Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Yohanes Mesej 7 & 8: Pengenalan Kepada Hayat dan Pembinaan (5)
Mesej 6: Pengenalan Kepada Hayat dan Pembinaan (4)
Mesej 9: Pengenalan Kepada Hayat dan Pembinaan (6)
Mesej 7 & 8: Pengenalan Kepada Hayat dan Pembinaan (5)
2022-01-12 | 0 Komen
A- A+ Simpan

PENGENALAN KEPADA HAYAT DAN PEMBINAAN (5)

Kajian-hayat: Mesej 3

Bacaan Bible:

Yoh. 1:14 Sabda itu telah menjadi tubuh daging dan bertabernakal dalam kalangan kita..., penuh dengan kurnia dan realiti.

Yoh. 1:17b-18 ...kurnia dan realiti datang menerusi Yesus Kristus.Tidak ada orang yang pernah melihat Tuhan; hanya Anak tunggal yang ada di pangkuan Bapa, Dialah yang telah menyatakan-Nya. 

Petikan Bacaan:

ADA KURNIA

    Yohanes memberitahu kita bahawa Kristus merupakan Sabda yang menjadi tubuh daging dan bertabernakal dalam kalangan kita, penuh dengan kurnia. Apa itu kurnia? Sukar untuk mentakrifkan perkataan ini. Kita boleh mengatakan bahawa kurnia ialah Tuhan yang berada dalam Kristus membawa segala apanya Dia untuk menjadi kepenuhan bagi kita nikmati. Kenikmatan ini termasuk rehat, pelipuran, kuasa, kudrat, cahaya, hayat, keadilbenaran, kekudusan, dan segala sifat divin yang lain. Inilah kurnia yang kita nikmati. Kita boleh menikmati Tuhan yang berada dalam Kristus sebagai segala-galanya. Setiap kali kita berada dalam hadirat Tuhan, kita menikmati kepenuhan daripada segala apanya Dia.

    Semakin kita menikmati Tuhan, semakin kita mengenali-Nya. Untuk mengenali makanan tertentu, satu-satunya cara ialah memakannya. Apabila saya mengecapnya, makanan itu dinyatakan kepada saya melalui kenikmatan saya terhadapnya. Tuhan dinyatakan kepada kita melalui kita merasai-Nya. Kita perlu merasai Tuhan. Kita perlu menikmati Tuhan sebagai kurnia kita, kerana inilah cara Kristus menyatakan Tuhan kepada kita. Kristus datang bersama-sama kepenuhan kurnia Tuhan. Kita perlu menikmati hadirat-Nya dan menetap di hadapanNya. Dengan itu, barulah kita dapat berbahagian dalam apanya Tuhan. Menerusi cara ini, Tuhan dinyatakan kepada kita, dan kita juga dapat mengenali-Nya. 


ADA REALITI

     Apabila kita menikmati Tuhan, kita bukan sahaja mempunyai kurnia tetapi juga realiti. Apabila kita menikmati Tuhan, kita beroleh kenikmatan, iaitu kurnia; apabila kita beroleh kenikmatan ini, kita akan mengenali realiti Tuhan. 

    Kurnia ialah Tuhan yang kita nikmati dalam Anak; realiti pula ialah Tuhan yang kita sedar jelaskan dalam Anak. Kurnia ialah kenikmatan, manakala realiti ialah kesedarjelasannya. Mengatakan bahawa “Tuhan ialah cahaya” mungkin hanyalah satu doktrin yang tidak mempunyai kesedarjelasannya. Walau bagaimanapun, apabila kamu berbahagian dalam Tuhan, mengalami Tuhan sebagai cahaya kamu, kamu akan memiliki Tuhan sebagai kesedarjelasan cahaya itu. Begitu juga, mengatakan bahawa “Tuhan ialah hayat” mungkin satu ungkapan semata-mata. Namun demikian, apabila kamu menikmati Kristus sebagai bahagian kamu, kamu akan memiliki Tuhan sebagai kesedarjelasan hayat bagi kamu. Justeru, kurnia ialah Tuhan yang kamu nikmati, dan realiti ialah Tuhan yang kamu sedar jelaskan dalam kenikmatan itu. 

