Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (169)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (168)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (170)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (169)
2020-10-14 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Wahi 22:1   Dan dia menunjukkan kepadaku sungai air hayat, terang seperti kristal, mengalir keluar dari takhta Tuhan dan Anak Domba di tengah jalannya.

Wahi 22:17   Roh itu dan pengantin perempuan berkata, Datang­lah! Hendaklah dia yang mendengar itu berkata, Datanglah! Dan hendaklah dia yang haus itu datang; hendaklah dia yang mahu itu mengambil air hayat secara percuma.

Pengaliran air hidup bermula dari takhta. Sebelum batuan dipukul dan sebelum Kristus disalibkan, air hidup sudah mengalir dari takhta. 

Air hidup yang mengalir dari takhta Tuhan menyalurkan kekayaan hayat divin kepada kita. Hal ini ditunjukkan oleh hakikat bahawa pohon hayat bertumbuh dalam air hayat (Wahi 22:2). Oleh sebab kekayaan hayat divin terbawa dalam aliran air hidup, maka kita menerima kekayaan ini setiap kali kita meminum air ini.

Roh itu mengalir menerusi Kristus yang dipukul, menerusi Kristus yang ditamsilkan oleh batuan yang rekah (Kel. 17:6; 1 Kor. 10:4). Pengaliran ini termasuk keinsanan, kehidupan insani, dan kematian Kristus. Kita tidak dapat mengecap, mengalami, atau menikmati keinsanan Tuan melainkan melalui pengaliran air hidup dalam kita. Semakin kita meminum air ini, semakin kita mengalami dan menikmati keinsanan, kehidupan insani, dan kematian Kristus.

Roh itu sebagai air hayat mengalir dalam kebangkitan berserta kudrat kebangkitan Kristus (Flp. 3:10), berserta kenaikan Kristus ke syurga, dan berserta pertabalan Kristus, yang terdiri daripada pemuliaan, ketuanan, dan kekepalaan. Meskipun susah hendak diterangkan, namun semua ini menjadi pengalaman kita melalui kita minum air hidup. Kita dapat bersaksi bahawa kita telah mengecap kebangkitan, kenaikan Kristus ke syurga, dan pertabalan Kristus.

Pengaliran air hayat dalam kebangkitan adalah untuk pembentukan Tubuh Kristus (1 Kor. 12:13). Oleh sebab kita semua minum daripada Roh yang sama, maka kita dapat menjadi satu Tubuh. Apabila kita minum daripada satu Roh dalam kebangkitan, ini akan menjadikan kita anggota Tubuh dan membina kita menjadi Tubuh.

Pengaliran air hidup dalam kebangkitan juga untuk persiapan pengantin Kristus. Menurut Wahi 22:17, Roh itu dan pengantin mengeluarkan panggilan untuk datang dan minum air hayat. Pengantin dipersiapkan dengan meminum. Air yang diminum oleh pengantin ialah Roh itu. Dengan meminum Roh itu, pengantin menjadi satu dengan Roh itu.…Jika kita minum air hidup tiap-tiap hari, Tubuh Kristus akan dibina, dan pengantin Kristus akan dipersiapkan.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 3, Hari 2. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (168)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (170)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)