Matius 6:10 Datanglah kingdom-Mu; terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga.
Nota kaki bagi "bumi"
Selepas pemberontakan Syaitan (Yeh. 28:17; Yes. 14:13-15), bumi jatuh ke tangan Syaitan yang merampas. Dengan demikian, kehendak Tuhan tidak dapat dilaksanakan di bumi sebagaimana di syurga. Oleh itu, Tuhan mencipta manusia dengan hasrat hendak memulihkan bumi untuk diri-Nya (Kej. 1:26-28). Selepas kejatuhan manusia,Kristus datang untuk membawa pemerintahan syurgawi ke bumi agar bumi dapat dipulihkan untuk kepentingan Tuhan, agar kehendak Tuhan dapat dilaksanakan di bumi sebagaimana di syurga. Inilah sebabnya Raja baru menubuhkan kingdom syurga-syurga bersama-sama pengikutnya. Umat kingdom harus berdoa untuk hal ini hingga bumi dipulihkan sepenuhnya untuk kehendak Tuhan pada zaman kingdom akan datang.
(Holy Bible Wasiat Lama dan Wasiat Baru dengan nota rujukan, Versi Pemulihan)