Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (145)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (144)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (146)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (145)
2020-09-20 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (145)

Bacaan Bible:

Mzm. 119:88    Hidupkanlah aku menurut keihsanan kasih-Mu, dan aku akan mematuhi kesaksian daripada mulut-Mu.

Dan. 11:32    ...Tetapi umat yang mengenali Tuhan mereka akan menunjukkan kekuatan dan bertindak.

Kita harus melaksanakan amalan kumpulan vital secara terdesak. Kita harus berdoa secara terdesak agar Tuan memberi kita buah-buah dan menyingkirkan keadaan kita yang tidak berbuah. Hal ini seharusnya soal hayat atau maut bagi kita. Jika kita terdesak, saya percaya bahawa ikan akan datang kepada kita. Tuan akan menghantar mereka kepada kita. Akan tetapi, jika kita bersikap acuh tak acuh, tidak ada ikan yang akan datang kepada kita.…Perkara yang paling penting bagi kita hari ini ialah kita harus bersikap terdesak untuk mengatasi keadaan Sardis yang mati, keadaan Laodikia yang suam, dan keadaan tidak berbuah yang ditanggulangi oleh Tuan dalam Yohanes 15.

Kita perlu mempunyai persekutuan yang rapat, mesra, dan menyeluruh dengan Tuan dan dengan para pekudus yang mencari.…Kita perlu memperoleh teman supaya kita dapat sama-sama berjerih lelah. Menurut contoh dalam Bible, Daniel mempunyai tiga teman (Dan. 1:6). Saya ingin menggalakkan kamu untuk mendapatkan tiga teman. Jangan minta penatua untuk memberi mereka kepada kamu. Mintalah Tuan agar memimpin kamu kepada seseorang, dan menjadikannya teman kamu dalam persekutuan. Kemudian kamu boleh mendapatkan beberapa orang yang lain. Secara spontan, kamu dan teman kamu akan membentuk kumpulan kecil yang amat baik. 

Terdapat dua jalan di hadapan kita hari ini. Sama ada kita memilih untuk menjadi vital (cergas) atau memilih untuk tidak menjadi vital.…Jalan apa yang akan kita ambil? Adakah kita akan menjadi vital atau tidak? Kita perlu berazam. Dalam Hakim 5:15 Debora berkata, “Dalam kalangan kelompok suku Ruben / Terdapat hati yang berkeazaman besar.” Kita perlu berazam untuk menjadi pejayeng, orang yang vital. Pejayeng mengatasi segala-gala yang menggantikan Kristus atau menentang Kristus. Dalam Bible terdapatnya zaman pejayeng, dan terdapatnya panggilan untuk pejayeng. Di samping itu, terdapat jalan untuk kita menjadi vital supaya kita dapat menjadi pejayeng. 

**Dipetik daripada SKPP—Kata-kata yang Tepat pada Masanya berkenaan Situasi Dunia dan Pemulihan Tuan, Minggu 5, Hari 6.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.


Bacaan Harian untuk Para Pekudus (144)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (146)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)