2 Timotius 4:7-8 Aku telah memperjuangkan perjuangan yang baik; aku telah menamatkan perlumbaan; aku telah menjaga kepercayaan. Mulai sekarang, tersedia bagiku mahkota keadilbenaran yang akan diganjarkan Tuan, iaitu Hakim adilbenar, kepadaku pada hari itu, dan bukan aku sahaja tetapi juga semua yang mengasihi kemunculan-Nya.
- memperjuangkan: Lit., bergelut dalam pergelutan yang baik. Kehidupan orang Kristian yang wajar mempunyai tiga aspek: memperjuangkan pejuangan baik untuk menentang Syaitan dan kingdom kegelapannya bagi kepentingan kingdom Tuhan (1 Tim. 6:12); berlari dalam perlumbaan untuk melaksanakan ekonomi Tuhan menurut tujuan abadi-Nya (Ibr. 12:1); dan menjaga kepercayaan untuk berbahagian dalam kekayaan divin dalam Tuhan (1 Tim. 3:9). Dalam hal ini Paulus telah mendirikan teladan yang sesuai untuk kita.
- kemunculan-Nya: Kemunculan Tuan, kedatangan-Nya kembali, adalah suatu amaran, galakan, dan insentif kepada kita. Kita harus mengasihinya dan menanti dengan harapan yang besar dan penuh riang.