Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian HUKUM HAYAT (Bahagian 2/11)
HUKUM HAYAT (Bahagian 1/11)
HUKUM HAYAT (Bahagian 3/11)
HUKUM HAYAT (Bahagian 2/11)
2020-09-09 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (134)

Nota Editor:

“Bagaimanakah hayat Tuhan dalam kita bekerja untuk menjadikan kita serupa dengan-Nya? Hayat Tuhan bekerja dari pusat ke lilitan, atau dari roh ke sukma lalu ke tubuh untuk melaksanakan kerjanya yang menyebar ke luar. Apabila hayat Tuhan masuk ke dalam kita, ia mula-mulanya masuk ke dalam roh kita, menghidupkan roh kita yang mati, dan menjadikan roh kita cergas, segar, kuat, bertenaga, dan dapat menyentuh Tuhan, merasakan Tuhan, dan mempunyai persekutuan manis dengan Tuhan. Kemudian hayat Tuhan menyebar beransur-ansur dari roh kita ke dalam setiap bahagian sukma kita lalu menjadikan fikiran, kasih sayang, dan keputusan kita beransur-ansur mirip dengan Tuhan, mempunyai rasa Tuhan; malah ketika kita naik marah, terdapat juga sedikit kemiripan dengan Tuhan, terdapat rasa Tuhan. Oh, betapa ajaibnya perubahan ini!”

“Hayat Tuhan yang bekerja secara berterusan dan menyebar dalam kita tidak akan bekerja secara paksaan tanpa mempedulikan kita; sebaliknya hayat ini memerlukan kecenderungan daripada emosi kita, kerjasama daripada minda kita, dan ketundukan daripada tekad kita...Atas sebab ini, apabila Tuhan melahirukan kita, selain daripada memberi kita hayat-Nya, Dia juga memberi kita hati baru dan meletakkan roh baru dalam kita (Yeh. 36:26) agar kita sanggup bekerjasama dan mampu bekerjasama.”

“Dengan adanya hati baru, kita sanggup bekerjasama dengan Tuhan, dan dengan adanya roh baru, kita mampu bekerjasama dengan Tuhan. Walau bagaimanapun, hati baru dan roh baru ini paling-paling pun hanya membuat kita sanggup mendambakan Tuhan dan mampu menghubungi Tuhan lalu membenarkan hayat Tuhan menyebar dan bekerja secara bebas dari dalam ke luar, tetapi tidak dapat memenuhi tuntutan Tuhan yang tidak terhad itu pada kita supaya kita mencapai standard divin Tuhan sendiri. Oleh itu, apabila Tuhan melahirukan kita, Dia juga melakukan satu perkara yang paling mulia dan melangkau: Dia meletakkan Roh-Nya sendiri, iaitu Roh Kudus, ke dalam roh baru kita...Oleh itu, apabila Dia huni dalam roh baru kita, Dia dapat menggunakan kudrat-Nya yang tidak terhad itu untuk mengurapi dan membekali kita, bekerja dan bergerak dalam kita supaya kita dapat memenuhi tuntutan Tuhan yang tidak terhad itu pada kita, dan dengan itu membenarkan hayat Tuhan menyebar secara berterusan dari roh kita, melewati sukma kita, ke dalam tubuh kita, dan akhirnya menyebabkan kita mencapai tahap yang mulia itu, yakni menjadi serupa sepenuhnya dengan Tuhan! Haleluya!”

HUKUM HAYAT
(Bahagian 2/11)

(Pengetahuan Hayat, Bab 10)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Yeh. 36:25-28 “Dan Aku akan merenjiskan air bersih padamu, dan kamu akan menjadi tahir; daripada semua kekotoranmu dan daripada semua berhalamu Aku akan mentahirkan kamu. Aku juga akan memberi kamu hati baru, dan Aku akan meletakkan roh baru dalammu; Aku akan menyingkirkan hati batu daripada tubuh dagingmu, dan Aku akan memberi kamu hati daging. Dan Aku akan meletakkan Roh-Ku dalam kamu dan membuat kamu bergerak-hidup dalam statut-Ku, dan ordinan-Ku harus kamu patuhi dan lakukan…dan kamu akan menjadi umat-Ku, dan Aku akan menjadi Tuhanmu.”

