Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Tuhan Menjadi Hayat Tubuh (Bahagian 4/4)
Tuhan Menjadi Hayat Tubuh (Bahagian 3/4)
Jayeng Atas Maut (Bahagian 1/5)
Tuhan Menjadi Hayat Tubuh (Bahagian 4/4)
2020-05-11 | 1 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (13)

Nota Editor:

“[Paulus] berkata, “Kami yang hidup, sentiasa diserahkan kepada kematian demi Yesus supaya hayat Yesus juga dapat dimanifestasikan dalam tubuh daging kami yang akan mati.” Tubuh dagingnya sentiasa lemah, tetapi hayat Tuan Yesus mengalir ke dalamnya secara berterusan. Dia hidup melalui hayat Tuan saat demi saat. Menerima Tuan Yesus menjadi hayat tubuh kita memerlukan kebergantungan yang berterusan. Dalam diri sendiri, kita tidak dapat menangani sekitaran malah untuk seketika, namun dengan bersandar pada Tuan, Dia akan memberi kekuatan yang kita perlukan saat demi saat.”

“Setiap kali kita memerlukan kekuatan, kita perlu menghirup daripada Tuan. Sekali hirup adalah untuk kehidupan saat itu; tidak ada simpanan. Inilah hayat yang bergabung dengan Tuan sepenuhnya dan bersandar pada Tuan sepenuhnya. “Aku hidup kerana Bapa, demikianlah dia yang makan Aku, juga akan hidup kerana Aku” (Yoh. 6:57)—inilah rahsia hayat ini.”

“Jika kita menerima hayat Tuan Yesus menjadi hayat tubuh kita, bukan sahaja tubuh kita dijadikan kuat oleh Tuan, bahkan hayat rohani kita juga akan makmur disebabkan Tuan.”

“Kita mempersembahkan tubuh kita sebagai korban hidup dan tidak lagi mengawal kehidupan dan masa depan kita. Sekarang kita benar-benar faham apa itu maksud mempersembahkan tubuh kita kepada Tuan. Apa yang membimbangkan kita dahulu tidak lagi boleh menggoyahkan kita sekarang. Meskipun musuh menggoda kita agar kita berfikir bahawa berbuat begini terlalu berisiko dan terlalu tidak menyayangi diri, tetapi kita tidak lagi takut seperti masa lalu. Kita tahu bahawa kita kepunyaan Tuan sepenuhnya. Segala-gala yang tidak diketahui dan tidak diizinkan-Nya pasti tidak akan menimpa kita. Apa-apa jua serangan yang menimpa kita menunjukkan bahawa Dia ada tujuan dan bahawa Dia akan melindungi kita. Tubuh kita bukan lagi kepunyaan kita. Semua saraf, sel, dan organ sudah diserahkan kepada-Nya. Kita tidak lagi memiliki ketuanan. Dengan itu, kita tidak lagi bertanggungjawab. Jika cuaca berubah dengan tiba-tiba, itu urusan-Nya. Jika kita mengalami insomnia pada waktu malam dengan sekonyong-konyong, kita tidak khuatir. Tidak kira bagaimana Syaitan menyerang hendap kita, kita akan ingat bahawa Tuhanlah yang berperang, bukan kita. Apabila kita bergerak-laku dengan begini, Tuhan dapat menghidup keluar hayat-Nya menerusi tubuh kita. Ketika berhadapan situasi yang sama, orang lain mungkin berasa resah, gelisah, muram, atau mencari-cari cara penyembuhan dengan cemas. Akan tetapi, kita dengan tenangnya melatih iktikad untuk hidup melalui Tuhan kerana mengetahui bahawa kita tidak hidup bergantung pada makanan yang lazat, tidur yang lena, atau cuaca yang wajar, tetapi pada hayat Tuhan. Oleh itu, tidak ada apa-apa yang boleh mengancam kita.”

“Matlamat pekudus bukan lagi sekadar mahu memperoleh berkat Tuhan. Tuhan sendiri jauh lebih berharga daripada semua berian-Nya. Jika penyembuhan itu tidak memanifestasikan Tuhan sendiri, kita menolaknya...Pekudus yang benar-benar mengenali Tuhan tidak menuntut penyembuhan, tetapi Tuhan sendiri...Sekiranya pekudus hidup secara mutlak untuk Tuhan, dia tidak akan terdesak untuk memohon bantuan, mengejar berkat, atau mencari perbekalan, sebaliknya dia akan menyerahkan diri tanpa syarat ke dalam tangan Tuhan.”

