Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (167)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (166)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (168)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (167)
2020-10-12 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Ibr. 8:10   Kerana inilah waadah yang akan Kuwaadkan dengan kaum Israel selepas hari-hari itu, sabda Tuan: Aku akan menaruh hukum-hukum-Ku ke dalam minda mereka, dan akan menulis hukum-hukum ini pada hati mereka; Aku akan menjadi Tuhan mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku.

Roma 8:2   Kerana hukum Roh hayat telah membebaskan aku dalam Kristus Yesus daripada hukum dosa dan maut.

Keupayaan divin hukum hayat dalaman dapat berhidupkan Tuhan [dan] membolehkan para percayawan…dikonstitusikan dengan Tuhan,…dijadikan sama seperti Tuhan dalam hayat dan dalam sifat,…[agar] mereka menjadi pertambahan-Nya, pembesaran-Nya, untuk menjadi kepenuhan-Nya bagi mengekspresikan-Nya. Inilah aspek tertinggi keupayaan hukum hayat dalaman.

Keupayaan hukum hayat dalaman mengkonstitusikan kita menjadi anggota Tubuh Kristus (1 Kor. 12:13; Ef. 5:30)…[dan] keupayaan ini mempunyai semua kemampuan segala fungsi Tubuh.…Keupayaan ini dapat mengkonstitusikan kita menjadi anggota-anggota Tubuh Kristus, termasuklah pelbagai jenis fungsi: sendi yang kaya bekalannya (dutus, penyabda, penginjil, serta gembala dan pengajar) dan setiap bahagian Tubuh yang berfungsi menurut ukurannya (Ef. 4:11, 16). Dari segi esens, hukum hayat dalaman ialah Tuhan dalam Kristus sebagai Roh itu; dari segi fungsi pula, hukum ini mempunyai keupayaan untuk mengkonstitusikan kita dengan Tuhan serta mengkonstitusikan kita menjadi anggota Tubuh Kristus yang mempunyai pelbagai jenis fungsi dan kemampuan. Saya gembira, bahkan teruja, untuk melihat hukum ini beroperasi dalam pekudus dalam pemulihan Tuan. Haleluya atas hukum hayat yang ajaib ini!

Tuhan mahu kita menerima Dia sebagai sumber kita dan minum Dia setiap hari agar Dia dapat menjadi sungai air hayat dalam kita. Dalam keadaan kita yang jatuh, kita tidak ada harapan, sama sekali korup, tidak dapat disembuhkan, dan tidak dapat diubah. Akan tetapi, Kristus datang untuk menjadi keadilbenaran kita dan hayat dalaman kita. Secara luaran, Dia ialah keadilbenaran kita agar kita dijustifikasikan oleh Tuhan. Secara dalaman, Dia ialah hayat divin untuk memenuhi kita, menjadikan kita satu dengan Tuhan, bahkan mengkonstitusikan kita dengan Tuhan agar kita dapat berhidupkan Tuhan. Dengan demikian, kita menjadi Tubuh korporat, yakni organisma Tuhan Tritunggal. Inilah inti pati buku Yeremia.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 2, Hari 6. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (166)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (168)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)