Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (174)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (173)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (175)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (174)
2020-10-19 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Yer. 23:5-6   Sesungguhnya, hari-hari akan tiba, Isytihar Yehova, Aku akan membangkitkan Tunas yang adilbenar bagi Daud; Dia akan memerintah sebagai Raja dan bertindak secara bijaksana dan akan melaksanakan keadilan dan keadilbenaran di tanah itu…Inilah nama-Nya yang akan dipanggil orang terhadap-Nya, Yehova keadilbenaran kita.

Pada takat ini, kita perlu melihat bahawa kegagalan Israel telah membuka jalan bagi Kristus masuk untuk menjadi keadilbenaran mereka. Hari ini keadaan kita juga sama. Kegagalan kita membuka jalan bagi Kristus masuk.

Yeremia 23:5-6 membicarakan kemasukan Kristus. “Sesungguhnya, hari-hari akan tiba, / Isytihar Yehova, / Aku akan membangkitkan Tunas yang adilbenar bagi Daud; / Dia akan memerintah sebagai Raja dan bertindak secara bijaksana / Dan akan melaksanakan keadilan dan keadilbenaran di tanah itu. / …Inilah nama-Nya yang akan dipanggil orang terhadap-Nya, / Yehova keadilbenaran kita.” Tunas yang adilbenar ini ialah Kristus sebagai keturunan Daud. Hari itu akan tiba; pada masa itu semua orang Israel akan menerima Kristus sebagai keadilbenaran mereka. Mereka telah meninggalkan-Nya, namun peninggalan mereka itu telah membuka pintu bagi Dia masuk untuk menjadi keadilbenaran mereka. Kemudian mereka mungkin akan berkata, “Tuan, kami tidak ada apa-apa yang boleh diakui Tuhan sebagai adilbenar, namun Engkau telah datang untuk menjadi keadilbenaran kami.”

Menurut nubuat Yeremia, tidak kira betapa jahat dan durjananya Israel dan tidak kira betapa kerapnya mereka meninggalkan Tuhan untuk memahat bagi diri mereka takungan pecah, Israel akan direstorasikan. Pada masa restorasi Israel, Kristus akan menjadi keadilbenaran, penebusan, serta hayat mereka (31:33-34), dan Kristus akan dijunjung untuk menjadi sentraliti dan universaliti mereka. Tuhan akan masuk untuk mendispenkan diri-Nya sebagai hayat divin ke dalam umat pilihan-Nya agar menjadi hayat dan hukum hayat mereka berserta keupayaannya, yang membolehkan mereka mengenali Tuhan dan berhidupkan Tuhan. Akhirnya, seperti Paulus dan percayawan dalam Kristus hari ini, mereka akan menjadi ciptaan baru.

Sama ada kita mencari Tuhan dengan tekun atau sedikit sahaja, Tuhan ada jalan untuk menjadikan Kristus keadilbenaran kita, penebusan kita, hayat kita, hukum hayat kita, dan keupayaan hayat kita supaya kita dapat menjadi matang. Setiap percayawan yang sebenar dalam Kristus akan mencapai kematangan dan akan berada dalam Yerusalem Baru. 

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 3, Hari 6. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (173)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (175)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)