Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (148)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (147)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (149)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (148)
2020-09-23 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (148)

Bacaan Bible:

Ibr. 6:1    Oleh itu, setelah meninggalkan sabda permulaan Kristus, marilah kita maju kepada kematangan…

Ef. 4:13    Sehingga kita semua sampai ke tahap kesatuan kepercayaan dan kesatuan pengetahuan penuh terhadap Anak Tuhan, ke tahap manusia penuh dewasa, ke tahap ukuran statur bagi kepenuhan Kristus.

Wahi 19:7    …Isteri-Nya telah mempersiapkan diri. 

Isteri Anak Domba dalam Wahi 19 ialah agregat semua pekudus yang jayeng bermula daripada Habel hingga perkembalian Tuan. Agregat semua pejayeng Wasiat Lama dan Wasiat Baru ialah isteri dalam Wahi 19:7 yang sudah siap sedia untuk jamuan perkahwinan Kristus. Persediaan pengantin perempuan bergantung pada kematangan pejayeng dalam hayat. Tambahan pula, pejayeng bukanlah individu yang berasingan tetapi pengantin yang korporat. Untuk aspek ini, pembinaan diperlukan. Pejayeng bukan sahaja matang dalam hayat malah dibina bersama sebagai satu pengantin perempuan. Kristus tidak akan berkahwin dengan setiap percayawan secara individu; sebaliknya, Dia akan berkahwin dengan pengantin korporat-Nya yang terdiri daripada para percayawan-Nya yang jayeng. Apabila kita ditepui sepenuhnya dengan Tuhan Tritunggal sehingga Dia mengalir keluar daripada kita, kita akan dibina sepenuhnya dan dipasang bersama untuk menjadi gereja yang mulia, iaitu pengantin perempuan yang dikasihi Tuan Yesus. 

Jika kita ingin dikira layak sebagai pengantin perempuan Tuan, kita harus bertumbuh dan menempuh banyak hal...Tuan tidak akan datang untuk pengantin perempuan-Nya sehinggalah dia matang dan siap sepenuhnya untuk-Nya. Jangan anggap bahawa asalkan kita ialah gereja, kita layak untuk menjadi pengantin perempuan. Hal ini seperti mengatakan bahawa mana-mana perempuan, tidak kira umur atau kematangan, layak untuk berkahwin. Tidak, syarat tertentu harus dipenuhi untuk kita menjadi pengantin perempuan. Memang mudah untuk orang Kristian mengatakan bahawa kita semua ialah gereja. Akan tetapi, apabila Tuan Yesus datang sebagai Pengantin Lelaki, adakah kita layak untuk menjadi pengantin perempuan-Nya? Pada masa itu, Tuan mungkin akan memberitahu kita bahawa kita masih tidak layak, kita masih perlu bertumbuh dan masih perlu mencapai kematangan. 

Akan tetapi, adakah kamu mempunyai keyakinan bahawa kamu akan dikira sebagai sebahagian daripada pengantin perempuan?…Saya tidak percaya bahawa sesiapa yang hanya menghadiri perhimpunan Hari Ahad akan menjadi sebahagian daripada pengantin Tuan. Apabila tibanya masa untuk Tuan menyambut pengantin-Nya, adakah kamu sudah siap? Adakah kamu layak dan matang?…Kita semua perlu bertumbuh dan matang agar kita dilayakkan pada kedatangan Tuan untuk dikira sebagai sebahagian daripada pengantin perempuan-Nya. 

**Dipetik daripada SKPP—Kata-kata yang Tepat pada Masanya berkenaan Situasi Dunia dan Pemulihan Tuan, Minggu 6, Hari 2.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (147)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (149)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)