C. Cara Penyelamatan Tuhan 

Atas sebab ini, cara penyelamatan Tuhan terdiri daripada dua aspek, iaitu aspek negatif dan aspek positif. Dari aspek negatif, melalui Tuan Yesus menumpahkan darah-Nya di atas salib, penebusan disempurnakan dan masalah dosa manusia dibereskan. Dari aspek positif, melalui kematian Tuan Yesus, hayat Tuhan dibebaskan; kemudian melalui kebangkitan Tuan Yesus, hayat Tuhan diletakkan dalam Roh Kudus supaya Roh Kudus ini masuk ke dalam kita dan menyebabkan kita memperoleh hayat Tuhan yang divin dan abadi. 

Roh Kudus membolehkan kita mendapat hayat Tuhan dengan sedemikian bermaksud Dia melahirukan kita. Namun bagaimanakah Roh Kudus melahirukan kita? Melalui Sabda Tuhan. Roh Kudus mula-mula sekali menyediakan suatu peluang kepada kita dalam sekitaran agar kita mendengar sabda Injil. Kemudian melalui sabda ini, Dia menyinari kita dan membuat kita tersentuh; Dia menyebabkan kita mengakui dosa-dosa kita, menegur diri kita sendiri, bertaubat dan percaya, supaya kita menerima sabda Tuhan dan beroleh hayat Tuhan. Ini kerana dalam sabda Tuhan terkandungnya hayat Tuhan, dan sabda Tuhan “ialah hayat” (Yoh. 6:63). Ketika kita menerima sabda Tuhan, hayat Tuhan masuk ke dalam kita dan melahirukan kita.

Oleh itu, kelahiruan tidak lain dan tidak bukan ialah manusia menerima hayat Tuhan selain hayatnya sendiri. Apabila kita menerima hayat Tuhan dengan sedemikian, kita menerima kuasa yang membolehkan kita menjadi anak-anak Tuhan (Yoh. 1:12). Kuasa ini sendiri ialah hayat Tuhan; dengan itu, apabila kita mempunyai hayat ini, kita mempunyai kuasa untuk menjadi anak-anak Tuhan. 

Apabila kita mempunyai hayat Tuhan dan menjadi anak-anak Tuhan, kita secara semula jadi mempunyai sifat Tuhan (2 Ptr. 1:4). Sekiranya kita hidup melalui hayat ini dan sifat hayat ini, maka kita dapat menjadi serupa dengan Tuhan dan menghidup keluar imej Tuhan. 

Bagaimanakah hayat Tuhan dalam kita bekerja untuk menjadikan kita serupa dengan-Nya? Hayat Tuhan bekerja dari pusat ke lilitan, atau dari roh ke sukma lalu ke tubuh untuk melaksanakan kerjanya yang menyebar ke luar. Apabila hayat Tuhan masuk ke dalam kita, ia mula-mulanya masuk ke dalam roh kita, menghidupkan roh kita yang mati, dan menjadikan roh kita cergas, segar, kuat, bertenaga, dan dapat menyentuh Tuhan, merasakan Tuhan, dan mempunyai persekutuan manis dengan Tuhan. Kemudian hayat Tuhan menyebar beransur-ansur dari roh kita ke dalam setiap bahagian sukma kita lalu menjadikan fikiran, kasih sayang, dan keputusan kita beransur-ansur mirip dengan Tuhan, mempunyai rasa Tuhan; malah ketika kita naik marah, terdapat juga sedikit kemiripan dengan Tuhan, terdapat rasa Tuhan. Oh, betapa ajaibnya perubahan ini!

