (225)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (224)
2020-12-08 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (224)

Bacaan Bible:

Yer. 3:15   Dan Aku akan memberi kamu gembala-gembala yang menurut hati-Ku, yang akan memberi kamu makan pengetahuan dan kebijaksanaan.

Yes. 40:11   Sebagai Gembala, Dia akan memberi makan kepada kawanan-Nya; dengan lengan-Nya, Dia akan menghimpunkan anak-anak domba; di dalam pangkuan-Nya, Dia akan mendukung anak-anak domba. Dia akan memimpin domba yang menyusui anak.

Yehova juga berjanji untuk memberi Israel gembala-gembala yang menurut hati-Nya (3:15). Gembala-gembala itu akan memberi Israel makan pengetahuan dan kebijaksanaan. Israel adalah jahil dan tidak mengetahui apa-apa, namun gembala-gembala ini akan memberi dia makan pengetahuan yang wajar terhadap Tuhan dan kebijaksanaan Tuhan. 

Sebagai Yang perkasa, iaitu Yang memerintah dan menghakim, Dia datang untuk menjadi Gembala (Yes. 40:11; Mat. 9:36; Yoh. 10:2-4, 11, 14). Ketika gembala menjaga kawanannya, dia memerintah domba dan membetulkannya. Pemerintahan dan pembetulannya ialah penggembalaannya. Dahulunya kita mungkin orang yang liar, orang yang tidak mahu mendengar injil atau sabda Tuhan. Akan tetapi, dalam pemerintahan Yesus, Dia telah melakukan sesuatu untuk mengawal tertib kita. Pengawaltertiban-Nya ialah penggembalaan-Nya. Banyak daripada kita diselamatkan disebabkan pengawaltertiban Yesus. Pengawaltertiban-Nya menggembala kita untuk membawa kita ke dalam kawanan, untuk membawa kita ke jalan yang betul, dan melaraskan kita agar kita mempunyai langkah yang wajar. Dia melaraskan kita agar kita tidak terlalu cepat atau terlalu perlahan, tetapi mengikut langkah kawanan. Hari ini, Dia masih menggembala kita dengan melaraskan kita. Dia mengarahkan kita, menghalang kita, dan mendesak kita.

Yehezkiel bernubuat bahawa Tuan…akan membawa umat-Nya…keluar daripada bangsa-bangsa [Yeh. 34:12-13]. Ini juga pengalaman kita. Ketika kita jatuh seperti pendosa atau ketika kita menjadi orang yang mundur, kita berada dalam kalangan bangsa-bangsa dan hidup seperti bangsa Asing. Walaupun kita hidup seperti orang yang tidak percaya dalam kalangan berjuta-juta orang di bumi, namun Tuan Yesus mendapatkan kita dan membawa kita keluar daripada bangsa-bangsa, keluar daripada orang yang tidak percaya. Kamu mungkin seorang guru sekolah dalam kalangan banyak guru yang lain, namun kamu seorang yang didapatkan dan dibawa balik oleh Tuan Yesus; Dia menjadikan kamu berbeza daripada bangsa Asing. Sebelum ini kamu sama seperti orang yang tidak percaya, namun pada suatu hari Tuan Yesus sebagai Gembala mencari sampai mendapatkan kamu dan membawa kamu keluar daripada kalangan orang yang tidak percaya serta membawa kamu kepada diri-Nya.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 11, Hari 1.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (223)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (225)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)