Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Kristus Imanuel
Erti Kristus
Anak Manusia
Imanuel
2016-09-20 | 1 Komen
A- A+ Simpan

Imanuel—Tuhan Bersama dengan Kita

Matius 1:23: “‘Lihatlah, seorang perawan akan mengandung dan melahirkan anak lelaki, dan orang akan memanggil nama-Nya Imanuel’ (yang diterjemahkan sebagai Tuhan bersama dengan kita).”

“Yesus” ialah nama yang diberi oleh Tuhan, manakala “Imanuel” ialah nama yang diberi oleh manusia. “Imanuel” bermaksud “Tuhan bersama dengan kita”. Dia bukan sahaja Tuhan, tetapi Tuhan bersama dengan kita. Oleh itu setiap kali kita menyeru Tuan Yesus, Kita merasakan Tuhan bersama dengan kita.

Imanuel bermakna Yesus bukan sahaja Tuhan yang lengkap tetapi juga manusia yang sempurna. Yesus memiliki sifat divin dan juga sifat insani. Dia mempunyai kedivinan yang sejati dan keinsanan yang sejati. Dengan itu Dia dapat memenuhi segala keperluan kita. Sewaktu Tuan berada di bumi, orang yang sentiasa bersama dengan-Nya menikmati hadirat-Nya sebagai Imanuel. Alangkah bahagianya disipal-disipal yang mengikut-Nya pada hari itu kerana mereka mempunyai Tuhan yang bersama dengan mereka, yang hidup, berjalan, dan makan bersama-sama mereka; mereka juga dapat mendampingi-Nya dan mendengar kata-kata-Nya. Dialah Imanuel dalam kalangan mereka.

Walau bagaimanapun, Yesus tidak mahu kekal bersama dengan kita secara luaran sahaja. Hasrat Tuhan ialah Dia ingin masuk ke dalam manusia, dan mendispenkan diri-Nya ke dalam manusia. Oleh itu Yesus melalui kematian dan kebangkitan. Dalam kebangkitan, Dia menjadi Roh beri-hayat (1 Kor. 15:45b). Inilah sebabnya Paulus menulis, “Tuan bersama dengan rohmu. Kurnia menyertaimu.” Haleluya! Tuan Yesus bukan lagi di luar kita; Dia bersama dengan roh kita. Sebagai Roh beri-hayat, Dia dapat masuk ke dalam kita. Kini kita mempunyai Imanuel di dalam kita!

Kita harus sedar bahawa sepanjang hari ada Seorang lagi yang bersama dengan kita, yang hidup dalam kita. Setiap masa malah setiap saat, Dia bukan sahaja bersama dengan kita secara luaran, tetapi Dia juga bersama dengan kita dalam roh kita secara dalaman. Kalau kita sedar akan hakikat ini, kita akan menjadi orang yang berbeza. Imanuel bukan sahaja suatu pengetahuan, tetapi harus menjadi pengalaman kita. Semasa kita bertindak, hidup, dan bercakap, adakah kita melakukan semua ini bersama-sama dengan Imanuel dalam kita? Kalau begitu, banyak hal tidak berani kita lakukan. Hadirat Tuan yang hidup dalam kita akan mengawal kita. Kita sebagai orang Kristian bukan lagi bersendirian; Kristus hidup bersama dengan kita dan hidup dalam kita. Jika kita ada perasaan ini, seluruh kehidupan Kristian kita akan berubah. Puji Imanuel kita!

Kidung #64

Tuan, Nama-Mu gelar Yesus,
Nama-Mu ajaib sungguh;
Kau lahir dari perawan,
Jadi Anak Manusia.
Kau Penyelamat—Yehova,
S’lamat ku dari dosa;
Terima-Mu Penyelamat,
Hayat divin ku dapat.

Juga digelar “Imanuel”,
“Tuhan bersama kita”;
Oleh kurnia Tuhan baur
Dengan sifat insani.
Dalam daging Dia ternyata,
Penuh kurnia, realiti;
Pada-Mu nampak mulia-Nya,
Limpah Tuhan ku t’rima.

Erti Kristus
Anak Manusia
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
1 Komen / Perkongsian
TH Lee pada 2016-09-20
Haleluya! Tuan Yesus bukan lagi di luar kita; Dia bersama dengan roh kita. Sebagai Roh beri-hayat, Dia dapat masuk ke dalam kita. Kini kita mempunyai Imanuel di dalam kita! Haruslah kita mengalami Kristus yang berhuni secara dalaman di dalam kita agar kita boleh berhidupkan-Nya dan mengekspresikan-Nya dalam kehidupan harian kita. Amen…