Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (144)
HUKUM HAYAT (Bahagian 11/11)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (145)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (144)
2020-09-19 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (144)

Bacaan Bible:

Yoel 2:25    [Yehova bersabda], Aku akan memulihkan kepadamu tahun-tahun yang dimakan belalang juta…

Mzm.90:12    Maka ajarlah kami menghitung hari-hari kami agar kami beroleh hati yang arif.

Mzm. 84:10    Kerana satu hari di halaman-halaman-Mu lebih baik daripada seribu hari di tempat lain…

Suatu hari apabila kita berdiri di hadapan Tuhan, kita akan melihat bahawa sebahagian besar kehendak Tuhan terletak dalam peluang yang telah diberikan-Nya kepada kita. Jika kita dapat mengesan peluang-peluang itu, kita dapat mengetahui kehendak Tuhan. Perkara ini sangat serius. Daniel 11:32 berkata, “Umat yang mengenali Tuhan mereka akan…bertindak.” Ini bermakna umat Tuhan akan merintis kawasan baru. Semakin banyak kita mengetahui kehendak Tuhan, semakin banyak kita akan merebut peluang. Sesiapa yang teragak-agak akan hidup menurut tabiat. Hanya orang yang mengenali Tuhan tidak akan bertindak menurut tabiat.…Sebaik sahaja Tuhan bergerak, kita harus bergerak. Kita tidak harus melepaskan apa-apa peluang. 

Setiap kali saya memikirkan [hari-hari yang telah dibazirkan], hati saya sakit dan saya tidak dapat tahan dengan fikiran itu. Namun demikian, saya masih bersyukur kepada Tuan bahawa Dia telah memberi saya pelipuran semasa saya putus asa. Dalam Yoel 2:25, Dia berkata, “Aku akan memulihkan kepadamu tahun-tahun / Yang dimakan belalang juta.” Syukur kepada Tuan bahawa Dia masih ada jalan. 

Sepuluh tahun bagi hidup manusia di bumi mungkin hanya dihitung sebagai satu hari. Namun satu hari juga mungkin dihitung sebagai seribu hari. Daud mengatakan bahawa satu hari di halaman-halaman Tuan lebih baik daripada seribu hari di tempat lain. Oleh yang demikian, pelayanan kita tidak sia-sia. Hari di syurga bukan dihitung mengikut kitar dua puluh empat jam. Inilah penghitungan rohani. Cara kita menghitung satu hari tidak semestinya sama dengan cara Tuhan menghitungnya.

**Dipetik daripada SKPP—Kata-kata yang Tepat pada Masanya berkenaan Situasi Dunia dan Pemulihan Tuan, Minggu 5, Hari 5. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

HUKUM HAYAT (Bahagian 11/11)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (145)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)