Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (171)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (170)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (172)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (171)
2020-10-16 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Yes. 55:7   Hendaklah yang durjana itu meninggalkan jalannya, dan orang jahat meninggalkan fikirannya; hendaklah dia kembali kepada Yehova, dan Dia akan berbelas kasihan terhadapnya; hendaklah dia kembali kepada Tuhan kita, kerana Dia akan memberi pengampunan dengan limpahnya.

Yeh. 14:3   Anak manusia, semua orang ini telah mendirikan berhala mereka dalam hati mereka…

Yeh. 14:5   …Kaum Israel…telah menjauhkan diri daripada-Ku disebabkan semua berhala mereka.

Keadaan jahat orang durjana ialah mereka tidak datang kepada Tuan untuk makan dan menikmati Tuan. Mereka melakukan banyak perkara, tetapi mereka tidak datang menghubungi-Nya, mengambil-Nya, menerima-Nya, mengecap-Nya, dan menikmati-Nya. Di mata Tuhan, tidak ada apa-apa yang lebih jahat daripada ini. Hari ini, kita mungkin pugar pagi, menghadiri perhimpunan, menyanyi kidung, malah berdoa tanpa menghubungi Tuan. Berbuat demikian adalah munafik. 

Berhala dalam hati kita ialah segala apa dalam kita yang kita kasihi lebih daripada Tuan dan yang menggantikan Tuan dalam kehidupan kita (1 Yoh. 5:21 dan nota kaki 3, per. 1). Orang yang mendirikan berhala dalam hati mereka adalah berjauhan dengan Tuan disebabkan berhala mereka (Yeh. 14:5). Semua orang yang mempunyai berhala dalam mereka namun mencari Tuhan secara luaran tidak dapat menemui-Nya (ay. 3; bd. Yer. 29:13). 

Tuhan berhasrat untuk mendispenkan diri-Nya ke dalam manusia sebagai kepuasan manusia supaya Tuhan dapat diperbesar. Namun, manusia menjadi tidak setia dan tidak suci serta meninggalkan Tuhan demi berhala. Manusia mula meninggalkan Tuhan di Taman Eden. Hawa, isteri Adam, tidak setia terhadap Tuhan dan telah digoda oleh ular untuk berpaling daripada Tuhan kepada Syaitan, yang dilambangkan oleh pohon pengetahuan baik dan jahat. Menerusi Hawa, Adam juga digoda dan makan buah pohon pengetahuan. Beginilah caranya manusia berpaling daripada Tuhan kepada berhala. Setiap ranting pohon pengetahuan ialah berhala. Segala yang kita miliki, bahkan segala apanya kita, mungkin menjadi berhala. Israel adalah jahat dan tidak setia terhadap Tuhan, meninggalkan Tuhan demi berhala. Dalam sikap sebegini yang tidak setia terhadap Tuhan, kita adalah sama seperti Israel.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 3, Hari 4. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (170)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (172)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)