Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian MAMON (Bahagian 3/3)
MAMON (Bahagian 2/3)
PEMULIHAN TUAN—MAKAN (Bahagian 1/2)
MAMON (Bahagian 3/3)
2020-07-21 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (84)

Nota Editor:

“Kita harus ingat bahawa gereja mengambil lokaliti sebagai unit, sementara kerja mengambil daerah sebagai unit. Penatua bertanggungjawab menguruselia gereja lokal, manakala dutus bekerja di daerah. Butir ini amat jelas dalam Bible, cuma manusia yang kurang jelas.”

“Berkenaan pendapatan peribadi setiap orang, kita mempunyai enam jalan yang boleh diambil. Ada orang yang menyangka bahawa kita ingin menyeragamkan urusan kewangan, dan kita menyerahkan wang kita di bawah kawalan seorang sahaja. Kita langsung tidak ada pemikiran sedemikian.”

MAMON
(Bahagian 3/3)

Tarikh: 2 Jun 1948
Tempat: Jalan Kastam, Foochow

(CWWN SET 3, JIL 13, BAB 8)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Gal. 6:10 “Oleh itu, apabila kita berpeluang, haruslah kita melakukan apa yang baik terhadap semua orang, terutamanya terhadap mereka yang daripada keluarga kepercayaan.”

1 Tim. 6:10 “Kerana cinta akan wang ialah akar segala kejahatan; disebabkan sesetengah orang memburu wang, mereka disesatkan daripada kepercayaan dan menusuk diri mereka dengan pelbagai kesakitan.”

CARA PENGGUNAAN PERSEMBAHAN KEWANGAN

Mulai hari ini, berkenaan cara menguruskan kewangan, dan cara mengasingkan wang peribadi kita daripada wang untuk kerja, kita harus belajar daripada Sabda Tuhan. Apabila para rakan sekerja keluar bekerja, kita mempunyai beberapa panduan untuk menguruskan kewangan kita:

Pertama, kita harus memberi kepada dikbang yang miskin atau orang yang miskin.

Kedua, kita harus menjaga keperluan dikbang dan dikkak secara individu. Pekudus yang ingin membuat persembahan boleh menulis nama dikbang tertentu pada sampul persembahan dan memasukkannya ke dalam peti persembahan, untuk diuruskan oleh dikbang yang bertanggungjawab.

Ketiga, kita harus menjaga keperluan gereja lokal di tempat kita.

Keempat, kita harus menjaga keperluan gereja lokal di tempat lain.

Kelima, kita harus menyokong keperluan kerja di daerah kita. Gereja adalah lokal, manakala kerja adalah bersifat daerah. Gabungan beberapa lokaliti membentuk daerah. Dalam Wasiat Baru, kita mendapati dua daerah kerja—Yerusalem dan Antiokhia. Dua belas dutus mempunyai Yerusalem sebagai pusat, manakala Paulus dan dutus lain mempunyai Antiokhia sebagai pusat. Paulus mengatakan bahawa dia bekerja menurut garis ukur yang diperuntukkan Tuhan kepada mereka (2 Kor. 10:13). Bertahun-tahun lamanya kita sangat jelas bahawa unit lokaliti merupakan lingkungan gereja lokal, tetapi kita kurang jelas berkenaan soal kerja. Sekarang kita sudah jelas bahawa kerja mempunyai daerahnya. Kerja di Samaria berada di bawah tanggungjawab Yerusalem, sementara kerja di Pamfilia berada di bawah tanggungjawab Antiokhia. Hal ini menunjukkan kepada kita dengan jelas bahawa kerja mempunyai daerah. Sekiranya kita tidak jelas tentang perbezaan antara gereja lokal dengan kerja, kita akan terkeliru sebaik sahaja timbulnya pergolakan. Kita harus ingat bahawa gereja mengambil lokaliti sebagai unit, sementara kerja mengambil daerah sebagai unit. Penatua bertanggungjawab menguruselia gereja lokal, manakala dutus bekerja di daerah. Butir ini amat jelas dalam Bible, cuma manusia yang kurang jelas.