Bukan itu sahaja, hayat ini akan bekerja secara berterusan hingga menyebar ke dalam tubuh kita supaya tubuh kita juga mempunyai unsur hayat. Inilah yang dikatakan dalam Roma 8:11: Roh Tuhan yang huni dalam kita dapat menghidupkan tubuh kita yang akan mati.

Hayat Tuhan dalam kita akan makin bekerja dan makin menyebar hingga menyebabkan roh, sukma, dan tubuh kita, iaitu seluruh diri kita, dipenuhi keseluruhannya dengan sifat Tuhan, unsur Tuhan, dan rasa Tuhan; hingga kita diraptur dan ditransfigur; hingga kita masuk ke dalam kemuliaan dan menjadi betul-betul serupa dengan-Nya. 

Hayat Tuhan yang bekerja secara berterusan dan menyebar dalam kita tidak akan bekerja secara paksaan tanpa mempedulikan kita; sebaliknya hayat ini memerlukan kecenderungan daripada emosi kita, kerjasama daripada minda kita, dan ketundukan daripada tekad kita. Jika kita menolak operasinya, jika kita tidak mengikutnya dengan rapat dan bekerjasama dengannya, maka ia tidak ada cara untuk memaparkan kekuatannya atau menyatakan fungsinya. Oleh sebab manusia ialah makhluk hidup yang mempunyai kasih sayang, minda, dan tekad, maka persoalan sama ada dia sanggup bekerjasama atau tidak, dan sama ada dia mampu bekerjasama atau tidak, masih merupakan satu masalah. Atas sebab ini, apabila Tuhan melahirukan kita, selain daripada memberi kita hayat-Nya, Dia juga memberi kita hati baru dan meletakkan roh baru dalam kita (Yeh. 36:26) agar kita sanggup bekerjasama dan mampu bekerjasama.

Hati ialah soal kesanggupan, manakala roh ialah soal kemampuan. Hati kita yang asal, lantaran pemberontakan terhadap Tuhan, telah menjadi keras atau lama; dengan itu, ia dipanggil “hati batu” atau “hati lama”. “Hati lama” ini membelakangi Tuhan, tidak mahu Tuhan, dan tidak sanggup bekerjasama dengan Tuhan. Sekarang Tuhan memberi kita “hati baru”. Ini bukan bermaksud bahawa Dia memberi kita satu hati lagi selain hati lama kita, tetapi menerusi kelahiruan Roh Kudus, Dia melembutkan “hati batu” kita agar menjadi “hati daging”, dan dengan itu memperbaruinya menjadi “hati baru”. “Hati baru” ini cenderung terhadap Tuhan serta mendambakan Tuhan dan hal-hal Tuhan. Hati ini satu organ baru untuk cenderung terhadap Tuhan dan mengasihi-Nya; ia membolehkan kita sanggup bekerjasama dengan Tuhan dan juga sanggup membenarkan hayat Tuhan menyebar dan bekerja secara bebas dari dalam ke luar.

Roh yang kita punyai pada asalnya menjadi mati dan lama lantaran terpisah daripada Tuhan; oleh itu, ia dipanggil “roh lama”. Memandangkan “roh lama” ini telah kehilangan keupayaannya untuk bersekutu dengan Tuhan dan berhubung dengan Tuhan, maka ia secara semula jadi tidak dapat bekerjasama dengan Tuhan. Sekarang Tuhan memberi kita “roh baru”. Ini bukan bermaksud bahawa Dia memberi kita satu roh lagi selain “roh lama” kita, tetapi menerusi kelahiruan Roh Kudus, Dia menghidupkan “roh mati” kita agar menjadi “roh hidup”, dan dengan itu memperbaruinya menjadi “roh baru”. Roh baru ini dapat bersekutu dengan Tuhan serta dapat menanggap-faham Tuhan dan hal-hal rohani. Roh ini satu organ baru untuk menghubungi Tuhan; ia membolehkan kita bekerjasama dengan Tuhan dan juga membenarkan hayat Tuhan, menerusi persekutuan kita dengan Tuhan, menyebar dan bekerja dari dalam ke luar.

