Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 10: Kurnia Dalam Kristus Melangkaui Pusaka Dalam Adam
Mesej 9: Hasil Justifikasi- Pengalaman Penuh Terhadap Tuhan Dalam Kristus
Mesej 11: Persepaduan Dengan Kristus
Mesej 10: Kurnia Dalam Kristus Melangkaui Pusaka Dalam Adam
2021-04-14 | 0 Komen
A- A+ Simpan

KURNIA DALAM KRISTUS MELANGKAUI PUSAKA DALAM ADAM

Ayat-ayat Bible: Roma 5: 12-21

Kajian-hayat: Mesej 10

Bacaan Bible

Roma 5:10 Kerana jika kita, ketika menjadi musuh, diperdamaikan dengan Tuhan menerusi kematian Anak-Nya, maka lebih-lebih lagi kita akan diselamatkan dalam hayat-Nya, setelah kita diperdamaikan.

Roma 5:17 Kerana jika, melalui kesalahan satu orang, maut telah meraja menerusi satu orang itu, maka lebih-lebih lagi mereka yang menerima kelimpahan kurnia dan kelimpahan berian keadilbenaran akan meraja dalam hayat menerusi Satu orang, Yesus Kristus.

Petikan Bacaan: 

ASPEK KEDUDUKAN KEPADA ASPEK DISPOSISI

    Pembaca sekalian, kita telah melihat bahagian berkenaan pengutukan bermula pada 1:18 dan berakhir pada 3:20 diikuti dengan bahagian berkenaan justifikasi pula yang bermula pada 3:21 dan berakhir pada 5:11. Justifikasi Tuhan telah mengubah kedudukan kita. Haleluya. Dahulunya kedudukan kita adalah di bawah pengutukan Tuhan; sekarang kedudukan kita adalah di bawah justifikasi Tuhan. Namun demikian, dalam bahagian justifikasi, Paulus memberi kita sedikit petunjuk untuk menunjukkan bahawa dia seterusnya akan menanggulangi disposisi dalaman kita. 

    Petunjuk yang pertama didapati dalam Roma 4:24-25; dalam bahagian itu, Paulus berbicara berkenaan Kristus yang bangkit. Kristus kita bukan sahaja Kristus yang disalibkan untuk penebusan kita; Dia juga Kristus yang bangkit agar Dia dapat menyalurkan hayat ke dalam kita. 

    Kita melihat satu lagi petunjuk dalam Roma 5:10; ayat ini mengatakan bahawa kita akan diselamatkan dalam hayat-Nya. Walaupun kita sudah diselamatkan melalui kematian Kristus supaya kita beroleh penebusan, justifikasi, dan pendamaian, namun kita belum lagi diselamatkan sehingga tahap dikuduskan, ditransform, dan dikonform. Kristus tersalib menyelamatkan kita secara objektif di atas salib; Kristus yang bangkit yang berada dalam kita menyelamatkan kita secara subjektif. Hayat-Nya perlu masuk ke dalam kita. Kita perlu diselamatkan dengan lebih banyak lagi. Kita telah diselamatkan dari neraka dan daripada pengutukan Tuhan. Inilah penyelamatan dari segi kedudukan. Sekarang kita perlu diselamatkan daripada disposisi kita, seperti manusia lama kita, diri kita, hayat alamiah kita, dan seterusnya: Inilah penyelamatan dari segi disposisi.

    Satu lagi petunjuk ialah buku Roma beralih dari aspek kedudukan kepada aspek disposisi selepas 5:11; ini dapat dilihat melalui perkataan dosa (mufrad) dan dosa-dosa (jamak). Dosa-dosa adalah luaran dan berkaitan dengan kedudukan kita; dosa adalah dalaman dan berkaitan dengan disposisi kita.

    Selain itu, walaupun kita berada dalam Tuhan dan Kristus pada masa Roma 5:11, namun kita tidak mempunyai banyak pengalaman terhadap Tuhan dan Kristus yang hidup dalam kita. Berada dalam Kristus ialah perkara kedudukan; mempunyai Kristus dalam kita, khususnya hidup dan huni dalam kita, ialah perkara dari segi disposisi dan pengalaman. Perkara disposisi berkenaan Kristus hidup dalam kita diliputi dalam Roma 5:12 hingga 8:30, yakni bahagian berkenaan pengudusan dan pemuliaan. Setelah kita jelas tentang perbezaan ini, kita akan memahami Roma 5:12-8:30 dengan lebih penuh.

KURNIA DALAM KRISTUS MELANGKAUI PUSAKA DALAM ADAM 

   Sekarang, kita akan mula menyelidiki bahagian berkenaan pengudusan. Untuk ini, kita harus menyedari bahawa kurniaan dalam Kristus melangkaui pusaka dalam Adam. Apakah butir pusaka kita dalam Adam? Dua hal yang menakutkan-dosa dan maut. Tidak kira sama ada kita baik atau jahat, asalkan kita dilahirkan daripada bangsa Adam, kita mempunyai dosa dan maut sebagai pusaka kita. Namun puji Tuhan atas kurniaan dalam Kristus! Kurniaan dalam Kristus melangkaui pusaka dalam Adam. Hal ini tidak ada bandingannya. 

