Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian PEMULIHAN TUAN—MAKAN (Bahagian 1/2)
MAMON (Bahagian 3/3)
PEMULIHAN TUAN—MAKAN (Bahagian 2/2)
PEMULIHAN TUAN—MAKAN (Bahagian 1/2)
2020-07-22 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (85)

Nota Editor:

“Bible mengandungi suatu konsep yang amat mendalam...Konsep ini ialah Tuhan ingin masuk ke dalam manusia untuk menjadi hayat manusia supaya Tuhan dan manusia mempunyai hayat dan sifat yang sama, menjalani kehidupan yang sama dan menjadi Tuhan-manusia yang sama.”

“Hanya dengan memakan Tuan, kita dapat menerima Tuhan ke dalam kita untuk menjadi isi kandungan kita...Kita bukan sahaja perlu menanggap, memahami, mengenali, mengasihi, mempercayai, mengikut, dan menyembah Tuan, lebih-lebih lagi kita perlu memakan-Nya.”

“Sebenarnya, manusia jatuh kerana dia telah makan sesuatu selain Tuhan. Tuhan menghendaki manusia makan Tuhan sahaja, tetapi Syaitan menghendaki manusia makan benda lain. Benda lain ini secara umum bernama ‘pengetahuan’, yang diwakili oleh pohon pengetahuan baik dan jahat. Kristus bukanlah pengetahuan tetapi hayat.”

“Semasa kita memperingati Tuan, kita tidak menitikberatkan tafakur atau penyembahan, tetapi makan. Dia berkata, ‘Ambil dan makanlah; inilah tubuh-Ku’ (Mat. 26:26b). Tambahan pula, Dia berkata, ‘Lakukanlah sedemikian untuk memperingati Aku’ (Luk. 22:19b). Oleh itu, peringatan sejati kepada Tuan ialah kita melatih roh kita untuk menerima Tuan ke dalam kita berulang kali. Semakin kita makan dan minum Tuan, semakin tulus ikhlas penyembahan kita kepada-Nya. Penyembahan yang sebenar bererti kita membuka diri dalaman kita kepada Tuan, dan membiarkan Dia lebih banyak memenuhi dan menepui kita.”

PEMULIHAN TUAN—MAKAN
(Bahagian 1/2)

(Pemulihan Tuan—Makan, Bab 1)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Yoh. 6:48 “Akulah roti hayat.”

Yoh. 6:57 “Sebagaimana Bapa yang hidup mengutus Aku dan Aku hidup kerana Bapa, demikianlah dia yang makan Aku, juga akan hidup kerana Aku.”

I. SUATU KONSEP YANG AMAT MENDALAM DALAM BIBLE

Bible mengandungi suatu konsep yang amat mendalam dan tidak dapat diketahui sekiranya manusia tidak mempunyai wahi. Konsep ini ialah Tuhan ingin masuk ke dalam manusia untuk menjadi hayat manusia supaya Tuhan dan manusia mempunyai hayat dan sifat yang sama, menjalani kehidupan yang sama dan menjadi Tuhan-manusia yang sama. Konsep ini bukan konsep keagamaan ataupun konsep moral. 

Tuhan mencipta manusia supaya manusia dapat menjadi wadah-Nya. Manusia ialah wadah Tuhan untuk berisikan Tuhan. Tidak kira betapa luhur dan baiknya kamu, kamu masih suatu wadah; Tuhanlah yang menjadi isi kandungan kamu. Jika kamu tidak beroleh hayat dan sifat Tuhan, tidak dipenuhi Tuhan, maka kamu adalah wadah yang kosong; seumur hidup kamu, kehidupan kamu, perasaan kamu, dan gerak-geri kamu adalah sia-sia belaka. Inilah rancangan dan penetapan Tuhan untuk manusia.

II. CARA UNTUK MENCAPAI TUJUAN TUHAN

Bagaimanakah Tuhan dapat mencapai tujuan ini? Lihatlah lambang-lambang fizikal. Jika kita mahu makanan seperti daging ayam masuk ke dalam manusia untuk menjadi substan manusia dan menjadi satu dengan manusia, satu-satunya cara ialah memakan makanan ini, menghadamkannya, dan mengasimilasikannya. Dengan demikian, benda ini akan menjadi darah, sel-sel, dan elemen kita.

Oleh itu, Tuan berkata, “Akulah roti hayat, dia yang makan Aku, juga akan hidup kerana Aku” (bd. Yoh. 6:48, 57b). Hanya dengan memakan Tuan, kita dapat menerima Tuhan ke dalam kita untuk menjadi isi kandungan kita. Kita bukan sahaja perlu menanggap, memahami, mengenali, mengasihi, mempercayai, mengikut, dan menyembah Tuan, lebih-lebih lagi kita perlu memakan-Nya.

III. KEHILANGAN DALAM KRISTIANITI DAN PEMULIHAN HARI INI 

Kristianiti memberitahu orang agar percaya kepada Yesus, mengasihi Tuan, mengikut Kristus, dan melayan Kristus, tetapi Kristianiti kehilangan suatu matlamat. Kita melakukan semua perkara ini dengan tujuan menerima Tuan ke dalam kita untuk menjadi hayat kita. Semua perkara tersebut merupakan prosedur untuk mencapai matlamatnya—makan Kristus.

