Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (173)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (172)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (174)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (173)
2020-10-18 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Rat. 3:22-25   …Belas kasihan-Nya tidak berkesudahan; semuanya baru setiap pagi; besar kesetiaan-Mu. Yehova ialah bahagianku, kata sukmaku; maka aku berharap pada-Nya. Yehova adalah baik kepada semua yang menantikan-Nya, kepada sukma yang mencari-Nya.

Kita mungkin beranggapan bahawa kita tidak ada harapan langsung disebabkan kegagalan kita. Oleh itu, adalah bermanfaat untuk mempertimbangkan Ratapan 3:22-25.…Kata-kata ini ditulis selepas orang Babylon memusnahkan Yerusalem, membakar bait, dan membuang banyak orang Israel sebagai tawanan.…Umat Israel pasti berasa bahawa Tuhan telah meninggalkan mereka dan mereka tidak ada harapan lagi. Dari satu segi, Yeremia sedang meratap; dari segi yang lain, dia sedang menulis. Dalam penulisannya dia dapat berkata bahawa disebabkan keihsanan kasih Yehova, mereka tidak lenyap. Dia dapat berkata bahawa mereka masih di situ kerana Tuhan tidak meninggalkan mereka. Para pemimpin, para penyabda, dan para hentar telah gagal, tetapi belas kasihan Tuhan tidak berkesudahan; sebaliknya, belas kasihan-Nya adalah baru setiap pagi. Yeremia bahkan dapat mengisytiharkan bahawa Yehova ialah bahagiannya dan dia berharap pada-Nya, kerana Dia adalah baik kepada semua yang menantikan-Nya. Mengapakah pada-Nya ada harapan? Pada Tuhan ada harapan kerana pada Tuhan tidak ada kekecewaan.

Sekiranya kita mengecewakan Tuhan hari ini, kita tidak harus berasa hampa. Tuhan ada jalan untuk menanggulangi kita. Dia ada jalan untuk menjadikan kita matang dan membawa kita ke dalam Yerusalem Baru. Jika kita ialah pejayeng, kita akan menikmati ganjaran pada zaman milenium. Jika kita tewas, kita akan menderitai hukuman pada zaman milenium; akan tetapi, akhirnya kita akan menjadi matang dan masuk ke dalam Yerusalem Baru. Sesetengah orang Kristian mungkin mengasihi dunia hari ini, tetapi lambat-laun Tuhan akan datang untuk mengambil “mainan” dunia dan mereka akan bertaubat. Kemudian, Dia mungkin berkata, “Anak, kamu tidak perlu bertaubat lagi. Kamu hanya perlu menerima Kristus masuk dan bergiranglah bersama-sama-Ku.”

Kita tidak perlu berasa risau akan keadaan kita. Tuhan adalah sabar, bersimpati, dan berbelas kasihan, dan Dia akan mengambil masa untuk menjadikan kita matang. Setiap percayawan, sama ada lemah atau kuat pada masa ini, akan berada dalam Yerusalem Baru; di sana, setiap orang akan menjadi matang. Sama ada kita mencari Tuhan dengan tekun atau sedikit sahaja, Tuhan ada jalan untuk menjadikan Kristus keadilbenaran kita, penebusan kita, hayat kita, hukum hayat kita, dan keupayaan hayat kita supaya kita dapat menjadi matang. Setiap percayawan yang sebenar dalam Kristus akan mencapai kematangan dan akan berada dalam Yerusalem Baru. Oleh itu, kita tidak seharusnya menjadi gentar atau hampa. Sebaliknya, kita harus digalakkan.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 3, Hari 6. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (172)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (174)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)