DUA ORANG, DUA TINDAKAN, DAN DUA HASIL

    Di mata Tuhan hanya ada dua orang-Adam dan Kristus. Kita sendiri tidak terbilang apa-apa. Kita semua sama ada terangkum dalam manusia pertama atau kedua. Segala-galanya terpulang kepada di mana kamu berada. Jika kamu berada dalam Adam, kamu sebahagian daripada Adam. Jika kamu berada dalam Kristus, kamu sebahagian daripada Kristus. 

    Adam ialah manusia pertama (1 Kor. 15:47). Dia bukan sahaja manusia pertama, tetapi juga Adam pertama (1 Kor. 15:45). Adam dicipta oleh Tuhan (Kej. 1:27), dan langsung tidak ada sifat dan hayat divin Tuhan. Kristus ialah manusia kedua (1 Kor. 15:47) dan Adam terakhir (1 Kor. 15:45). Manusia kedua ini bukan dicipta Tuhan. Dia seorang manusia yang berbaur dengan Tuhan. Manusia pertama langsung tidak ada sifat dan hayat divin Tuhan kerana dia sekadar ciptaan Tuhan. Manusia kedua ialah pembauran Tuhan dengan makhluk ciptaan-Nya, penuh dengan sifat dan hayat divin Tuhan. 

    Roma 5:14 menyebut tentang pelanggaran Adam, yang merujuk kepada pelanggaran Adam memakan pohon pengetahuan baik dan jahat di taman. Selepas Tuhan mencipta Adam, Dia menempatkannya di hadapan pohon hayat, yang menunjukkan bahawa Adam harus makan pohon ini. Ini akan membolehkan dia menerima hayat Tuhan dan hidup bersama dengan Tuhan. Adam telah gagal. Adam melepaskan hayat dan memilih maut. Tindakan kedua ialah kepatuhan Kristus di atas salib (Flp.2:8). Tindakan kepatuhan ini, suatu tindakan adilbenar yang dilakukan oleh Kristus, menamatkan manusia pengetahuan (6:6). Adam membawa manusia kepada pengetahuan, menjadikan dia seorang manusia pengetahuan. Kristus, melalui kepatuhan-Nya di atas salib, menamatkan manusia pengetahuan dan membawa manusia kembali kepada hayat. 

    Dosa masuk menerusi pelanggaran Adam (5:12). Roma 5 hingga 8 seolah-olah mempersonifikasikan dosa. Dosa seperti seseorang yang dapat meraja (5:21), yang dapat mempertuani orang (6:14), yang dapat menipu dan membunuh orang (7:11), yang dapat huni dalam orang, dan melakukan hal-hal yang bertentangan dengan kehendak mereka (7:17, 20). Hasil daripada pelanggaran Adam, banyak, termasuk kita, telah dikonstitusikan sebagai pendosa (5:19). Suatu elemen yang tidak dicipta Tuhan telah disuntikkan ke dalam diri kita dan mengkonstitusikan kita sebagai pendosa. Bukan itu sahaja, semua manusia telah dikutuk sehingga dibawa kepada maut (5:18). Semua manusia dilahirkan daripada Adam dan dalam Adam. Maka menerusi satu kesalahan Adam, semua manusia telah dikutuk sehingga dibawa kepada maut dalam Adam semasa dia dikutuk. Dengan demikian, maut merajai semua manusia (5:14). Hasil terakhir daripada pelanggaran Adam ialah dalam Adam semua mati (1 Kor. 15:22). 

    Puji Tuan kerana kita mempunyai manusia kedua, tindakan kedua, dan hasil kedua! Apakah hasil daripada kepatuhan Kristus? Kurnia datang (Yoh. 1:17) menerusi kepatuhan Kristus. "Kurnia Tuhan...melimpah-ruah kepada banyak orang" (Roma 6:15). Kurnia ialah Tuhan yang dipersonifikasikan, datang untuk memberi kita hayat dan kenikmatan. Apabila Tuhan yang hidup masuk ke dalam diri kita sebagai kurnia, kita dikonstitusikan sebagai yang adilbenar (5:19). Hasil selanjutnya daripada kepatuhan Kristus ialah kita telah dijustifikasikan sehingga dibawa kepada hayat (5:18). Justifikasi mengubah kedudukan luaran kita, dan hayat mengubah disposisi dalaman kita. Sekarang kita mempunyai justifikasi secara luaran untuk menjadi kedudukan kita dan mempunyai hayat secara dalaman untuk menjadi disposisi kita. Akhirnya, kurnia meraja menerusi keadilbeneran membawa kepada hayat abadi (5:21). Dengan itu, dalam Kristus, semua dihidupkan (1 Kor. 5:22). Dalam Adam, semua mati; dalam Kristus, semua hidup. Akibat daripada pelanggaran Adam ialah maut mencapai semua orang. Hasil daripada kepatuhan Kristus ialah hayat mencapai semua orang. 

Soalan-soalan Kajian: 

1.  Mengapakah kita perlu "diselamatkan dengan lebih banyak lagi" seperti yang dinyatakan dalam Roma 5:10 sedangkan kita telahpun diselamatkan daripada neraka dan pengutukan?
2. Sila kongsi pengalaman kamu dengan membandingkan kurnia dalam Kristus yang dialami selepas diselamatkan, dengan pusaka dalam Adam yang diwarisi sebelum diselamatkan. 

Mesej 9: Hasil Justifikasi- Pengalaman Penuh Terhadap Tuhan Dalam Kristus
Mesej 11: Persepaduan Dengan Kristus
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)