Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Yohanes Mesej 6: Pengenalan Kepada Hayat dan Pembinaan (4)
Mesej 5: Pengenalan Kepada Hayat dan Pembinaan (3)
Mesej 7 & 8: Pengenalan Kepada Hayat dan Pembinaan (5)
Mesej 6: Pengenalan Kepada Hayat dan Pembinaan (4)
2022-01-07 | 0 Komen
A- A+ Simpan
PENGENALAN KEPADA HAYAT DAN PEMBINAAN (4) 

Ayat-ayat Bible: Yoh. 1:14-18

Kajian-hayat: Mesej 3

Bacaan Bible: 
Yoh. 1:14 Sabda itu telah menjadi tubuh daging dan bertabernakal dalam kalangan kita (dan kita pernah melihat kemuliaan-Nya, iaitu kemuliaan Anak Tunggal yang datang daripada Bapa), penuh kurnia dan realiti. 

Petikan Bacaan: 
SABDA BERINKARNAT UNTUK MENYATAKAN TUHAN
Menjadi Tubuh Daging
        Kita telah mengatakan bahawa Sabda menjadi tubuh daging untuk kita nikmati. Sekarang, kita perlu melihat bahawa Dia berinkarnat agar Dia dapat menyatakan Tuhan (ay. 18). Tuhan “dimanifestasikan dalam tubuh daging” (1 Tim. 3:16). Bagaimanakah Dia menyatakan Tuhan? Dia menyatakan Tuhan dalam tubuh daging, dengan mempersembahkan diri-Nya kepada kita untuk kita nikmati. Dia tidak berkata kepada disipal-disipal awal, “Anak-anak kecil, Aku mahu kamu tahu bahawa Aku Anak Tuhan kepada kamu. Kamu semua harus mengenali Tuhan. Lihatlah muka-Ku. Kamu harus menyedari siapa Aku ini. Apabila kamu mengenali Aku, kamu mengenali Tuhan Bapa.” Jika Dia menyatakan Tuhan dengan cara ini, semua disipal-Nya pasti akan berundur pergi dan meninggalkan-Nya. Petrus akan berkata, “Aku mahu pulang menangkap ikan di Galilea,” dan Marta akan berkata, “Tuan, aku mahu balik rumah dan menguruskan hal aku.” Tidak, Kristus datang dalam tubuh daging, bukan untuk menyatakan Tuhan dengan cara memberi ajaran, tetapi dengan cara yang penuh kurnia dan realiti. Dia bukan berkata, “Anak-anak kecil, kamu harus mencari Tuhan dalam-Ku. Kamu harus belajar untuk mengetahui bahawa Aku berada di sini untuk menyatakan Tuhan.” Dia menyatakan Tuhan dengan cara yang penuh kenikmatan, dengan mempersembahkan diri-Nya sebagai kurnia dan realiti. Justeru, Petrus dapat berkata, “Aku sama sekali tidak akan balik menangkap ikan lagi. Aku akan bersama dengan orang ini buat selama-lamanya. Walaupun aku tidak tahu siapa Dia, sama ada Dia Tuhan, Bapa, Sabda, atau Pencipta, namun aku memang tahu bahawa waktu bersama dengan-Nya adalah waktu yang paling manis.” Inilah cara Yesus, iaitu Anak Tuhan dalam tubuh daging, menyatakan Tuhan. Dia tidak menyatakan Tuhan kepada disipal-disipal-Nya dengan mengajar mereka, tetapi dengan memberi mereka kenikmatan yang sungguh manis. Dengan hanya memandang seseorang, Dia dapat menawan orang itu. Hadirat-Nya penuh dengan kenikmatan. Hadirat-Nya begitu mempesonakan. Banyak disipal awal yang terpesona oleh-Nya.  

Tuhan bukan Tuhan yang memberi ajaran, doktrin, peraturan, hukum, atau berian. Tuhan merupakan Tuhan yang dapat dinikmati. Tuhan merupakan kurnia dan realiti bagi kita. Tuhan merupakan kenikmatan yang penuh bagi kita, dan Yesus Anak Tuhan merupakan perwujudan segala kenikmatan terhadap Tuhan. Apabila Dia huni bersama dengan kamu, kamu akan menikmati Tuhan. Kamu akan mengecap Tuhan sebagai Yang manis, tersayang, dan mestika. Akhirnya, kamu beroleh realiti-Nya. Kita tidak ada perkataan manusia yang dapat menjelaskan hal ini. Walaupun kita kekurangan ujaran yang dapat menghuraikannya, namun kita dapat menikmatinya hari ini. Apabila kita bersama-sama Tuan buat suatu jangka waktu dengan menyeru-Nya dan berkata, “Tuan Yesus, aku mengasihi-Mu,” kita akan terasa manis, dilipur, rehat, nyaman, dan bertenaga. Bukan itu sahaja, kita juga memiliki realiti-Nya. Orang mungkin akan bertanya kepada kamu, “Realiti apakah yang kamu miliki?” Walaupun saya tidak tahu bagaimana menghuraikannya, namun saya memang ada realiti itu. Sebelum menghabiskan masa untuk berada dalam hadirat Tuhan, saya berasa kosong. Namun, kini saya dipenuhi. Saya ada realiti, maka saya puas dan dipenuhi sehingga melimpah-ruah. 

Sabda telah berinkarnat untuk menyatakan Tuhan; Sabda menjadi tubuh daging untuk kita nikmati. Anak Tuhan menyatakan Tuhan kepada manusia dengan cara yang penuh kenikmatan. Hal ini ajaib. 

Menyatakan Tuhan
Kita telah melihat bahawa Sabda telah berinkarnat untuk menyatakan Tuhan, mengekspresikan Tuhan (Ibr. 1:3), menjelaskan Tuhan, dan mentakrifkan Tuhan. Anak tunggal Bapa menyatakan Tuhan menerusi Sabda, hayat, cahaya, kurnia, dan realiti. Sabda ialah Tuhan yang diekspresikan, hayat ialah Tuhan yang disalurkan, cahaya ialah Tuhan yang menyinar, kurnia ialah Tuhan yang dinikmati, dan realiti ialah Tuhan yang disedarjelaskan dan ditanggap-faham. Menerusi kelima-lima perkara ini, Tuhan dinyatakan sepenuhnya dalam Anak. Menyatakan Tuhan bererti mengekspresikan, menjelaskan, dan mentakrifkan Tuhan. Kristus menyatakan, mengekspresikan, menjelaskan, dan mentakrifkan Tuhan dengan berinkarnat menjadi Sabda yang membawa hayat, cahaya, kurnia, dan realiti. 

Mesej 5: Pengenalan Kepada Hayat dan Pembinaan (3)
Mesej 7 & 8: Pengenalan Kepada Hayat dan Pembinaan (5)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)