PRAKATA (1)
Bacaan Bible:
Yes. 54:5a Kerana Dia yang menjadikan Engkau ialah Suamimu….
Wahi 19:7 Marilah kita bergirang dan bersorak riang, dan marilah kita memberi kemuliaan kepada-Nya, kerana perkahwinan Anak Domba sudah tiba, dan isteri-Nya telah mempersiapkan diri.
Petikan Bacaan:
Sebagai pembuka kata kajian-hayat Roma, terlebih dahulu kita ingin melihat satu pandangan menyeluruh tentang Bible sebagai kisah cinta divin. Kemudian kita akan mempertimbangkan kedudukan buku Roma dalam Bible.
Bible—Kisah Cinta Satu Pasangan Universal
Jika kamu menyelami pemikiran Bible, kamu akan menyedari
bahawa dalam erti kata yang paling suci dan kudus, Bible ialah kisah cinta satu
pasangan universal. Pihak lelaki bagi pasangan ini ialah Tuhan sendiri.
Walaupun Dia Persona yang divin, namun Dia berhasrat untuk menjadi pihak lelaki
dalam pasangan universal ini. Tuhan ini, setelah melalui proses yang panjang,
akhirnya menjadi Kristus, iaitu Pengantin Lelaki. Pihak perempuan bagi pasangan
ini ialah manusia yang korporat, iaitu umat yang ditebus Tuhan, termasuk semua
pekudus Wasiat Lama dan Wasiat Baru. Setelah melalui proses yang panjang,
persona yang korporat ini akhirnya menjadi Yerusalem Baru yang merupakan
Pengantin Perempuan.
Kisah cinta ini diwahikan berulang kali dalam seluruh Wasiat Lama. Sejurus selepas catatan berkenaan penciptaan Tuhan, terdapat kisah perkahwinan. Dalam Wasiat Lama, Tuhan bersabda beberapa kali bahawa diri-Nya ialah Suami dan umat-Nya ialah isteri. Pasangan ini ialah rahsia alam semesta. Rahsia seluruh alam semesta ialah Tuhan dan umat-Nya akan menjadi satu pasangan. Haleluya. Kisah cinta ini juga digambarkan dalam Wasiat Baru. Inti sari wahi divin ialah satu pasangan dan seorang manusia: satu pasangan yang terdiri daripada Tuhan Tritunggal sebagai suami dan umat pilihan-Nya sebagai isteri; dan seorang manusia yang terdiri daripada Kristus sebagai Kepala, bersama dengan umat pilihan-Nya sebagai Tubuh. Inilah wahi utama bagi seluruh Bible.
Wasiat Lama ialah Ramalan dan Wasiat Baru ialah Penggenapan Wasiat Lama
Wasiat Lama ialah ramalan tentang Kristus. Jika kamu membaca Wasiat Lama dengan teliti, kamu akan menemui banyak
nubuat yang jelas dan nyata berkenaan
Kristus.
Wasiat Lama juga ramalan tentang gereja; ramalan ini
bukan disampaikan melalui kata-kata biasa, tetapi melalui tamsil, kiasan, dan
bayangan. Wasiat Baru ialah penggenapan Wasiat Lama. Segala nubuat berkenaan
Kristus dan gereja dalam Wasiat Lama, telah digenapi sepenuhnya dalam Wasiat
Baru.
Empat buku Injil ialah biografi yang hidup tentang
seorang Persona yang ajaib. Akan tetapi,
dalam Kisah Para Dutus, Dia direproduksikan, bertambah, dan diperbesar. Oleh
itu, dalam empat buku Injil, kita ada Kristus individu, dalam Kisah Para Dutus,
kita ada Kristus korporat. Bagaimanakah kita, percayawan yang begitu banyak,
dapat menjadi sebahagian daripada Kristus?
Ini membawa kita kepada buku Roma. Roma menjelaskan bagaimana Kristus individu menjadi Kristus korporat, dan bagaimana kita semua yang dahulunya pendosa dan musuh Tuhan, dapat menjadi sebahagian daripada Kristus dan membentuk satu Tubuh-Nya. Buku Roma memberi kita penerangan yang lengkap berkenaan hal ini, dan menyingkapkan kehidupan orang Kristian dan kehidupan gereja secara terperinci. Oleh itu, kita meninjau buku Roma untuk mendapatkan latihan berkenaan kehidupan orang Kristian dan kehidupan gereja. Buku Roma memberi huraian ringkas bagi kedua-dua perkara ini. Sekarang kita tahu tentang kedudukan buku Roma dalam Bible.
Soalan-soalan Kajian:
1. Tunjukkan bagaimana Wasiat Lama menggambarkan kisah cinta Tuhan dengan manusia (Rujuk kepada KH Roma, Mesej Satu, m.s. 2-5)
2. Berikan contoh dalam Wasiat Baru yang menunjukkan kisah cinta Tuhan dengan manusia (Rujuk kepada KH Roma, Mesej Satu, m.s. 6-7)
3. Sila doa-baca subjek buku Roma yang berikut. Bagaimanakah anda memberitakan injil selama 1 minit menggunakan subjek buku Roma?
Injil Tuhan—Menjadikan Pendosa-pendosa Para Anak Tuhan untuk Mengkonstitusikan Tubuh Kristus yang Diekspresikan sebagai Gereja-gereja Lokal
Bacaan selanjutnya:
Kajian-hayat Roma, Mesej Satu, m.s. 1-10