Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Kisah Injil Kisah Injil 6: Segalanya Sudah Sedia (Kisah Orang Yang Sombong)
Kisah Injil 5: Seisi Keluarga Pengawal Penjara Diselamatkan
Kisah Injil 6: Segalanya Sudah Sedia (Kisah Orang Yang Sombong)
2023-11-06 | 0 Komen
A- A+ Simpan
Kisah Injil 6:
Segalanya Sudah Sedia
(Kisah Orang Yang Sombong)

Dalam Lukas 14:16 hingga 24, Tuan Yesus mengatakan satu ibarat, “Ada satu orang mengadakan makan malam yang besar dan mengundang banyak orang, dan dia mengutus abdinya pada waktu makan malam untuk berkata kepada mereka yang telah diundang itu, Marilah, kerana sekarang segalanya sudah sedia. Dan mereka semua dengan sebulat suara mula memberi alasan. Yang pertama berkata kepadanya, Aku telah membeli sebidang tanah, dan aku perlu pergi menengoknya. Aku minta dimaafkan. Seorang lagi berkata, Aku telah membeli lima pasang lembu, dan aku mahu pergi menguji kesemuanya. Aku minta dimaafkan. Dan seorang yang lain berkata, Aku baru mengahwini seorang isteri, dan kerana ini aku tidak dapat datang. Kemudian pulanglah abdi itu dan melaporkan hal-hal ini kepada tuannya. Maka tuan rumah itu naik marah lalu memberitahu abdinya, Lekas pergilah ke jalan dan lorong di kota, dan bawa yang miskin, yang lumpuh, yang buta, dan yang tempang masuk ke sini. Dan abdi itu berkata, Tuan, apa yang kamu perintahkan telah kulakukan, tetapi masih ada tempat kosong. Maka tuan berkata kepada abdi itu, keluarlah ke jalan dan pagar dan desak mereka masuk, agar rumahku dipenuhi. Kerana aku berkata kepada kamu bahawa tidak ada seorang pun daripada mereka yang telah dijemput itu akan merasai jamuan makan malamku.”
 
Di sini, Tuan Yesus mengumpamakan injil dan penyelamatan Tuhan sebagai makan malam yang besar, dan kamulah orang yang dijemput itu. Selepas jamuan besar siap disediakan, tuan rumah mengutus abdinya untuk berkata kepada semua yang telah dijemput itu, “Marilah, kerana segalanya sudah sedia.” Kitalah abdi yang diutus Tuan untuk menjemput kamu makan malam yang besar, iaitu menerima injil. Segalanya telah sudah sedia, kamu langsung tidak perlu membazirkan tenaga, masa dan duit, kamu dijemput untuk menikmati jamuan besar ini. Dalam jamuan besar ini, kamu kenyang, dipuaskan dan girang. 
 
Pembaca yang dikasihi, jamuan besar inilah penyelamatan Tuhan. Segalanya sudah sedia. Anak Tuhan, yakni Tuan Yesus telah mati disalibkan, darah-Nya dialirkan agar dosamu terhapus. Kamu tidak perlu berbuat apa-apa, asalkan kamu sanggup datang menjamu selera, bukan sahaja dosa kamu dihapuskan, kekhuatiran kamu lenyap, bahkan kamu beroleh kedamaian, kegirangan, dan kepuasan.
 
Namun tidak dijangka bahawa antara banyak tetamu yang dijemput, tidak ada satu pun yang dapat datang, mereka semua dengan sebulat suara memberi alasan. Mereka telah membeli sebidang tanah, lima pasang lembu dan mengahwini isteri. Mereka berpuas dengan segala yang dimiliki mereka. Mereka tidak mementingkan penyelamatan Tuhan, mereka tidak ingin makan malam besar. O betapa sombongnya mereka! Akhirnya, mereka satu pun tidak berbahagian dalam jamuan besar; sebaliknya, mereka yang miskin, yang lumpuh, yang buta dan yang tempang itu menerima berkat ini. 
 
1 Petrus 5:5 
Tuhan menentang yang sombong tetapi 
memberi kurnia kepada yang rendah diri.
 
Mengapakah kurnia mencapai mereka yang miskin, lumpuh, buta dan tempang itu? Hal ini kerana mereka merendah diri, mereka menganggap diri mereka tidak memiliki apa-apa, mereka hanya memerlukan seorang Tuhan penyelamat, oleh itu mereka beroleh kedamaian, kegirangan dan kepuasan. O pembaca yang dikasihi, adakah hari ini kamu sombong? Kamu tidak mempedulikan penyelamatan Tuan, atau kamu merendah diri di hadapan Tuan, mengaku diri tidak memiliki apa-apa, lalu menerima Tuan Yesus sebagai Tuhan penyelamatmu? Sila dengar, “Tuhan menentang yang sombong tetapi memberi kurnia kepada yang rendah diri.” Orang yang sombong tidak akan diselamatkan, bahkan tidak akan dikenyangkan dan dipuaskan. 
 
Para pembaca yang dikasihi, dalam hal penyelamatan Tuhan, sekurang-kurangnya kamu perlu mempunyai sikap yang asas ini, iaitu merendah diri. Hanya orang yang merendah diri layak menerima kurnia Tuhan. Efesus 2:8-9 mengatakan bahawa kerana melalui kurnia, kamu telah diselamatkan menerusi iktikad, dan ini bukan daripada dirimu tetapi berian Tuhan. Penyelamatan kita adalah berdasarkan kurnia. Kurnia ialah anak Tuhan, iaitu Yesus Kristus. Erti kurnia ialah—kamu sepatutnya dikutuk, dihakimi, dan binasa, namun Tuan Yesus mati menggantikan kamu; dengan percaya kepada-Nya, kamu tidak akan binasa, sebaliknya beroleh hayat abadi.

Akhir sekali, kita harus berdiri dalam kedudukan yang boleh menerima kurnia, iaitu merendah diri, barulah penyelamatan Tuhan mencapai kita. Kita diselamatkan bukan melalui diri sendiri, tetapi Tuhan datang menyelamatkan kita, kurnia Tuhan mencapai kita seperti air hidup. Oleh itu, marilah kita merendah diri agar kurnia Tuhan mencapai kita!
Kisah Injil 5: Seisi Keluarga Pengawal Penjara Diselamatkan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)