Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Amalan Hayat Berhimpun Perhimpunan gereja sama sekali merupakan perhimpunan yang saling-menyaling
Perhimpunan ialah tempat utama bagi orang Kristian berfungsi
Perhimpunan gereja sama sekali merupakan perhimpunan yang saling-menyaling
2020-07-17 | 151 Baca | 0 Komen
A- A+ Simpan

1 Kor. 14:23 Oleh itu, jika seluruh gereja berkumpul di satu tempat…

1 Kor. 14:26 Jadi bagaimana, dikbang-dikbang? Setiap kali kamu berkumpul, setiap orang mempunyai mazmur, mempunyai ajaran, mempunyai wahi, mempunyai bahasa lidah, mempunyai pentafsiran. Hendaklah segala sesuatu dilakukan demi pembinaan.

Terdapat perhimpunan untuk pendidikbinaan dengan melatih kurniaan rohani (1 Kor. 14:26-35). Dalam perhimpunan sebegini,…tidak ada seorang yang khusus untuk melakukan perkara yang khusus, tetapi setiap orang menggunakan kurniaan rohani mereka. Setiap orang boleh berbahagian dengan matlamat membina dan mendidik-bina orang lain.

Satu Korintus 14:26 menunjukkan bahawa perhimpunan untuk pendidikbinaan dengan menggunakan kurniaan rohani ialah perhimpunan yang saling-menyaling. (The Conclusion of the New Testament, m.s. 2205)

Mempunyai, yang digunakan sebanyak lima kali dalam 1 Korintus 14:26, merupakan terjemahan daripada perkataan Yunani gema, iaitu perkataan yang digunakan secara meluas, dengan mempunyai banyak makna. Tiga makna utamanya adalah seperti berikut: (1) memegang, memiliki, menyimpan suatu benda tertentu; (2) mempunyai suatu benda tertentu untuk dinikmati; (3) mempunyai cara atau kuasa untuk melakukan sesuatu. Dua makna pertama harus diterapkan pada tiga perkara pertama daripada lima perkara yang disenaraikan dalam ayat ini—mazmur, ajaran, dan wahi—dan makna ketiga pula harus diterapkan pada dua perkara yang terakhir—bahasa lidah dan pentafsiran bahasa lidah. Ini menunjukkan bahawa apabila kita menghadiri perhimpunan gereja, kita harus mempunyai sesuatu daripada Tuan untuk berkongsi dengan orang lain, sama ada mazmur untuk memuji Tuan, ajaran (daripada pengajar) untuk meministerkan kekayaan Kristus bagi mendidik-bina dan mengkhasiati orang lain, wahi (daripada penyabda, ay. 30) untuk memberi visi berkenaan tujuan abadi Tuhan tentang Kristus sebagai misteri Tuhan dan gereja sebagai misteri Kristus, bahasa lidah sebagai tanda kepada orang yang tidak percaya (ay. 22) agar mereka dapat mengenali dan menerima Kristus, atau pentafsiran untuk menjadikan bahasa lidah tentang Kristus dan Tubuh-Nya dapat difahami. Sebelum datang ke perhimpunan, kita harus mempersiapkan diri kita untuk perhimpunan itu dengan apa yang datang daripada Tuan dan berasal daripada Tuan, sama ada menerusi pengalaman kita terhadap-Nya atau menerusi kenikmatan kita terhadap sabda-Nya dan persekutuan kita dengan-Nya dalam doa. Setelah datang ke perhimpunan, kita tidak perlu menunggu dan tidak patut menunggu untuk mendapat inspirasi; kita harus melatih roh kita dan menggunakan minda kita yang terlatih untuk berfungsi bagi membentangkan apa yang telah kita sediakan kepada Tuan untuk kemuliaan dan kepuasan-Nya serta kepada para pekudus untuk manfaat mereka—pencahayaan, pengkhasiatan, dan pembinaan mereka.

