Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 9: Hasil Justifikasi- Pengalaman Penuh Terhadap Tuhan Dalam Kristus
Mesej 8: Pengalaman Subjektif Terhadap Justifikasi (2)
Mesej 10: Kurnia Dalam Kristus Melangkaui Pusaka Dalam Adam
Mesej 9: Hasil Justifikasi- Pengalaman Penuh Terhadap Tuhan Dalam Kristus
2021-04-09 | 0 Komen
A- A+ Simpan

HASIL JUSTIFIKASI–KENIKMATAN PENUH TERHADAP TUHAN DALAM KRISTUS

Ayat-ayat Bible: Roma 5: 1-11

Kajian-hayat: Mesej 9

Bacaan Bible:

Roma 5:2 Menerusi-Nya juga kita beroleh jalan masuk melalui iktikad ke dalam kurnia ini; dalam kurnia ini kita berdiri dan bermegah atas harapan kemuliaan Tuhan.

Roma 5:11 Dan bukan itu sahaja, malah juga bermegah dalam Tuhan menerusi Tuan kita Yesus Kristus, menerusi-Nya kita kini telah menerima pendamaian.

Petikan Bacaan: 

Roma 5:1-11 harus dianggap sebagai kesimpulan bagi ajaran Paulus berkenaan justifikasi. Kesimpulan ini mewahikan hasil justifikasi. 

Dalam Roma 5:1-11, Paulus menyebut enam perkataan yang menonjol: kasih, kurnia, perdamaian, harapan, hayat, dan kemuliaan. Keenam-enam butir ini ialah sebahagian daripada hasil justifikasi Tuhan. Semua ini ialah bahagian kita sebagai hasil justifikasi Tuhan. Adakah kamu menginginkan kasih dan kurnia Tuhan? Adakah kamu mendambakan perdamaian dan harapan? Adakah kamu ingin berbahagian dalam hayat abadi Tuhan yang divin dan berada dalam kemuliaan-Nya? Untuk semua ini, kamu memerlukan justifikasi. 

Bersama dengan enam perkataan yang penting ini, kita ada tiga Persona yang ajaib. Ayat 5 memberitahu kita bahawa Roh Kudus telah mencurahkan kasih Tuhan ke dalam hati kita. Ayat 6 memberitahu kita bahawa semasa kita masih lemah dan fasik, Kristus mati untuk kita. Akhirnya ayat 11 mengatakan bahawa kini kita bermegah dalam Tuhan. Oleh itu, Roma 5 mewahikan enam perkara yang menakjubkan dan tiga Persona yang ajaib. Oh, bahagian Sabda ini sungguh kaya!

BERDIRI DALAM ALAM KURNIA

Memandangkan kita telah dijustifikasikan melalui iktikad dan berdiri dalam alam kurnia, kita mempunyai perdamaian terhadap Tuhan. Kini kita berjalan di jalan damai sejahtera, dan kurnia ialah alam yang dalamnya kita berdiri. Jangan tanya saya di mana kamu harus berdiri. Kamu harus berdiri dalam kurnia. Setiap kali kamu berasa diri kamu sudah terkeluar dari alam kurnia, kembalilah dengan serta-merta. Jika kamu hampir hendak bertengkar dengan isteri kamu dan merasakan bahawa kamu sudah keluar dari alam kurnia, hentikan apa yang kamu lakukan, kembali ke alam kurnia, dan berdiri di situ. 

Selepas kamu diselamatkan kamu harus pergi ikut jalan kamu dengan damai. Ke mana sahaja kamu pergi, kamu harus mengambil jalan damai. Jika kamu tidak mempunyai damai sejahtera, jangan pergi. Apa jua yang kamu lakukan, lakukannya dalam damai sejahera. Jika kamu tidak mempunyai damai sejahtera, jangan bertindak. Kurnia adalah untuk kita berdiri, dan damai sejahtera adalah untuk kita bergerak-hidup. Jika kamu tidak mempunyai kurnia untuk tinggal di suatu tempat, jangan tinggal di situ. Jika kamu tidak mempunyai damai sejahtera untuk menuju ke arah tertentu, jangan berjalan. Berdirilah dalam kurnia dan bergerak-hiduplah dalam damai sejahtera. 

MENIKMATI TUHAN DENGAN BERMEGAH, BERSORAK RIANG, DAN MEMBERI KEMULIAAN DALAM-NYA

Diri alamiah kita perlu dikuduskan, ditransform, dan dikonform. Oleh itu, Tuhan membawa masuk sesetengah kesengsaraan dan penderitaan untuk kebaikan kita. Tuhan menjadikan segala sesuatu bekerja bersama demi kabaikan supaya kita dapat dikonform kepada imej Anak-Nya. Dengan itu, kesengsaraan dan penderitaan adalah untuk transformasi kita. Pengalaman terhadap kesengsaraan menghasilkan kesabartahanan (5:3). Kesabartahanan menghasilkan sifat teruji lulus (5:4). Berserta dengan sifat teruji lulus ini, kita mempunyai harapan (5:4). Apakah harapan ini? Harapan ini ialah pada suatu hari, kita semua akan dibawa ke dalam kemuliaan Tuhan (5:2). 

Kita menghargai kurnia tetapi tidak menghargai kesengsaraan, namun menolak kesengsaraan bererti menolak kurnia. Kesengsaraan ialah inkarnasi kurnia yang mengunjungi kita, iaitu kunjungan kurnia yang manis. Kesengsaraan sebenarnya ialah inkarnasi kurnia serta segala kekayaan Kristus. Hal ini sama dengan inkarnasi Tuhan dalam Yesus. Kelihatannya Dia hanyalah Yesus manusia itu; sebenarnya Dia ialah Tuhan. Kelihatannya persekitaran kita ialah kesengsaraan; sebenarnya ia merupakan kurnia. 

Soalan-soalan Kajian: 

1. Doa-baca Roma 5:2 dan nota kaki 2. Jelaskan “kurnia adalah untuk kita berdiri, dan damai sejahtera adalah untuk kita bergerak-hidup.” (Sila rujuk KH Roma, Mes. 9, m.s. 113-115)

2. “Kesengsaraan ialah kunjungan kurnia yang manis.” Kongsikan dengan teman rohani anda tentang pengalaman atas butir ini. (Sila rujuk KH Roma, Mes. 9, m.s.115-117)

Mesej 8: Pengalaman Subjektif Terhadap Justifikasi (2)
Mesej 10: Kurnia Dalam Kristus Melangkaui Pusaka Dalam Adam
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)