Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Kristus Erti Kristus
Imanuel
Erti Kristus
2016-08-16 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Kristus berasal daripada bahasa Yunani Christos. Padanannya dalam bahasa Ibrani ialah Mesias. Kedua-duanya bermakna “yang diurapi”. Dalam rancangan Tuhan, Kristus ialah Yang Diurapi kepunyaan Tuhan. Berkenaan hal ini, Yohanes 1:41 berkata, “Dia menemui Simon saudaranya sendiri terlebih dahulu dan berkata kepadanya, Kami telah menemui Mesias itu (terjemahannya bermakna Kristus).” Kristus ialah Yang diurapi Tuhan, iaitu Dia yang dilantik Tuhan untuk menyempurnakan tujuan Tuhan, rancangan abadi-Nya.

Dalam Yohanes 20:31, kita melihat bahawa Yesus ialah Kristus, Anak Tuhan: “Tetapi hal-hal ini ditulis agar kamu dapat percaya bahawa Yesus ialah Kristus, Anak Tuhan; dan supaya dengan percaya, kamu dapat beroleh hayat dalam nama-Nya.” Kristus ialah gelaran Tuan menurut jawatan-Nya, misi-Nya. Anak Tuhan ialah gelaran-Nya menurut persona-Nya. Dialah Anak Tuhan untuk menjadi Kristus Tuhan.

Dalam Matius 16, Petrus menerima wahi daripada Tuhan Bapa berkenaan Yesus ialah Kristus. Sebelum bab ini, Tuan telah berada bersama-sama disipal-disipal-Nya buat suatu jangka masa. Mereka sudah agak kenal akan-Nya. Walau bagaimanapun, pada suatu hari Dia membawa disipal-disipal ke suatu tempat yang jauh dari kota kudus dan bait kudus, iaitu ke Kaisarea Filipi, dan di situ Dia bertanya kepada mereka satu soalan: “Apa kata orang tentang siapakah Anak Manusia? (Matius 16:13). Mereka menjawab, “Ada yang berkata, Yohanes Pembaptis; yang lain berkata, Elia, dan yang lain lagi, Yeremia atau seorang daripada penyabda” (ay. 14). Semua jawapan ini adalah menurut pemikiran yang alamiah dan keagamaan. Kemudian Tuan menujukan soalan itu kepada mereka: “Tetapi kamu, apa katamu tentang siapakah Aku?” (ay. 15). Kemudian Petrus membuat suatu pengisytiharan, “Engkaulah Kristus itu, Anak kepada Tuhan hidup” (ay. 16). Perkataan “itu” di sini adalah sangat penting. Seperti yang telah disebut, Kristus (Mesias dalam bahasa Ibrani dan Christos dalam bahasa Yunani) bermakna Yang diurapi. Istilah Mesias digunakan dalam Daniel 9:26, yang berkata, “Dan selepas enam puluh dua minggu, Mesias akan dilenyapkan dan tidak mempunyai apa-apa.” Ini merujuk kepada Yesus Kristus, Dia yang Diurapi.

Menurut prinsip dalam Wasiat Lama, sesiapa yang digunakan oleh Tuhan untuk melaksanakan pentadbiran-Nya perlu diurapi. Oleh itu, raja, hentar, dan penyabda semuanya diurapi dengan minyak sewaktu mereka mula bertugas. Ini menunjukkan bahawa pengurapan adalah untuk melaksanakan pentadbiran Tuhan. Untuk melaksanakan pentadbiran Tuhan, ekonomi-Nya, Kristus ialah Yang Diurapi kepunyaan Tuhan.

Gelaran Kristus merujuk kepada amanat Tuan. Amanat-Nya adalah untuk menyempurnakan tujuan abadi Tuhan menerusi penyaliban, kebangkitan, kenaikan ke syurga, dan kedatangan kedua-Nya. Apabila Dia yang diurapi ini disalibkan, dia sedang menjalankan tugas-Nya sebagai Kristus. Bukan sahaja kematian-Nya, bahkan kebangkitan dan kenaikan-Nya ke syurga juga merupakan sebahagian daripada tugas-Nya. Oleh itu, Kristus, Dia yang diurapi, melaksanakan tugas-Nya menerusi penyaliban, kebangkitan, dan kenaikan ke syurga supaya Tuhan dapat mendispenkan diri-Nya ke dalam kita untuk menghasilkan gereja. Daripada semua ini kita melihat bahawa Tuan ialah Dia yang diurapi, untuk menyempurnakan tujuan Tuhan yang hendak mendispenkan diri-Nya ke dalam kita. Menerusi tugas Kristus sebagai Yang diurapi ini, Tuhan Tritunggal didispenkan ke dalam kita untuk menghasilkan gereja.

Sebagai Dia yang diurapi Tuhan, Kristus ialah Dia yang dilantik. Pelantikan-Nya berkaitan dengan amanat-Nya. Kristus telah dilantik untuk melaksanakan hasrat Tuhan, Pelantik itu, Oleh itu, Sebagai Dia yang diurapi kepunyaan Tuhan, yakni Mesias, Kristus diamanatkan Tuhan untuk melaksanakan hasrat hati-Nya.

Imanuel
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)