    Kurnia dan realiti datang bersama Yesus. Ayat 17 berkata, “Kerana hukum diberi menerusi Musa; kurnia dan realiti datang menerusi Yesus Kristus.” Hukum mengenakan permintaan ke atas manusia menurut apanya Tuhan, namun kurnia membekali manusia dengan apanya Tuhan untuk memenuhi permintaan Tuhan. Memandangkan kurnia dan realiti datang bersama dengan Yesus, semasa Yesus bersama-sama kita, kita ada kurnia dan realiti. Banyak kali kita menikmati Tuhan dalam Kristus sebagai kurnia kita, dan banyak kali kita mengenali bahawa Tuhan dalam Kristus benar-benar adalah hayat, cahaya, pelipuran, rehat, kesabaran, kerendahan diri, dan banyak perkara lagi. Inilah kesedarjelasan terhadap Tuhan. 

    Kurnia dan realiti tidak ada batas, tetapi sentiasa penuh. Semakin kamu menikmatinya, semakin kamu menyedari bahawa kepenuhan ini adalah tidak terbatas. Kurnia sama sekali tidak akan habis dinikmati, dan realiti juga sama sekali tidak akan habis dialami. Semakin kamu mengalaminya, semakin kepenuhan ini bertambah. Kepenuhan bertambah menurut kapasiti pengalaman kamu. Kapasiti kita menentukan muatan kepenuhan Ketuhanan dalam kita. Kenikmatan Tuhan dalam Kristus adalah tidak terbatas. Berapa banyak kita menikmati kepenuhan-Nya bergantung pada kapasiti kita. 


DALAM ANAK TUNGGAL TUHAN

    Tuhan menyatakan diri-Nya dalam Anak tunggal Tuhan; Dia ada di pangkuan Bapa dari keabadian lampau dan masih lagi di pangkuan Bapa selepas inkarnasi. Justeru, ayat 18 berkata, “Tidak ada orang yang pernah melihat Tuhan; Anak tunggal yang ada di pangkuan Bapa, Dialah yang telah menyatakan-Nya.” Anak tunggal ada bersama dengan Tuhan Bapa, dan sentiasa ada di pangkuan Bapa dari dahulu, kini, hingga selama-lamanya. 

    Tuhan diekspresikan dalam Kristus, dan dalam Kristus, kita ada kurnia dan realiti. Justeru, apabila kita datang menghadap Kristus, kita menikmati kurnia dan berbahagian dalam realiti. Ayat 18 memberitahu kita bahawa Kristus yang merupakan Anak tunggal Tuhan, ada di pangkuan Tuhan Bapa. Oleh itu, apabila kita menikmati Kristus dengan cara yang begitu intim, kenikmatan yang intim terhadap-Nya akan membawa kita kepada Tuhan Bapa. Pada Bapa, kita ada kasih dan cahaya. Kristus ialah ekspresi Tuhan; manakala kurnia ialah ekspresi kasih, dan realiti ialah ekspresi cahaya. Apabila kita menikmati Kristus sebagai kurnia dan realiti, kenikmatan ini akan membawa kita ke pangkuan Bapa; di situlah kita menikmati kasih dan cahaya. Itulah sebabnya dalam Injil Yohanes kita ada kurnia dan realiti, manakala dalam Surat Pertama Yohanes, kita ada kasih dan cahaya (1 Yoh. 1:5; 4:7-8).  Jika kita hanya menikmati kurnia, kenikmatan itu masih tidak cukup dalam. Apabila kurnia membawa kita kepada kasih, kita akan menyentuh sumber yang mengalir keluar kurnia. Apabila kita menelusuri kurnia kepada sumbernya, kurnia menjadi kasih. Begitu juga, cahaya ialah sumber yang mengalir keluar realiti.Semasa kamu menelusuri realiti kepada sumbernya, kamu akan sampai kepada cahaya, kerana cahaya adalah pengalaman yang lebih daJam tentang realiti. 

Mesej 6: Pengenalan Kepada Hayat dan Pembinaan (4)
Mesej 9: Pengenalan Kepada Hayat dan Pembinaan (6)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)