Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (172)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (171)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (173)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (172)
2020-10-17 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Rat. 3:22-23   Disebabkan keihsanan kasih Yehova, kita tidak lenyap, kerana belas kasihan-Nya tidak berkesudahan; semuanya baru setiap pagi; besar kesetiaan-Mu.

1 Kor. 1:9   Tuhan adalah setia; menerusi-Nya kamu telah dipanggil ke dalam persekutuan Anak-Nya, Yesus Kristus, Tuan kita.

Walaupun kita tidak setia, Tuhan adalah setia [Rat. 3:23].…Korus sebuah kidung yang terkenal berkenaan kesetiaan Tuhan (Kidung, #13) berbunyi, “Agungnya setia-Mu! Agungnya setia-Mu! / Tiap pagi rahmat-Mu segar, baru.…” Berkenaan kesetiaan Tuhan yang dikatakan dalam Bible dan dalam kidung ini, kita mungkin mempunyai pemahaman secara alamiah atau secara rohani.…Sekiranya kamu memahami kesetiaan Tuhan secara alamiah, kamu mungkin menyangka bahawa Dia setia terutamanya dalam hal perbekalan material atau berkat fizikal.…Walau bagaimanapun, dalam 1 Korintus 1:9 Paulus berkata, “Tuhan adalah setia; menerusi-Nya kamu telah dipanggil ke dalam persekutuan Anak-Nya, Yesus Kristus, Tuan kita.” Tuhan adalah setia dalam hal ini, tetapi Dia mungkin tidak setia dalam membekali kamu dengan rumah besar atau pekerjaan bergaji lumayan. Saya tidak menafikan fakta bahawa Tuhan adalah setia dalam menjaga kebajikan kita. Maksud saya ialah kesetiaan Tuhan bukan menurut pemahaman alamiah kita. 

Semasa kita percaya kepada Tuan Yesus, kita mungkin mengharapkan damai sejahtera dan berkat. Namun sebaliknya kita mungkin menghadapi banyak masalah dan mungkin kehilangan keselamatan, kesihatan, atau harta benda kita. Apabila sesetengah orang Kristian mengalami perkara demikian, mereka mungkin mempersoalkan kesetiaan Tuhan dan bertanya mengapa Dia tidak menghindarkan kesusahan daripada menimpa mereka. 

Kita perlu sedar bahawa semasa Tuhan membenarkan kita menghadapi masalah, Dia adalah setia dalam tujuan-Nya untuk memalingkan kita daripada berhala dan membawa kita kembali kepada diri-Nya. Damai sejahtera, keselamatan, kesihatan, serta harta benda kita mungkin menjadi berhala kita, namun Tuhan adalah setia untuk mengambil semua ini daripada kita supaya kita dapat minum Dia yang merupakan sumber air hidup. Sekiranya rumah atau harta benda kita menjadi berhala kita, ertinya kita minum benda-benda tersebut dan bukannya minum Tuhan. Kesetiaan Tuhan akan menanggulangi berhala-berhala ini supaya kita minum-Nya. 

Tuhan setia untuk memimpin kita ke dalam ekonomi-Nya, dan ekonomi-Nya ialah kita minum Kristus, makan Kristus, menikmati Kristus, menyerap Kristus, dan mengasimilasikan Kristus supaya Tuhan dapat memperoleh pertambahan-Nya pada kita untuk menggenapi ekonomi-Nya.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 3, Hari 5. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (171)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (173)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)