Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (170)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (169)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (171)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (170)
2020-10-15 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Yoh. 4:13-14   Yesus menjawab dan berkata kepadanya, Sesiapa yang minum daripada air ini akan haus lagi, tetapi barang siapa yang minum daripada air yang akan Kuberikan kepadanya pasti tidak akan haus buat selama-lamanya; tetapi air yang akan Kuberikan kepadanya akan menjadi sumber mata air dalamnya, yang memancur keluar ke dalam hayat abadi.

Kejahatan pertama Israel ialah meninggalkan Yehova, iaitu sumber air hidup.…Dalam buku Yeremia, Yehova Tuhan menganggap diri-Nya sebagai Suami kepada umat pilihan-Nya yang dikasihi, Israel, dan menganggap Israel sebagai isteri kepada-Nya. Oleh itu, Yeremia 2:1 — 3:5 boleh dianggap sebagai perbualan antara seorang suami dengan isterinya.

Dalam hal meninggalkan Yehova, sumber air hidup, umat Tuhan seperti isteri Yehova yang berkendak dengan banyak kekasih (3:1). Israel menyedari bahawa Yehova ialah Suaminya, tetapi dia terus berkendak dengan banyak kekasih, dengan banyak berhala. Demikianlah keadaan Israel yang berdosa.

Kejahatan kedua Israel ialah memahat bagi diri mereka takungan, takungan pecah yang tidak dapat menakung air.

Perkataan dalam 2:13 tentang takungan sudah tentu merupakan kiasan yang menggambarkan jerih lelah Israel untuk membuat sesuatu bagi menggantikan Tuhan yang merupakan sumber air hidup. Memahat takungan dari batuan ialah kerja yang amat berat. Takungan itu mungkin pecah. Sebaik sahaja takungan pecah, air di dalamnya akan terbocor keluar. Inilah gambaran tentang jerih lelah dan perusahaan manusia. Kita mungkin berjerih lelah untuk mendapatkan sesuatu untuk diri kita sendiri, namun “takungan” kita mula menjadi retak, maka kita kehilangan segala apa yang kita peroleh.

Tuhan berbeban agar Israel minum-Nya untuk menjadi pertambahan-Nya sebagai kepenuhan-Nya agar mereka dapat mengekspresikan-Nya. Israel sepatutnya minum Tuhan yang merupakan sumber air hidup, tetapi mereka telah melakukan dua kejahatan. Kejahatan pertama ialah meninggalkan Tuhan; kejahatan kedua ialah memahat takungan yang merupakan sumber yang lain. Akan tetapi, takungan itu pecah dan tidak dapat menakung air. Ini menunjukkan bahawa selain Tuhan sebagai sumber air hidup, tidak ada apa-apa yang dapat menghilangkan kehausan kita, tidak ada apa-apa yang dapat memuaskan kita. Selain Tuhan sendiri yang didispenkan ke dalam kita sebagai air hidup, tidak ada apa-apa yang dapat menjadikan kita pertambahan Tuhan demi ekspresi-Nya.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 3, Hari 3. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (169)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (171)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)