TUBUH

(CWWN SET 1, JIL 14, BAHAGIAN 10)

** Hakcipta GBC

BAB TIGA

TUHAN MENJADI HAYAT TUBUH (Bahagian 4/4)

Bacaan Bible:

Yoh. 6:57 “Sebagaimana Bapa yang hidup mengutus Aku dan Aku hidup kerana Bapa, demikianlah dia yang makan Aku, juga akan hidup kerana Aku.”

2 Kor. 4:10 “Sentiasa membawa pematian Yesus pada tubuh supaya hayat Yesus juga dapat dimanifestasikan dalam tubuh kami.”

2 Kor. 4:11 “Kerana kami yang hidup, sentiasa diserahkan kepada kematian demi Yesus supaya hayat Yesus juga dapat dimanifestasikan dalam tubuh daging kami yang akan mati.”

KEKUATAN ALAMIAH DAN HAYAT YESUS

Jika kita mempersembahkan diri secara mutlak kepada Tuhan, kita akan percaya bahawa Tuhan telah menyediakan satu tubuh untuk kita. Kita selalu berfikir bahawa betapa baiknya jika kita dapat menentukan bagaimana tubuh kita dibentuk. Harapan terbesar kita ialah tubuh kita tidak ada kepincangan sejadi dan memiliki rintangan yang kuat agar kita menikmati usia panjang tanpa kesakitan dan penyakit. Namun Tuhan tidak berbincang dengan kita. Tuhan tahu apa yang harus kita miliki. Kita tidak boleh menyalahkan bapa leluhur kita atas kesilapan dan dosa mereka. Kita juga tidak harus meragui kasih dan kearifan Tuhan. Segala-gala hal berkenaan kita sudah ditentukan sebelum pengasasan dunia. Tuhan mempunyai tujuan baik semasa memberi kita tubuh yang mudah dihadkan oleh kesakitan dan penyakit. Tujuan-Nya bukan untuk kita membiarkan tubuh ini dan menganggapnya sebagai bebanan. Dia menghendaki kita memperoleh suatu tubuh yang baru melalui Roh Kudus yang huni secara dalaman. Semasa Dia menyediakan tubuh kita, Dia sedia maklum tentang semua pengehadan dan bahayanya; Dia mengingini kita mencari suatu tubuh yang baru semasa melalui pengalaman yang menderita, iaitu mencari tubuh yang tidak hidup melalui kekuatan alamiah tetapi hidup melalui hayat Tuhan. Dengan cara ini, kita dapat menggantikan kelemahan kita dengan kekuatan-Nya dan menyedari bahawa meskipun tubuh kita tidak berubah menjadi baru, namun hayat yang melaluinya tubuh ini hidup sudah menjadi baru.

Tuan suka meresapi setiap saraf, saluran darah dan sel kita dengan kekuatan-Nya. Dia tidak mengubah konstitusi kita yang lemah menjadi kuat, dan Dia juga tidak sekali gus memberi kita kekuatan yang besar. Dia ingin menjadi hayat kepada tubuh daging kita agar kita dapat hidup melalui-Nya pada setiap masa. Ada orang yang menganggap bahawa menerima Tuan Yesus menjadi hayat tubuh kita bermaksud Tuhan melakukan mukjizat untuk menginfusikan kekuatan yang besar ke dalam tubuh kita supaya kita tidak lagi menderita atau jatuh sakit buat seumur hidup. Pengalaman dutus bukanlah begini. Hal ini kerana dia berkata, “Kami yang hidup, sentiasa diserahkan kepada kematian demi Yesus supaya hayat Yesus juga dapat dimanifestasikan dalam tubuh daging kami yang akan mati.” Tubuh dagingnya sentiasa lemah, tetapi hayat Tuan Yesus mengalir ke dalamnya secara berterusan. Dia hidup melalui hayat Tuan saat demi saat. Menerima Tuan Yesus menjadi hayat tubuh kita memerlukan kebergantungan yang berterusan. Dalam diri sendiri, kita tidak dapat menangani sekitaran malah untuk seketika, namun dengan bersandar pada Tuan, Dia akan memberi kekuatan yang kita perlukan saat demi saat. 