Dengan adanya hati baru, kita sanggup bekerjasama dengan Tuhan, dan dengan adanya roh baru, kita mampu bekerjasama dengan Tuhan. Walau bagaimanapun, hati baru dan roh baru ini paling-paling pun hanya membuat kita sanggup mendambakan Tuhan dan mampu menghubungi Tuhan lalu membenarkan hayat Tuhan menyebar dan bekerja secara bebas dari dalam ke luar, tetapi tidak dapat memenuhi tuntutan Tuhan yang tidak terhad itu pada kita supaya kita mencapai standard divin Tuhan sendiri. Oleh itu, apabila Tuhan melahirukan kita, Dia lebih-­lebih lagi melakukan satu perkara yang paling mulia dan melangkau: Dia meletakkan Roh-Nya sendiri, iaitu Roh Kudus, ke dalam roh baru kita. Roh Kudus ini ialah perjasadan Kristus, dan Kristus pula ialah perjasadan Tuhan. Oleh itu, Roh Kudus masuk ke dalam kita bererti Tuhan Tritunggal masuk ke dalam kita. Dengan cara ini, Pencipta dan makhluk ciptaan disatukan. Oh, ini benar-benar satu perkara yang patut kita puji! Tambahan pula, Roh Tuhan, iaitu Roh abadi atau Roh yang tidak terhad, mempunyai fungsi-fungsi yang tidak terhad dan kekuatan yang melangkau. Oleh itu, apabila Dia huni dalam roh baru kita, Dia dapat menggunakan kudrat-Nya yang tidak terhad itu untuk mengurapi dan membekali kita, bekerja dan bergerak dalam kita supaya kita dapat memenuhi tuntutan Tuhan yang tidak terhad itu pada kita, dan dengan itu membenarkan hayat Tuhan menyebar secara berterusan dari roh kita, melewati sukma kita, ke dalam tubuh kita, dan akhirnya menyebabkan kita mencapai tahap yang mulia itu, yakni menjadi serupa sepenuhnya dengan Tuhan! Haleluya!

Satu perkara diwahikan dengan jelas kepada kita di sini: Cara penyelamatan Tuhan dan pembaikan diri manusia adalah berbeza dari segi asasnya. Pembaikan diri manusia cumalah usaha yang dikerjakan pada sukma dan tubuh serta fungsi masing­-masing yang dimiliki manusia pada asalnya. Biarpun pembaikan diri berjaya, hal ini masih sangat terhad kerana kudrat manusia adalah terhad. Bagi penyelamatan Tuhan pula, meskipun ia juga melewati setiap bahagian dalam sukma kita dan beransur-ansur memperbarui setiap bahagian itu hingga mencapai tubuh, namun butir utamanya ialah Roh Tuhan, yang membawa hayat Tuhan bersama-sama, ditambahkan ke dalam roh kita. Dengan mempunyai kudrat divin yang tidak terhad, ia dapat memenuhi tuntutan Tuhan yang tidak terhad itu dengan secukupnya. Ini satu penambahan, bukan pembaikan. Membaiki bererti membaiki apa yang sudah kita punyai pada asalnya, dan hal ini terhad; menambah bererti menambahkan sesuatu daripada Tuhan sendiri, dan hal ini tidak terhad. 

Apa yang telah kita katakan di atas sepatutnya membuat kita jelas bahawa kelahiruan menyebabkan kita menerima hayat Tuhan. Dalam hayat ini terkandung satu fungsi semula jadi, dan fungsi semula jadi bagi hayat ini ialah “hukum hayat”. Oleh yang demikian, hayat Tuhan ialah sumber hukum hayat ini, dan kelahiruan pula ialah asal bagi hukum hayat ini. Meskipun hukum hayat ini berasal daripada hayat Tuhan, namun ia masuk ke dalam kita menerusi kelahiruan. (bersambung...)

HUKUM HAYAT (Bahagian 1/11)
HUKUM HAYAT (Bahagian 3/11)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)