Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Memberitakan Injil Pemberitaan Injil yang Wajar ialah Kehidupan Sehari-hari Kita
Pemberitaan Injil Berkaitan dengan Hayat dalam Kita
Pemberitaan Injil yang Wajar ialah Perkara Bersaksi
Pemberitaan Injil yang Wajar ialah Kehidupan Sehari-hari Kita
2020-02-27 | 254 Baca | 0 Komen
A- A+ Simpan

Pemberitaan injil yang wajar ialah kehidupan sehari-hari kita. Kita harus berhidupkan injil. Menurut ekonomi Tuhan, pemberitaan injil ialah penghasilan buah (Yoh. 15:1-17). Sebagai ranting kepada Kristus pohon anggur itu, kita tidak memerlukan sebarang aktiviti, gerakan, jadual, atau rancangan. Kita secara spontan akan menghasilkan buah jika kita hidup dan menumbuhkan Kristus setiap hari. Buah ialah pengaliran keluar hayat dalaman. Ia bukan suatu aktiviti tetapi suatu kehidupan. Banyak orang yang kita hubungi dalam kehidupan sehari-hari kita memerhatikan bagaimana kita hidup. Jika kita berhidupkan Kristus, sesetengah orang mungkin memandang hina akan kita secara luaran, tetapi jauh di hati mereka mengetahui bahawa kita orang yang wajar. Jika kehidupan kita ialah kesaksian Yesus yang bersinar, maka apabila ahli keluarga, jiran, rakan sekerja, atau rakan sekelas menghadapi masalah, mereka mungkin akan teringat kepada kita dan akan mengajak kita melawat mereka. Apabila kita pergi, kita mungkin cuma membicarakan beberapa perkataan untuk membawa orang berdoa menerima Tuan. Menghasilkan buah dengan cara ini adalah mungkin untuk setiap percayawan, dan cara ini lebih berkesan daripada perhimpunan injil yang besar. Jika seseorang percayawan biasa berhidupkan Kristus semata-mata, banyak kenalannya akhirnya akan berpaling kepada Tuan. Orang yang kita peroleh untuk Tuan dengan cara ini akan menjadi buah yang berkekalan. Cara ini mudah, normal, dan spontan. Butir penting ialah kita semua perlu berhidupkan Kristus.

Jalan yang wajar bagi gereja-gereja menyebar luas juga merupakan perkara hayat. Selepas satu gereja bertumbuh secara normal selama beberapa tahun, sekumpulan kecil pekudus mungkin secara spontan berpindah ke bandar berhampiran dan mendirikan gereja di sana. Orang yang mengenali kebenaran dan mempunyai ukuran hayat yang secukupnya secara spontan akan memimpin dalam gereja baru. Untuk diperlengkapi demi tujuan ini, sesetengah dikbang muda harus meluangkan lebih masa dalam Sabda dan mempelajari kebenaran sementara bertumbuh dan berhidupkan Kristus. Gereja-gereja akan terus menyebar luas dengan cara ini tahun demi tahun, bertumbuh dan menyebar luas ke bandar berhampiran. Menyebar luas dengan cara ini adalah spontan dan mudah. Akhirnya, akan ada beberapa gereja lokal di kawasan itu, yang semuanya berhidupkan Kristus, mengasihi dan membantu satu sama lain, serta bersekutu sepanjang masa, namun tidak ada penguasaan, hierarki, organisasi, atau taktik manusia. Betapa indahnya situasi ini! (The Recovery of Christ as Everything in the Church, bab 7)

Pemberitaan Injil Berkaitan dengan Hayat dalam Kita
Pemberitaan Injil yang Wajar ialah Perkara Bersaksi
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)