Demikianlah maksud Tuhan ketika dia berbicara kepada Yeremia: “Aku akan menyerahkan nyawamu kepadamu sebagai jarahan di semua tempat yang ke sana engkau pergi” (Yer. 45:5). Kita tidak rasa selamat dalam kekuatan alamiah; sebaliknya kita menyerahkan setiap hembusan nyawa kita kepada hayat Tuan. Hal ini paling selamat kerana Dia hidup buat selama-lamanya. Kita tidak mempunyai kekuatan berlebihan yang disimpan supaya kita dapat bertindak sesuka hati. Setiap kali kita memerlukan kekuatan, kita perlu menghirup daripada Tuan. Sekali hirup adalah untuk kehidupan saat itu; tidak ada simpanan. Inilah hayat yang bergabung dengan Tuan sepenuhnya dan bersandar pada Tuan sepenuhnya. “Aku hidup kerana Bapa, demikianlah dia yang makan Aku, juga akan hidup kerana Aku” (Yoh. 6:57)—inilah rahsia hayat ini. Jikalau kita dapat meninggalkan Tuan yang memberi hayat dan hidup secara merdeka, nescaya kita akan berbuat sesuka hati dan hilang niat untuk bersandar. Tidakkah kita akan menjadi seperti orang di dunia yang membazirkan kekuatan mereka dengan sewenang-wenangnya? Tuhan mahu kita mempunyai keperluan yang berterusan dan bersandar secara berterusan. Sebagaimana manna hanya dikumpulkan sekali dalam sehari, begitu juga tubuh kita hanya dapat hidup melalui Tuhan dari semasa ke semasa. 

Dengan demikian, kita tidak lagi mengehadkan kerja kita berdasarkan kekuatan alamiah dan kita juga tidak selalu khuatir akan tubuh kita. Asalkan sesuatu itu kehendak-Nya, kita berani patuh biarpun ia berisiko menurut kearifan manusia. Dia ialah kekuatan kita; kita hanya tunggu untuk diutus-Nya. Kita sendiri tidak memiliki kekuatan untuk memikul apa-apa, tetapi mata kita memandang kepada-Nya. Kita langsung tidak terdaya; tetapi disebabkan Dia ada, kita akan sentiasa maju dalam kemenangan. Kita semua terlalu kuat! Kita tidak tahu bagaimana menolak kekuatan sendiri, bagaimana bergantung kepada-Nya secara tidak terdaya. Kekuatan-Nya hanya akan dimanifestasikan dalam kelemahan kita. Semakin kita rasa tidak terdaya (merujuk kepada sikap kita), semakin kekuatan-Nya dimanifestasikan. Kekuatan kita tidak dapat bekerja bersama dengan Tuan. Jika kita ingin memberi bantuan kepada kekuatan Tuhan dengan menggunakan benda kepunyaan kita sendiri, akibatnya hanya kegagalan dan keaiban.

Memandangkan Tuan menuntut orang bersandar pada-Nya, pengalaman sedemikian bukan hanya untuk orang yang lemah secara sejadi, bahkan untuk mereka yang kuat secara sejadi. Barangkali sesetengah pekudus berfikir bahawa oleh sebab tubuh mereka sekarang adalah kuat, mereka tidak perlu mengejar pengalaman sebegini; tunggulah sehingga mereka mula berasa lemah barulah mereka mencari pengalaman sebegini. Ini suatu kesilapan. Baik kekuatan yang sejadi mahupun kelemahan yang sejadi semuanya memerlukan hayat Tuhan. Tidak ada satu perkara yang kita terima dalam ciptaan lama yang boleh memuaskan Tuhan. Sekiranya seseorang pekudus menerima pengajaran Tuhan secara mendalam dalam hal ini, sungguhpun tubuhnya begitu kuat sehingga seolah-olah tidak perlu mencari hayat Tuhan, dia tetap akan mengetepikan kekuatan sendiri untuk menerima Tuhan. Hal ini bukan bermakna dia menggunakan tekad untuk memilih menjadi lemah; sebaliknya, dia tidak percaya kepada kekuatan sendiri, sebagaimana dia tidak percaya kepada kebolehan sendiri. Persembahan diri sedemikian akan menyelamatkan seseorang daripada bermegah atas kekuatan tubuh dagingnya—suatu penyakit umum pekerja Tuan hari ini. Dia tidak berani bertindak melangkaui apa yang diperintahkan Tuan. Dia juga seperti orang yang lemah secara sejadi, yang tidak berani berbuat apa-apa tanpa penguatan daripada Tuan. Dia tidak berani bekerja secara keterlaluan, makan secara semberono, mendedahkan diri kepada bahaya sama seperti orang yang lemah yang tidak berani melakukan semua ini. 

