Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (149)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (148)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (150)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (149)
2020-09-24 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (149)

Bacaan Bible:

Wahi 19:8    Dan kepadanya diberi agar dia berpakaian linen halus yang terang lagi bersih; kerana linen halus ini ialah keadilbenaran-keadilbenaran pekudus.

Flp. 3:9    Dan didapati berada dalam-Nya, bukan mempunyai keadilbenaran aku sendiri yang berasal daripada hukum, tetapi yang menerusi iktikad dalam Kristus, iaitu keadilbenaran yang berasal daripada Tuhan dan berdasarkan iktikad.

Menurut wahi seluruh Bible, kita, iaitu orang yang telah diselamatkan, memerlukan dua helai pakaian — satu untuk penyelamatan kita dan satu lagi untuk ganjaran kita. Untuk penyelamatan, kita memerlukan sehelai jubah untuk menutupi kita. Jubah ini ialah jubah yang dipakaikan pada anak yang memboros dalam Lukas 15. Semasa anak yang memboros itu balik, dia…menganggap bahawa dirinya tidak layak untuk datang ke hadapan bapa (Luk. 15:21). Namun demikian, bapa berkata kepada abdi-abdinya, “Lekas, bawalah jubah yang terbaik itu, pakaikanlah jubah itu padanya” (Luk. 15:22). Jubah ini ialah Kristus sebagai keadilbenaran kita. Jubah ini adalah untuk kita dijustifikasikan oleh Tuhan dalam kehadiran-Nya.

Walau bagaimanapun, kita juga memerlukan pakaian yang kedua, iaitu pakaian jamuan perkahwinan dalam Matius 22:11 dan 12. Pakaian ini bukan untuk penyelamatan kita, tetapi untuk ganjaran kita, bagi melayakkan kita menghadiri jamuan perkahwinan Anak Tuhan. Pakaian pertama melayakkan kita bertemu dengan Tuhan untuk penyelamatan kita. Pakaian kedua pula melayakkan kita bertemu dengan Kristus untuk ganjaran kita. Pakaian yang kedua ialah kerja Roh Kudus dalam kita. Ini sebenarnya ialah Kristus yang melalui-Nya kita hidup dan Kristus yang kita hidup keluar. Pakaian kedua ialah Kristus yang diekspresikan menerusi kita dalam kehidupan harian kita. Inilah keadilbenaran-keadilbenaran pekudus dalam Wahi 19:8.

Pakaian jamuan perkahwinan bukanlah pakaian yang menjustifikasikan, tetapi pakaian yang amat istimewa. Menurut adat orang Yahudi yang kuno, tidak ada sesiapa yang dapat menghadiri jamuan perkahwinan tanpa pakaian jamuan perkahwinan yang istimewa. Jika kita ingin berada dalam jamuan perkahwinan Anak Domba, kita harus memakai pakaian ini. Jika kamu ingin dilayakkan untuk menghadiri jamuan perkahwinan Kristus, kamu perlu hidup melalui Kristus dan menghidup keluar Kristus dalam kehidupan harian kamu. Kristus ini, iaitu Kristus yang subjektif, akan menjadi pakaian jamuan perkahwinan untuk melayakkan kamu diterima masuk ke dalam jamuan perkahwinan. Oleh itu, kita memerlukan kedua-dua pakaian, pakaian yang menjustifikasikan dan pakaian jamuan perkahwinan.

**Dipetik daripada SKPP—Kata-kata yang Tepat pada Masanya berkenaan Situasi Dunia dan Pemulihan Tuan, Minggu 6, Hari 3. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (148)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (150)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)