Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (166)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (165)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (167)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (166)
2020-10-11 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (166)

Bacaan Bible:

Yer. 31:31   …Aku akan mendirikan waadah baru dengan kaum Israel dan dengan kaum Yehuda.

Yer. 31:33-34   …Aku akan meletakkan hukum-Ku ke dalam bahagian dalaman mereka dan menulisnya pada hati mereka; Aku akan menjadi Tuhan mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku. Dan…mereka semua akan mengenali Aku…, kerana Aku akan mengampunkan kesalahan mereka, dan dosa mereka tidak akan Aku ingati lagi.

Dalam bahasa Yunani, perkataan bagi waadah jugalah perkataan bagi wasiat. Setiap waadah yang wajar akhirnya menjadi satu wasiat. Sebelum orang yang menggubal waadah itu mati, itulah waadah. Selepas dia mati, waadah itu menjadi satu wasiat. Wasiat dalam erti kata hari ini ialah surat pesanan terakhir.…Kita mempunyai Bible Wasiat Baru dalam tangan kita, tetapi ini bukan realiti. Realiti bagi kesemua ratusan warisan dalam Wasiat Baru ialah Kristus. Tanpa Kristus, Bible adalah kosong; oleh itu, wasiat yang sebenar, surat pesanan terakhir yang sebenar, ialah Kristus. Kristus ialah surat ikatan hak milik kita, dan surat ikatan hak milik ini berada dalam roh kita sebagai Roh yang almuhit, beri-hayat, huni secara dalaman, dan terkonsumasi.

Pusat, sentraliti, waadah baru ialah hukum hayat dalaman. Yeremia 31:33a…[menunjukkan bahawa] hukum ini bukan hukum luaran tetapi hukum dalaman. Dari segi esensnya, hukum ini merujuk kepada hayat divin, dan hayat divin sebenarnya ialah Roh beri-hayat, Kristus almuhit, dan Tuhan yang terproses dan terkonsumasi.

Hukum ini berfungsi.…Dalam hukum ini terdapat keupayaan divin, dan keupayaan divin ini adalah maha perkasa. Keupayaan divin ini dapat melakukan segala-gala dalam kita untuk menggenapkan tujuan Tuhan. Tidak ada apa-apa yang positif berkenaan pelaksanaan ekonomi Tuhan yang tidak dapat dilakukan keupayaan divin ini.

Hukum dalaman hayat divin dalam kita mempunyai keupayaan untuk menjadikan kita satu dengan Tuhan. Dalam hayat ini serta hukumnya, Tuhan ialah Tuhan kita, dan kita ialah umat-Nya. Cara untuk Tuhan menjadi Tuhan kita ialah hayat divin-Nya, dan cara untuk kita menjadi umat-Nya juga ialah hayat divin. Akhirnya, dalam hayat divin dan melalui kerja hukum hayat divin, Tuhan akan digarapkan ke dalam kita, dan kita akan berhidupkan-Nya dan dikonstitusikan dengan-Nya dalam hayat dan sifat-Nya, tetapi sudah pasti bukan dalam Ketuhanan-Nya.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 2, Hari 6. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (165)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (167)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)