Dalam kehidupan sedemikian, yang penting ialah “diri” harus dihadkan oleh Roh Kudus. Kalau tidak, nescaya akan gagal. Ada pekudus yang suka mengejar hayat ini, namun disebabkan mereka tidak dapat menghentikan kerja sendiri sepenuhnya, mereka tetap tidak mengendahkan kehendak Tuhan dan melakukan hal sesuka hati. Orang sedemikian mungkin dikagumi orang buat sementara waktu, tetapi pada akhirnya kekuatan tubuhnya tidak akan menopangnya. Hayat Tuhan bukan hamba kepada kehendak kita sendiri. Tuhan tidak akan membekalkan kekuatan-Nya kepada kita untuk melakukan kerja yang tidak diperintahkan-Nya. Jika kita bekerja di luar-Nya, kita akan melihat bahawa hayat Tuhan akan bocor dan akhirnya tubuh kita yang lemah perlu menanggung kerja ini. Jika kita ingin hidup melalui Tuhan, kita tidak boleh melakukan apa-apa secara sewenang-wenangnya menurut kehendak sendiri; kita harus memulakan kerja hanya selepas kita mengetahui secara pasti bahawa kerja ini kehendak Tuhan. Jika kita patuh, kita akan melihat bahawa hayat-Nya sememangnya adalah untuk kita; jika tidak, Dia tidak akan memberi kita kekuatan untuk mengingkari-Nya.

BERKAT HAYAT INI

Jika kita menerima hayat Tuan Yesus menjadi hayat tubuh kita, bukan sahaja tubuh kita dijadikan kuat oleh Tuan, bahkan hayat rohani kita juga akan makmur disebabkan Tuan.

Sejak awal-awal lagi kita sudah mempunyai pengetahuan bahawa tubuh kita adalah untuk Tuan. Namun disebabkan kehendak diri, Tuan tidak dapat meresapi kita dengan sepenuhnya. Sekarang kita menyerahkan segala-galanya ke dalam tangan-Nya. Kita akur tidak kira bagaimana Dia memperlakukan kita. Kita mempersembahkan tubuh kita sebagai korban hidup dan tidak lagi mengawal kehidupan dan masa depan kita. Sekarang kita benar-benar faham apa itu maksud mempersembahkan tubuh kita kepada Tuan. Apa yang membimbangkan kita dahulu tidak lagi boleh menggoyahkan kita sekarang. Meskipun musuh menggoda kita agar kita berfikir bahawa berbuat begini terlalu berisiko dan terlalu tidak menyayangi diri, tetapi kita tidak lagi takut seperti masa lalu. Kita tahu bahawa kita kepunyaan Tuan sepenuhnya. Segala-gala yang tidak diketahui dan tidak diizinkan-Nya pasti tidak akan menimpa kita. Apa-apa jua serangan yang menimpa kita menunjukkan bahawa Dia ada tujuan dan bahawa Dia akan melindungi kita. Tubuh kita bukan lagi kepunyaan kita. Semua saraf, sel, dan organ sudah diserahkan kepada-Nya. Kita tidak lagi memiliki ketuanan. Dengan itu, kita tidak lagi bertanggungjawab. Jika cuaca berubah dengan tiba-tiba, itu urusan-Nya. Jika kita mengalami insomnia pada waktu malam dengan sekonyong-konyong, kita tidak khuatir. Tidak kira bagaimana Syaitan menyerang hendap kita, kita akan ingat bahawa Tuhanlah yang berperang, bukan kita. Apabila kita bergerak-laku dengan begini, Tuhan dapat menghidup keluar hayat-Nya menerusi tubuh kita. Ketika berhadapan situasi yang sama, orang lain mungkin berasa resah, gelisah, muram, atau mencari-cari cara penyembuhan dengan cemas. Akan tetapi, kita dengan tenangnya melatih iktikad untuk hidup melalui Tuhan kerana mengetahui bahawa kita tidak hidup bergantung pada makanan yang lazat, tidur yang lena, atau cuaca yang wajar, tetapi pada hayat Tuhan. Oleh itu, tidak ada apa-apa yang boleh mengancam kita. 

