Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Pengumuman: Paparan Kekayaan Buku Roma
Mesej 1a: Prakata (1)
Pengumuman: Paparan Kekayaan Buku Roma
2021-03-06 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Para pembaca yang dikasihi, laman injil.cc akan mula membentangkan kekayaan sabda Tuhan dalam buku Roma untuk kenikmatan anak-anak Tuhan bermula pada 8 Mac 2021. Bacaan sabda termasuklah ayat-ayat Bible daripada buku Roma diikuti dengan petikan bacaan daripada “Kajian-hayat Roma” untuk bekalan rohani anak-anak Tuhan. Kita akan mendalami buku Roma untuk melihat wahi divin buku ini dan penerapannya dalam kehidupan Kristian kita.

Kajian-hayat ialah satu koleksi sabda Tuhan yang bertujuan untuk membuka kekayaan Bible agar kita mengenali sabda Tuhan. Tujuan kajian-hayat bukan sekadar untuk menyalurkan pengetahuan Bible kepada para pembaca. Tujuan utamanya adalah untuk meministerkan (membekalkan) hayat rohani agar kita dapat bertumbuh dalam hayat sehingga mencapai kematangan.

Demi mendalami kekayaan sabda, kami menggalakkan para pekudus untuk membaca rujukan dalam bacaan selanjutnya, terutamanya ayat-ayat Bible dalam Roma berserta nota kaki, dan set buku Kajian-Hayat Roma. Para pekudus juga digalakkan untuk menjawab soalan-soalan kajian secara individu atau berkumpulan. Percayawan yang ingin membeli set buku Kajian-Hayat Roma boleh membuat tempahan melalui pautan www.gbc.my.  

 

Mesej 1a: Prakata (1)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)