Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (157)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (156)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (158)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (157)
2020-10-02 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Yer. 9:1   Oh kalaulah kepalaku ini air, dan mataku sumber bagi air mata, supaya siang malam aku dapat menangisi anak perempuan bangsaku yang dibunuh!

Kis. 20:19   Melayan Tuan bagaikan seorang abdi dengan segala kerendahan diri dan dengan air mata serta cubaan yang menimpa aku melalui komplot orang Yahudi.

Tidak ada seorang pun pekerja Tuan yang baik yang tidak mengalirkan air mata.…Semua yang ada hati terhadap kerja mereka itu tidak akan tidak meratap. Sering kali kita cuba menanggulangi seseorang dan telah habis mencuba berbagai-bagai cara namun tetap gagal.…Kadangkala apabila pujukan tidak berkesan, maka air mata menjadi pujukan terakhir.

Tidak ada seorang pun kekasih Tuan itu yang tidak menangis. Kita harus berasa pedih terhadap pendosa sehinggakan menangis untuk mereka. Kita harus menangis disebabkan kemuliaan Tuhan dicabar, dan kita harus menangis dalam seksaan disebabkan musuh belum lagi diikat.…Semua yang menaruh hati pada kerja Tuan pasti akan menangis. Yeremia ialah penyabda yang amat berguna kepada Tuan. Dia menjadi begini kerana air matanya. Dia khuatir dan berasa bertanggungjawab terhadap anak-anak Tuhan, dan dia menangis untuk mereka siang dan malam.

Paulus mengatakan bahawa selama tiga tahun malam dan siang dia tidak henti-henti mengalirkan air mata untuk mereka [Kis. 20:31]. Pernahkah kamu mengalirkan air mata dengan demikian untuk kerja kamu? Untuk mengetahui sama ada seseorang itu bersungguh hati atau tidak, sama ada dia berhati tulus untuk kerja Tuan atau tidak, dan sama ada hatinya terhadap pelayanan Tuan itu sempurna atau tidak, kamu boleh bertanya kepada dia sama ada dia pernah mengalirkan air mata atau tidak. Saya berkata dengan terus terang bahawa tanpa air mata, kerja tidak akan berhasil. Jika kita kekurangan perkara yang tersembunyi ini, maka perkembangan kerja kita akan terhalang.

Roh kita dengan sendirinya tidak dapat menangis atau mengalirkan air mata. Dalam buku Injil Tuan Yesus menangis (Yoh. 11:35; Luk. 19:41). Dia menangis daripada roh-Nya yang merupakan persona-Nya dan dengan sukma-Nya sebagai organ-Nya. Dia tidak mengasihi orang melalui sukma sebagai persona-Nya; sebaliknya, Dia mengasihi orang melalui roh-Nya sebagai persona-Nya dan dengan sukma-Nya sebagai organ-Nya. Hari ini sebagai orang Kristian, kita adalah sama seperti Tuan Yesus. Dalam kehidupan Kristian kita, sukma kita harus disangkal sebagai persona kita, namun sukma kita masih sangat berguna sebagai satu organ. Apabila sukma kita bangkit untuk menjadi persona kita, kita harus memberitahu sukma kita, “Sukma yang dikasihi, kamu pernah menjadi persona saya pada masa dahulu, tetapi bukan sekarang. Sekarang kamu ialah organ saya dalam kebangkitan, dan persona saya ialah roh yang dilahirukan, yang mempunyai Tuan Yesus sebagai hayatnya. Roh ini ialah manusia baru, dan manusia baru ini ialah persona saya. Sukma yang dikasihi, kamu sekarang hanya merupakan organ saya. Kekalkan kedudukan kamu, dan jangan cadangkan apa-apa kepada saya. Apabila saya mengasih atau berfikir, kamu mesti menjadi organ saya yang mengasihi dan berfikir.”

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 1, Hari 4.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (156)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (158)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)