Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (165)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (164)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (166)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (165)
2020-10-10 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (165)

Bacaan Bible:

Yer. 23:5-6   …Aku akan membangkitkan Tunas yang adilbenar bagi Daud; Dia akan memerintah sebagai Raja dan bertindak secara bijaksana dan akan melaksanakan keadilan dan keadilbenaran di tanah itu.…Inilah nama-Nya yang akan dipanggil orang terhadap-Nya, Yehova keadilbenaran kita.

Yer. 33:16   Pada hari-hari itu, Yehuda akan diselamatkan, dan Yerusalem akan tinggal dengan aman; inilah nama yang akan dipanggil orang terhadapnya: Yehova keadilbenaran kita.

Yehova keadilbenaran kita [dalam Yeremia 23:6] merujuk kepada Kristus dalam kedivinan-Nya, manakala Tunas yang adilbenar (ay. 5) merujuk kepada Kristus dalam keinsanan-Nya. Nama di sini menunjukkan bahawa Kristus, sebagai keturunan Daud, bukan sekadar seorang manusia tetapi juga Yehova yang mencipta langit dan bumi, memilih Abraham, mendirikan bangsa Israel, dan merupakan Tuan Daud, iaitu Dia yang dipanggil Daud sebagai Tuan (Mat. 22:42-45; bd. Wahi 5:5; 22:16). 

Perkara ketiga dalam inti pati buku Yeremia ialah apanya Kristus bagi kita.…Walaupun Kristus ialah Tuhan, Dia menjadi Tunas, atau Kecambah, Daud [Yer. 23:5]. Hal ini bermakna bahawa Dia berinkarnasi menjadi keturunan Daud. Sebagai Tunas, Kecambah, Daud, Kristus adalah lembut, hidup, dan segar.

Kristus, yakni Tunas yang adilbenar bagi Daud, digelar Yehova keadilbenaran kita. Dalam keadaan kita yang jatuh, kita adalah korup, berdosa, licik, tidak dapat disembuhkan, dan tidak dapat diubah. Bagaimanakah kita dapat menjadi adilbenar di hadapan Tuhan? Dalam diri kita, hal ini memang mustahil, namun kita dapat menjadi adilbenar dalam Kristus.…Berdasarkan penebusan Kristus, Tuhan dapat mengampunkan dosa-dosa kita, melupakan dosa-dosa kita, dan menjustifikasikan kita. Selain itu, dengan adanya penebusan Kristus sebagai dasar, Kristus sendiri telah menjadi keadilbenaran kita. Kita bukan sahaja telah dijustifikasikan Tuhan, malah Tuhan telah memberi Kristus kepada kita untuk menjadi keadilbenaran kita (1 Kor. 1:30). Kristus telah menjadi satu dengan kita untuk menjadi keadilbenaran kita; ini sesungguhnya satu hakikat yang menakjubkan.

Secara luaran, kita telah dijustifikasikan, dengan mempunyai Kristus sebagai keadilbenaran kita; namun secara dalaman kita masih kosong. Oleh itu, kita memerlukan Kristus untuk menjadi sesuatu yang lain kepada kita. Kita memerlukan Kristus menjadi hayat divin, yakni hayat divin yang digarapkan ke dalam diri dalaman kita (Yer. 31:33). Hayat ini ialah hukum yang bekerja dalam kita untuk mendispenkan segala apanya Tuhan dalam diri-Nya yang kaya ke dalam diri kita. Hasil daripada pendispenan ini, transfusi Tuhan sendiri ke dalam kita ini, ialah kita tidak lagi kosong. Sebaliknya kita dipenuhi Tuhan Tritunggal yang mendispen.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 2, Hari 5. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (164)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (166)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)