Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (146)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (145)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (147)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (146)
2020-09-21 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (146)

Bacaan Bible:

1 Taw. 12:32    Dan daripada keturunan Isakhar, orang yang berkefahaman berkenaan masa-masa supaya mereka tahu apa yang harus dilakukan orang Israel…

Ef. 5:17    Oleh itu, jangan menjadi jahil; sebaliknya, fahami apa itu kehendak Tuan.

Orang di bumi menderitai bencana, dan gereja-gereja berada dalam kesusahan; ini bukan zaman hasrat hati Tuhan, tetapi zaman prosedur Tuhan. Tuhan sedang menggunakan prosedur-Nya untuk memenuhi hasrat hati-Nya. Untuk mengalihkan zaman prosedur kepada zaman hasrat hati Tuhan, manusia perlu mengungkapkan doa yang mengalihkan zaman. Daniel ialah orang sedemikian. 

Bumi menderitai bencana kerana orang di bumi tidak mahu Tuhan dan tidak mementingkan hal-hal Tuhan. Oleh yang demikian, jika pekudus ingin berdoa untuk menamatkan masa bencana, mereka harus menyahut tuntutan Tuhan dan mementingkan Tuhan serta keperluan-Nya. Oh! Bencana yang banyak hari ini harus menyedarkan kita agar kita tidak lagi hidup terhadap bumi! Oh! Hari ini kita harus betul-betul mempersembahkan diri kita untuk menyahut tuntutan Tuhan bagi pihak gereja supaya Tuhan mempunyai jalan untuk datang dan mengalihkan zaman prosedur kepada zaman hasrat hati-Nya. 

**Dipetik daripada SKPP—Kata-kata yang Tepat pada Masanya berkenaan Situasi Dunia dan Pemulihan Tuan, Minggu 5, Hari 6.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (145)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (147)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)