Pada hari ini, Tuan ingin memulihkan matlamat ini. Percaya kepada Tuan bukan sekadar untuk pengampunan dosa-dosa kita atau untuk pergi ke syurga, tetapi percaya kepada Tuan adalah supaya kita dapat menerima Tuan ke dalam kita untuk dibaurkan dengan kita menjadi satu esens. Oleh itu, Paulus berkata, “Bukan lagi aku yang hidup, tetapi Kristus yang hidup dalamku” (Gal. 2:20a). Bahkan dia dapat berkata, “Kerana bagi aku, hidup adalah Kristus” (Flp. 1:21a) kerana Kristus yang berada dalamnya menjadi hayat dan esensnya, serta bersatu dengannya.

IV. GARIS TENTANG MAKAN DALAM BIBLE

Tuhan berhasrat agar manusia memakan-Nya. Selepas Tuhan mencipta manusia, Dia tidak menyuruh manusia berbuat apa-apa. Sebaliknya, Dia meletakkan diri-Nya di hadapan manusia dalam bentuk makanan supaya manusia dapat menerima-Nya. Dia boleh dimakan; Dia mahu masuk ke dalam manusia. Dia bukan sahaja mahu menjadi hayat bagi manusia, tetapi juga bekalan hayat bagi manusia.

Garis tentang makan adalah selaras dalam seluruh Bible. Bermula dari dua bab pertama dalam buku Kejadian sehinggalah ke bab terakhir dalam buku Wahi, hal berkenaan makan disebut. Apabila bani Israel meninggalkan Mesir, mereka perlu makan anak domba. Di gurun tandus, mereka makan manna. Selepas masuk ke dalam Kanaan, mereka makan hasil kekayaan tanah itu. Semasa mereka mempersembahkan korban-korban untuk penyembahan, mereka makan pelbagai jenis korban. Apabila Tuan datang, Dia mengatakan bahawa Dialah roti hayat dan kita perlu makan dan menikmati-Nya.” Semasa kita memperingati Tuan, kita tidak menitikberatkan tafakur atau penyembahan, tetapi makan. Dia berkata, “Ambil dan makanlah; inilah tubuh-Ku” (Mat. 26:26b). Tambahan pula, Dia berkata, “Lakukanlah sedemikian untuk memperingati Aku” (Luk. 22:19b). Oleh itu, peringatan sejati kepada Tuan ialah kita melatih roh kita untuk menerima Tuan ke dalam kita berulang kali. Semakin kita makan dan minum Tuan, semakin tulus ikhlas penyembahan kita kepada-Nya. Penyembahan yang sebenar bererti kita membuka diri dalaman kita kepada Tuan, dan membiarkan Dia lebih banyak memenuhi dan menepui kita. 

V. KEJATUHAN MANUSIA DAN PENENTANGAN AGAMA

Sebelum manusia memilih jalan untuk memakan Tuan, Syaitan telah menyusup masuk. Lazimnya orang mengatakan bahawa manusia jatuh kerana berbuat dosa. Sebenarnya, manusia jatuh kerana dia telah makan sesuatu selain Tuhan. Tuhan menghendaki manusia makan Tuhan sahaja, tetapi Syaitan menghendaki manusia makan benda lain. Benda lain ini secara umum bernama “pengetahuan”, yang diwakili oleh pohon pengetahuan baik dan jahat. Kristus bukanlah pengetahuan tetapi hayat. Manusia jatuh kerana dia berpaling daripada hayat kepada pengetahuan dan berpaling daripada Tuhan kepada banyak perkara lain selain Tuhan. Pada lahiriahnya, semua perkara ini tidak semestinya jahat (ada yang baik dan ada yang jahat), namun semua perkara ini kepunyaan maut. Apabila manusia mengetepikan Tuhan dan mendekati banyak perkara lain selain Tuhan, ini bererti manusia mengetepikan hayat dan mendekati maut. 

Ketika Tuan berada di bumi, banyak orang agama menghubungi-Nya, dan mereka semua mengemukakan konsep agama lama mereka. Contohnya, Nikodemus memanggil Tuan sebagai Rabi dan mahu Tuan menjadi guru. Tuan membuat dia terkejut dengan menjawab bahawa manusia perlu dilahirkan semula. Manusia bukan memerlukan pengajaran doktrin tetapi hayat yang satu lagi, iaitu Kristus sendiri. 

Pemimpin-pemimpin agama selalu berselisih dengan Tuan kerana mereka menekankan peraturan agama, tetapi Tuan hanya berprihatin untuk masuk ke dalam manusia sebagai hayat. Contohnya, Dia menyembuhkan seorang yang sudah kering sebelah tangannya pada hari Sabat. Ahli-ahli agama Yahudi mementingkan pematuhan hari Sabat, tetapi Tuan berprihatin untuk menyembuhkan pesakit dan menghidupkan orang mati.

Ketika Tuan berada di bumi, Dia menghadapi agama yang lama. Pada hari ini pula, kita berhadapan dengan Kristianiti yang telah jatuh ke dalam agama. Contohnya, Kristianiti menuntut orang senyap dan berkelakuan baik pada waktu ibadat; malah muzik dimainkan untuk membantu orang menjadi senyap. (bersambung...)

MAMON (Bahagian 3/3)
PEMULIHAN TUAN—MAKAN (Bahagian 2/2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)