Perhimpunan yang saling-menyaling ini boleh dibandingkan dengan Perayaan Tabernakal pada masa dahulu. Umat Israel membawa hasil tanah permai, iaitu tuaian daripada jerih lelah mereka di atas tanah itu, ke perayaan ini dan mempersembahkannya kepada Tuan untuk dinikmati-Nya dan untuk mereka saling berbahagian dalam persekutuan dengan Tuan dan dengan satu sama lain. Kita harus berjerih lelah pada Kristus, iaitu tanah permai kita, agar kita dapat menuai hasil daripada kekayaan-Nya untuk dibawa ke perhimpunan gereja dan dipersembahkan. Dengan demikian, perhimpunan gereja itu akan mempamerkan kekayaan Kristus dan akan menjadi kenikmatan bersama terhadap Kristus yang dikongsi oleh semua hadirin di hadapan Tuhan dan bersama dengan Tuhan untuk pembinaan para pekudus dan gereja.

Menurut Wasiat Baru, perhimpunan gereja sama sekali merupakan perhimpunan yang saling-menyaling.…[Dalam 1 Korintus 14:26] bukan seorang atau beberapa orang sahaja yang berfungsi; sebaliknya setiap orang saling berfungsi. Ibrani 10:25 menggalakkan kita agar jangan mengabaikan perhimpunan, sebaliknya “menasihati satu sama lain”.…Saling-menyaling, bukan keindividuan, harus diamalkan dengan lazimnya.

Oleh itu, perhimpunan gereja yang wajar, seharusnya unik dalam dua perkara—dalam perihal saling-menyaling dan dalam pembicaraan, yakni pembicaraan yang sejati, positif, mengkhasiati, dan mendidik-bina.…Setiap pekudus harus mempunyai hak dan peluang yang sama untuk berbicara tentang Kristus, berbicara untuk Kristus, dan berbicara keluar Kristus. (The Conclusion of the New Testament, m.s. 2205-2207)

Perhimpunan ialah tempat utama bagi orang Kristian berfungsi
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
Kiriman yang disyorkan
Kata-kata Persekutuan dalam Kasih dan Penting pada Saat-saat Genting
Kata-kata-Persekutuan_2_08060610.png
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (1) KATA-KATA PERSEKUTUAN DALAM KASIH DAN PENTING PADA SAAT-SAAT GENTING  Nota Editor: Dengan bermulanya siaran satu siri rencana secara berturutan,... Terus Baca
Merebut Peluang—Catatan Bicara Dengan Rakan Sekerja (Samb.)
peluang_3_08060613.png
(Koleksi Watchman Nee, Set 3, Jil. 55: Ministri & Pintu Terbuka,  Terbitan No. 21—15 September 1950) MEREBUT PELUANG— CATATAN BICARA DENGAN RAKAN SEKERJA (Samb.) Perasaan... Terus Baca
Menebus Masa = Merebut Peluang (3)
photo1_01060614.jpg
Masalahnya hari ini bukan Tuan tidak memberi kita peluang, tetapi kita melepaskan peluang. Kita semua harus bangkit. Dikbang-dikbang yang bertanggungjawab dalam gereja harus bangkit. Kita... Terus Baca
Apakah Makna Kehidupan Manusia?
img45_03060619.jpg
Banyak orang sering tertanya-tertanya apakah makna kehidupan manusia dan mereka ingin tahu jawapannya. Manusia meluangkan seumur hayat hidup di bumi, jika dia tidak tahu dari... Terus Baca
Syarat untuk Dibaptis
img44_03060633.jpg
Apakah syarat untuk dibaptis? Bilakah seseorang itu boleh dibaptis? Menurut wahi dan contoh dalam Bible, satu-satunya syarat untuk dibaptis ialah percaya. Markus 16:16 berkata, “Dia... Terus Baca
Makna Doa
img52_03060627.jpg
Perkataan doa memang biasa bagi seorang Kristian. Akan tetapi, apakah sebenarnya makna doa ialah pokok perbincangan kita pada hari ini. Kita akan melihat aspek tertentu... Terus Baca
Kategori
Cari Kami di Facebook