Keenam, kita juga harus menjaga keperluan daerah kerja yang lain. Antara satu daerah kerja dengan daerah kerja yang lain, bukannya tidak ada perkaitan. Yerusalem dan Antiokhia bukannya saling berasingan. Mereka saling mempunyai perhubungan dan persekutuan. Antiokhia dibangkitkan oleh Barnabas yang berasal dari Yerusalem. Barnabas turun dari Yerusalem ke Antiokhia, dan membawa Paulus dari Antiokhia ke Yerusalem. Apabila Yerusalem kekurangan wang, Antiokhia memberikan bantuan kewangan. Kisah Para Dutus menunjukkan hubungan yang rapat wujud antara dua daerah. Mereka bukan sahaja bersekutu dalam hal rohani malah juga dalam hal kewangan.

Pada masa ini, kita mempunyai dua daerah kerja di China, satu di Foochow dan satu lagi di Shanghai. Selepas bulan kelapan mengikut kalendar Cina, kita berharap dapat memulakan kerja di Tsingtao atau Tientsin, dengan menghubungkan Tsingtao dengan Shanghai. Berikutan ini kita akan maju ke Guangdong dan Guangxi menerusi Guangzhou. Beberapa hari ini, kerja sudah bermula di Pingyang di selatan Zhejiang dan juga Shantou di Guangdong. Di Shantou, terdapat dua puluh enam atau dua puluh tujuh wilayah yang mempunyai dikbang dan dikkak yang bertutur dalam dialek Hakka. Oleh itu, kerja dalam kalangan orang yang berdialek Hakka harus berpusat di Shantou. Kerja adalah bersifat daerah. Kegagalan dalam kerja kita yang lalu ialah kita menjadikan kerja itu sesuatu yang bersifat lokal. Kita harus mempertimbangkan kerja kita dari sudut pandangan seluruh daerah. Pekerja harus memikul lebih banyak tanggungjawab di daerah. Dikbang Witness Lee bertanggungjawab untuk kerja di Shanghai, dan Dikbang Chen Ke-san bertanggungjawab untuk kerja di Foochow.

Berkenaan pendapatan peribadi setiap orang, kita mempunyai enam jalan yang boleh diambil. Ada orang yang menyangka bahawa kita ingin menyeragamkan urusan kewangan, dan kita menyerahkan wang kita di bawah kawalan seorang sahaja. Kita langsung tidak ada pemikiran sedemikian.

CARA PENGGUNAAN WANG YANG DITERIMA DARIPADA GEREJA LOKAL

Terdapat juga enam cara untuk mengendalikan wang yang diterima daripada gereja lokal. Pertama, kita boleh mengingati orang miskin. Kedua, kita boleh mengingati dikbang dan dikkak yang individu atau pekerja Tuan yang individu. Ketiga, kita boleh menggunakannya dalam perbelanjaan gereja lokal. Keempat, kita boleh menjaga keperluan gereja lokal yang lain. Kelima, kita boleh menjaga keperluan kerja di daerah sendiri. Keenam, kita juga boleh menjaga keperluan kerja di daerah lain.

CARA PENGGUNAAN WANG YANG DITERIMA DARIPADA DAERAH

Terdapat juga enam cara untuk mengendalikan wang yang diterima daripada daerah kerja. Pertama, kita boleh menjaga orang miskin di daerah itu. Kedua, kita boleh menjaga keperluan pekerja individu di daerah itu. Ketiga, kita boleh menjaga keperluan kerja di daerah itu. Keempat, kita boleh menjaga keperluan kerja di daerah lain. Kelima, kita boleh menjaga keperluan gereja-gereja di daerah itu. Keenam, kita boleh menjaga keperluan gereja-gereja di daerah lain. 

Dalam pengendalian kewangan, kita mempunyai banyak peluang untuk mengalami pimpinan Tuhan dan kawalan Roh Kudus. Dalam hal ini, iktikad, kasih, dan pimpinan Roh Kudus diperlukan. Setiap pekerja Tuhan harus memandang kepada Tuhan dan melatih iktikad secara berterusan. Jalan iktikad perseorangan yang diamalkan sejak dahulu tidak boleh diketepikan. Walau bagaimanapun, selain iktikad perseorangan, kita juga memerlukan iktikad korporat. Keperluan individu harus diperoleh daripada individu. Jika gereja atau kerja yang membekali keperluan individu, ini mungkin akan memudaratkan iktikad perseorangan.

