Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Amalan Hayat Berhimpun Perhimpunan ialah tempat utama bagi orang Kristian berfungsi
Perhimpunan Pemecahan Roti (2)
Perhimpunan gereja sama sekali merupakan perhimpunan yang saling-menyaling
Perhimpunan ialah tempat utama bagi orang Kristian berfungsi
2020-07-15 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Kolose 1:12 Mengucapkan syukur kepada Bapa yang melayakkan kamu supaya sama-sama beroleh bahagian peruntukan para pekudus dalam cahaya.

1 Korintus 14:26 Jadi bagaimana, dikbang-dikbang? Setiap kali kamu berkumpul, setiap orang mempunyai…

Kita tidak sedar akan pengaruh Kristianiti terhadap kita. Misalnya, setiap percayawan mempunyai konsep bahawa mereka harus beribadat. Mereka mungkin tidak menggunakan ungkapan beribadat, tetapi mereka mempunyai konsep ini. Mereka juga mempunyai konsep bahawa beribadat perlu menyanyi kidung, berdoa, mendengar Bible, dan mendengar khutbah. Jika kita tidak menggugurkan konsep ini, setiap perubahan yang kita lakukan adalah dangkal.

Tambahan pula, disebabkan pengaruh Kristianiti, kita tidak memikul tanggungjawab dalam perhimpunan. Kita beranggapan bahawa pasti ada dikbang yang akan memimpin perhimpunan. Oleh itu, kita tidak perlu memikul sebarang tanggungjawab. Perhimpunan kita tidak seharusnya dipimpin oleh dikbang-dikbang tertentu. Jika ada sesiapa yang ditentukan untuk memimpin perhimpunan, maka setiap orang seharusnya memimpin perhimpunan. Setiap dikbang dan dikkak yang menghadiri perhimpunan seharusnya memikul tanggungjawab bagi perhimpunan itu. (CWWL, 1970, jil. 3, “Being Delivered from Religious Rituals and Walking according to the Spirit”, m.s. 411)

Perhimpunan bukan untuk dikbang yang bertanggungjawab. Perhimpunan adalah untuk semua pekudus. Oleh itu, penatua dan rakan sekerja seharusnya duduk di barisan terakhir. Pada penghujung perhimpunan, penatua boleh pergi ke hadapan untuk membuat pengumuman. Perhimpunan ialah tanggungjawab para pekudus, bukan tanggungjawab penatua.

Konsep tentang kita menghadiri perhimpunan tetapi tidak bertanggungjawab atas perhimpunan ialah kesilapan yang asas. Menjadikan anggota-anggota Tubuh Kristus tidak berguna sehinggakan mereka berhenti berfungsi ialah helah Syaitan. Sebagai anggota-anggota Tubuh, kita berfungsi khususnya dalam perhimpunan (1 Kor. 14:26). Kita tidak harus beranggapan bahawa kita mempunyai fungsi yang “tersembunyi”, seperti menyapu lantai, membersihkan tingkap, atau melawat pekudus, yang mengecualikan kita daripada berfungsi dalam perhimpunan. Semua ini merupakan pelayanan yang baik, tetapi bukan fungsi utama kita. Fungsi utama kita ialah mempersembahkan bahagian kita dalam perhimpunan. Fungsi utama ahli dalam pasukan bola keranjang ialah bermain bola keranjang, bukannya untuk membuat kerja suruhan atau membeli kasut sukan.…Sebagai orang Kristian, kita ialah anggota Kristus, dan pelayanan kita yang paling penting ialah berhimpun. Perhimpunan ialah peluang yang terbaik bagi kita mempamerkan Kristus. Sebagai orang Kristian, kita diamanatkan untuk mempamerkan Kristus dalam perhimpunan. Jika perhimpunan kita tidak mempamerkan Kristus, perhimpunan ini telah gagal. Sama ada gereja lokal adalah kuat atau lemah bergantung pada perhimpunannya. Jika perhimpunan adalah baik, gereja adalah kuat, tetapi jika perhimpunan adalah teruk, gereja adalah lemah. Kita terlepas pandang akan kepentingan perhimpunan kerana kita telah dibutakan Syaitan.…Gereja wujud untuk perhimpunan. Konsep kita harus diubah. Kita harus memahami bahawa perhimpunan ialah tempat utama bagi orang Kristian berfungsi.

Cara kita berfungsi dalam perhimpunan bergantung pada cara kita menjalani kehidupan kita. Satu Korintus mengatakan bahawa Kristus ialah bahagian yang diberi Tuhan kepada kita (1:2), dan Kristus ialah kudrat Tuhan dan kearifan Tuhan (ay. 24), yang menjadi keadilbenaran, pengudusan, dan penebusan kita (ay. 30). Dia ialah segala-gala kepada kita. Kristus ialah Yang Pertama dan Yang Terakhir. Dia ialah Yang Pertama dibangkitkan daripada kalangan yang mati, dan Dia juga ialah Adam terakhir (15:20, 45). Dia juga ialah manusia kedua (ay. 47). Setelah Dia menyempurnakan penebusan, Dia menjadi Roh beri-hayat agar kita dapat digabungkan kepada-Nya menjadi satu roh (ay. 45; 6:17). Sekarang kita sedang belajar untuk hidup melalui roh pembauran kita. Kehidupan kita adalah untuk mengalami dan menikmati Kristus dalam roh kita. Inilah maksud hidup melalui roh kita. Perhimpunan kita ialah pameran bagi kehidupan ini. (CWWL, 1970, jil. 3, “Being Delivered from Religious Rituals and Walking according to the Spirit”, m.s. 412-413)

Perhimpunan Pemecahan Roti (2)
Perhimpunan gereja sama sekali merupakan perhimpunan yang saling-menyaling
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)