Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Memberitakan Injil Pemberitaan Injil Berkaitan dengan Hayat dalam Kita
Tidak Menghasilkan Buah Menyebabkan Kita Diputuskan daripada Kenikmatan terhadap Hayat Pohon Anggur
Pemberitaan Injil yang Wajar ialah Kehidupan Sehari-hari Kita
Pemberitaan Injil Berkaitan dengan Hayat dalam Kita
2020-02-26 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Pemberitaan injil bukan suatu pekerjaan dan bukan juga tingkah laku luaran. Pemberitaan injil berkaitan dengan hayat dalam kita….Kita harus melihat bahawa hayat yang dilahirukan berada dalam setiap percayawan. Hayat ini memiliki banyak keupayaan, yakni banyak ciri dan fungsi. Salah satu ciri dan fungsi ialah memberitakan injil, bahkan bukan memberitakan injil semata-mata tetapi memberitakan injil di bawah sebarang sekitaran. Percayawan memiliki suatu naluri yang istimewa—dorongan untuk memberitakan injil. Ini bukan hobi; sebaliknya ia merupakan hayat percayawan.

Hayat dalam kita bukan sekadar hayat yang kudus, hayat yang mengasih, dan hayat yang lembut-halus; ia juga hayat yang memberitakan injil. Jika kita cuba jangan memberitakan injil, kita akan berasa tidak selesa dan tidak gembira. Sebaliknya, apabila kita memberitakan injil, kita berasa riang dan tenang kerana kita mengikut sifat hayat dalaman kita. Sekiranya kita hendak bertumbuh, kita harus membenarkan hayat dalaman itu berkembang supaya ciri dan fungsi hayat ini dapat dinyatakan secara bebas. Sebaik sahaja kita membenarkan hayat ini berkembang dan diekspresikan, kita pasti akan memberitakan injil. (Lessons for New Believers, pel. 20)

Apabila kita tidak memberitakan injil, roh kita menjadi mati. Begitu juga, apabila gereja tidak memberitakan injil, gereja menjadi mati. Akan tetapi, apabila seseorang Kristian bangkit memberitakan injil, rohnya membara, dan apabila gereja memberitakan injil, gereja membara. Pemberitaan injil adalah seperti menghidupkan api; pemberitaan injil membebaskan Roh. Jika kita tidak memberitakan injil, kita akan memadamkan api dalam roh kita dan melemaskan Roh.

Roh injil membara dalam setiap percayawan yang mengasihi Tuan. Pembaraan dalaman ini harus terbayang pada sikap luaran kita terhadap injil. Kita mempunyai roh injil di dalam, tetapi kita perlu membenarkan roh injil membakar dari dalam kita. Roh injil ialah api yang telah dinyalakan, tetapi kita perlu respons. (Christ Being the Burden of the Gospel, bab 15)

Tidak Menghasilkan Buah Menyebabkan Kita Diputuskan daripada Kenikmatan terhadap Hayat Pohon Anggur
Pemberitaan Injil yang Wajar ialah Kehidupan Sehari-hari Kita
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)