Bagi keperluan peribadi saya, serta keperluan kerja yang berkaitan dengan saya secara langsung, seperti perbelanjaan latihan di Kuling, saya tidak akan menerima wang daripada gereja-gereja lokal atau kerja.

Berkenaan hal menyerahkan harta milik seseorang, mula-mula sekali hal ini harus dilakukan secara wajar dalam gereja. Sungguhpun kita tidak mengingini persembahan kita diketahui orang, namun kita masih berharap orang akan membuat kesaksian tentang pengalaman mereka. Gereja tidak akan masuk campur dalam cara dikbang dan dikkak mengendalikan wang mereka; perkara ini boleh dilakukan menurut enam cara di atas. (Ini merujuk kepada dikbang dan dikkak yang sudah menyerahkan segala kepada gereja.) Untuk mempunyai kesaksian yang baik dalam perkara menyerahkan segala ini, kita memerlukan saksi. Kesaksian yang dibuat oleh percayawan merupakan persekutuan, bukan kemegahan. Hal ini umpama kematian Tuan, yang merupakan satu kesaksian, bukan kemegahan. Orang di dunia rela berkorban untuk sahabat; ini menjadi kemegahan mereka. Memang benar bahawa dalam buku Injil, Tuan mengatakan bahawa apa yang dilakukan tangan kanan tidak harus diketahui tangan kiri. Namun sampai masa dalam buku Kisah, keadaan sudah berubah. Kesaksian yang wajar diperlukan; sudah tentu ini bukan pembicaraan yang mengheboh-hebohkan seperti gong yang berdengung. Hal kita percaya kepada Tuan merupakan sesuatu misteri, tetapi baptisan merupakan suatu langkah yang konkrit. Konkrit di sini bererti sesuatu yang kukuh, umpama simen bercampur air. Cinta adalah abstrak, tetapi perkahwinan adalah konkrit. Seseorang mungkin mengalami sesuatu secara tersembunyi, tetapi jika kita meminta dia untuk berdiri membuat kesaksian, pengalamannya akan menjadi sesuatu yang kukuh. Secara perseorangan, saya tidak dapat menyuruh orang berdiri membuat kesaksian. Namun saya tidak membantah jika orang lain meminta orang berdiri membuat kesaksian. Mana-mana tindakan yang konkrit atau “mekanikal” haruslah pasti dan kukuh. Tidak cukup bagi hal-hal rohani kekal rohani, tetapi harus menjadi konkrit dan “mekanikal”. Kamu mungkin mengatakan bahawa kamu berbuat menurut contoh dalam 2 Korintus 8 dan 9, tetapi siapa yang mengetahui berapa banyak yang kamu persembahkan atau berapa yang kamu simpan? Tidak ada orang yang akan menyemak akaun kamu dan tidak ada orang yang akan menjadi akauntan kamu. Oleh itu, membuat kesaksian secara terbuka merupakan sesuatu yang baik. Setelah membuat kesaksian, tindakan kamu akan menjadi kukuh. Kebanyakan orang datang secara tampak tetapi pergi tanpa dikesan orang. Namun Tuan kita datang secara tampak dan juga pergi secara tampak. Adalah tidak betul untuk datang secara tampak tetapi pergi tanpa dikesan orang. Oleh itu, kita masih memerlukan aspek “mekanikal”, bukan hanya aspek misteri. Sebaik sahaja kita menjaga hal dari segi “mekanikal”, kita akan menjadikan tindakan kita kukuh. Untuk kesaksian dalam zimah, kita perlu meminta orang membuat kesaksian.

Pendek kata, kita harus melihat bahawa melayan mamon dan cinta akan mamon merupakan akar segala kejahatan. Jika seseorang ada mamon, dia akan mudah terjebak untuk memuaskan tubuh daging. Selagi ada mamon, selagi itu ada kesombongan dan ketamakan. Kita harus diselamatkan daripada mamon secara tuntas.

MAMON (Bahagian 2/3)
PEMULIHAN TUAN—MAKAN (Bahagian 1/2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)