Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Kisah Injil Kisah Injil 5: Seisi Keluarga Pengawal Penjara Diselamatkan
Kisah Injil 4: Melihat Yesus
Kisah Injil 6: Segalanya Sudah Sedia (Kisah Orang Yang Sombong)
Kisah Injil 5: Seisi Keluarga Pengawal Penjara Diselamatkan
2022-09-24 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Kisah Injil 5

SEISI KELUARGA PENGAWAL PENJARA DISELAMATKAN

    Kisah 16:19-34 berkata, “Paulus dan Silas berdoa sambil menyanyi kidung pujian kepada Tuhan dalam penjara. Tiba-tiba terjadilah gempa bumi yang dahsyat. Semua pintu terbuka dan belenggu banduan terlepas. Pengawal penjara itu setelah bangun dari tidurnya dan melihat pintu-pintu penjara terbuka, hendak membunuh diri kerana menyangka bahawa banduan-banduan telah melarikan diri. Paulus berseru dengan kuat, berkata, jangan cederakan dirimu, kerana kami semua ada di sini. Pengawal penjara itu meminta orang membawa lampu lalu meluru masuk, dan dengan gentar dia sujud di hadapan Paulus dan Silas. Semasa memimpin mereka keluar, dia menanyakan Paulus apa yang harus dia lakukan supaya dia dapat diselamatkan. Mereka berkata, Percayalah pada Tuan Yesus, dan kamu akan diselamatkan, kamu dan keluargamu. Maka mereka membicarakan sabda Tuhan kepadanya bersama dengan semua yang ada di rumahnya. Dan pada waktu malam itu juga, dia membawa mereka pergi lalu membasuh luka mereka. Kemudian dia segera dibaptis, dia dan seisi keluarga dia. Lalu dia membawa mereka naik ke rumahnya dan menghidangkan makanan kepada mereka, dan dia bersorak riang kerana telah percaya kepada Tuhan bersama dengan seisi keluarganya.”

    Apabila Paulus dan Silas dipenjarakan, kaki mereka dipasangkan pasungan dengan ketat, namun mereka langsung tidak gentar, malah mereka berdoa sambil menyanyi kidung pujian kepada Tuhan. Ini memberi peluang yang baik kepada Tuhan untuk menyatakan diri-Nya sebagai Raja segala raja. Dengan gempa bumi, mereka dilepaskan. Di sini, penyelamatan pengawal penjara juga bermula, hati pengawal penjara dilembutkan. Inilah kerja Tuhan. Melalui pendengaran doa dan kidung, pengawal penjara beroleh injil. Injil Tuhan ialah sabda Tuhan, gempa bumi ialah kerja Tuhan. Dengan demikian, seisi keluarga pengawal penjara diselamatkan.  

    Lukas 19:9 berkata, “Hari ini penyelamatan sudah sampai ke rumah ini.” Kisah 16:31 pula berkata, “Percayalah pada Tuan Yesus, dan kamu akan diselamatkan, kamu dan keluargamu.” Dua ayat ini menunjukkan bahawa keluarga percayawan ialah unit lengkap bagi penyelamatan Tuhan, seperti keluarga Nuh (Kej. 7:1), keluarga-keluarga yang berbahagian dalam paskah (Kel. 12:3-4), keluarga perempuan sundal, Rahab (Yos. 2:18-19), keluarga Zakheus (Luk. 19:9), keluarga Kornelius sekeluarga (11:14) dan keluarga Lidia (ay. 15). Semua ini membicarakan prinsip penyelamatan seisi keluarga. 

    Pembaca yang dikasihi, prinsip penyelamatan Tuhan adalah seisi keluarga. Sekiranya Tuhan mendapatkan seorang, Dia juga akan mendapatkan seisi keluarganya, tidak kira berapa banyak ahli keluarganya. Oleh itu, kamu harus berdiri teguh di hadapan Tuan dan datang dengan seisi keluargamu. Penyelamatan seisi keluarga ialah kegirangan seisi keluarga. Inilah janji Tuhan kepada kita!

    Lukas 10:5 berkata, “Dan ke dalam rumah mana pun kamu masuk, katalah terlebih dahulu, Damai sejahtera bagi rumah ini.” Tuan mengatakan bahawa kita harus mengatakan damai sejahtera bagi rumah ini. Di sini kita melihat bahawa damai sejahtera Tuhan melewati seisi keluarga, bukannya sekadar seorang ahli keluarga. Sekiranya seseorang dalam keluarga ini layak menerima damai sejahtera, maka seisi keluarga juga akan menerima damai sejahtera ini. 


Kisah Injil 4: Melihat Yesus
Kisah Injil 6: Segalanya Sudah Sedia (Kisah Orang Yang Sombong)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)