Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (147)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (146)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (148)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (147)
2020-09-22 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (147)

Bacaan Bible:

Wahi 19:7    Marilah kita bergirang dan bersorak riang, dan mari­lah kita memberi kemuliaan kepada-Nya, kerana perkahwinan Anak Domba sudah tiba…

Wahi 19:9    …Berberkatlah mereka yang dipanggil ke jamuan perkahwinan Anak Domba. Dan dia berkata kepada­ku, Inilah sabda benar Tuhan.

Tidak syak lagi Wahi 19 akan digenapi sepenuhnya. Tambahan pula, kita percaya bahawa proses penggenapan itu sedang berlangsung hari ini. Memandangkan Yerusalem telah dipulangkan kepada bangsa Israel, maka perkembalian Tuan Yesus sudah pasti tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, pengantin perempuan tidak dapat dipersiapkan dengan cepat. Persiapan ini ialah kerja beransur-ansur yang berlangsung sepanjang satu jangka waktu. Tentunya Tuan sedang melakukan kerja di bumi untuk mempersiapkan pengantin perempuan-Nya.…Saya percaya persiapan ini melibatkan kerja pembinaan secara korporat. Orang yang membentuk pengantin perempuan bukan sahaja harus matang dalam hayat, mereka juga harus dibina bersama menjadi satu pengantin perempuan. Sehubungan itu, saya benar-benar percaya bahawa Tuan sedang mempersiapkan pengantin perempuan-Nya dalam kalangan orang dalam pemulihan-Nya. 

Saya berbeban agar kita semua sedar bahawa pemulihan Tuan bukan satu lagi pergerakan orang Kristian atau kerja Kristian yang biasa. Kerja dalam pemulihan ialah kerja Tuan yang sejati untuk mempersiapkan pengantin perempuan-Nya. Saya percaya bahawa pada tahun-tahun akan datang, lebih banyak orang yang mencari Tuan secara setia akan berpaling ke jalan pemulihan-Nya. Mereka akan sedar bahawa tidak ada tempat lain yang memberi mereka pengesahan dalaman. Apabila kita berpaling ke jalan pemulihan Tuan, kita mempunyai perasaan di batin bahawa Tuan telah menerapkan meterai-Nya pada jalan yang kita ambil. Kerja utama Tuan dalam pemulihan-Nya bukanlah memberitakan injil di seluruh bumi, tetapi mempersiapkan pengantin perempuan-Nya.

Tuan tidak berhasrat untuk memulihbangkitkan seluruh Kristianiti. Dalam pemulihan-Nya, Dia sedang memanggil saki-baki umat yang mengasihi-Nya dan yang setia kepada-Nya. Dia sedang mengeluarkan panggilan untuk mengatasi kejatuhan Kristianiti supaya sebilangan orang yang mencari-Nya dapat dipersiapkan sebagai pengantin perempuan-Nya. Dalam hal ini, Tuan sedang mara, dan kita turut mara bersama dengan-Nya. Betapa istimewanya hak kita kerana kita dapat hidup dalam zaman ini! 

**Dipetik daripada SKPP—Kata-kata yang Tepat pada Masanya berkenaan Situasi Dunia dan Pemulihan Tuan, Minggu 6, Hari 1.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (146)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (148)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)