Sekarang percayawan mengetahui bahawa Tuhan adalah untuk tubuh mereka; oleh itu, segala kekayaan Tuhan boleh diterapkan mengikut keperluan mereka. Mereka sedar bahawa tidak kira pada bila-bila masa, sebaik sahaja ada keperluan, Tuhan akan membekali; maka mereka penuh rehat kerana Tuhan ada persediaan. Mereka tidak mengingini apa-apa yang melebihi perbekalan Tuhan; mereka juga tidak berpuas dengan apa-apa yang kurang daripada janji Tuhan. Sebelum tibanya masa Tuhan, mereka tidak akan menggunakan kekuatan sendiri untuk membantu Tuhan. Mereka mengharapkan penjagaan Tuhan. Pada saat sebegini, orang di dunia akan berasa gelisah dan berlari ke sana sini kerana menderita dalam tubuh daging; namun oleh sebab percayawan menjadi satu dengan Tuhan, mereka mengharapkan kekayaan dan masa Tuhan dengan tenang. Mereka tidak menggenggam nyawa dalam tangan sendiri. Alangkah ajaibnya damai sejahtera ini! 

Pada masa sedemikian, percayawan akan memuliakan Tuhan dalam segala hal. Tidak kira apa jua yang berlaku, mereka melihatnya sebagai peluang untuk mengekspresikan kemuliaan Tuhan. Mereka enggan menggunakan cara sendiri supaya jangan-jangan Tuhan kehilangan pujian yang sewajarnya. Mereka melihat penyelamatan yang dilakukan Tuhan melalui kudrat-Nya sebagai peluang untuk mereka menyanjung puji Tuhan.

Setelah mengenali hal ini, matlamat pekudus bukan lagi sekadar mahu memperoleh berkat Tuhan. Tuhan sendiri jauh lebih berharga daripada semua berian-Nya. Jika penyembuhan itu tidak memanifestasikan Tuhan sendiri, kita menolaknya. Kita harus sedar bahawa jika kita sekadar tamak akan perlindungan dan perbekalan Tuhan, atau kita menyeru-Nya sekadar untuk diselamatkan daripada cubaan, maka kita telah jatuh. Tuhan tidak mahu kita bermotifkan keuntungan dalam hal Dia menjadi hayat kita. Pekudus yang benar-benar mengenali Tuhan tidak menuntut penyembuhan, tetapi Tuhan sendiri. Dia menolak kesihatan yang tidak memuliakan Tuhan, yang menjauhkan dia daripada Tuhan. Pekudus harus ingat bahawa kita sedang beransur-ansur jatuh sekiranya tujuan kita semata-mata mencari berian Tuhan dan tidak mengendahkan diri-Nya. Sekiranya pekudus hidup secara mutlak untuk Tuhan, dia tidak akan terdesak untuk memohon bantuan, mengejar berkat, atau mencari perbekalan, sebaliknya dia akan menyerahkan diri tanpa syarat ke dalam tangan Tuhan.

Tuhan Menjadi Hayat Tubuh (Bahagian 3/4)
Jayeng Atas Maut (Bahagian 1/5)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
1 Komen / Perkongsian
Eirini Tang pada 2020-05-15
Saya amat menikmati bahawa berkat hayat ialah Tuhan sendiri. Sekiranya kita mempersembahkan tubuh kita sebagai korban hidup kepada Tuhan, apa yang membimbangkan kita dahulu tidak lagi boleh menggoyahkan kita. Kita tahu bahawa kita kepunyaan Tuan sepenuhnya! Segala-gala yang tidak diketahui dan tidak diizinkan-Nya pasti tidak akan menimpa kita. Apa-apa jua serangan yang menimpa kita menunjukkan bahawa Dia ada tujuan dan bahawa Dia akan melindungi kita.