Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian BAHAGIAN PERJALANAN YANG TERAKHIR (Bahagian 1/2)
BAGAIMANA MENGENALI KEHENDAK TUHAN (Bahagian 2/2)
BAHAGIAN PERJALANAN YANG TERAKHIR (Bahagian 2/2)
BAHAGIAN PERJALANAN YANG TERAKHIR (Bahagian 1/2)
2020-06-05 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (38)

Nota Editor:

“Dikbang dan dikkak, ayat ini [Mrk. 6:45] memberitahu kita bahawa setiap daripada kita mempunyai sebuah perjalanan yang ditetapkan Tuan. Perkataan ‘mendesak’ di sini adalah sama dengan perkataan ‘mendesak’ dalam 2 Korintus 5:14. Tuan mendesak disipal-disipal melangkah ke dalam perahu. Tuan telah mati untuk mereka, dan sekarang Dia mendesak mereka memulakan perjalanan. Tuan mempunyai sebuah perjalanan untuk disipal, dan Dia mengarahkan mereka agar menempuhnya. Perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang Kristian ialah mencari perjalanan yang ditetapkan Tuan dan menempuh jalan itu dengan setia.”

“Tugas yang paling penting bagi setiap daripada kita ialah menyerah diri ke dalam tangan Tuhan dengan senyap, sabar, berdoa, mengabdikan diri, dan patuh, serta mencari panduan Tuhan dengan segenap hati. Kita harus rela patuh kepada-Nya dan sudi mematuhi kehendak-Nya sahaja. Kita harus memohon kepada-Nya agar menunjukkan kepada kita perjalanan yang ditetapkan-Nya bagi kita secara peribadi. Selepas itu, kita harus membayar segala harga untuk menempuh jalan itu dengan sepenuh hati.”

BAHAGIAN PERJALANAN YANG TERAKHIR 
(Bahagian 1/2)

(CWWN SET 1, JIL 10, BAB 3)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Mrk. 6:45-48 “Dengan segera Yesus mendesak disipal-disipal-Nya melangkah ke dalam perahu dan pergi dahulu ke seberang, ke arah Betsaida, sementara Dia menyuruh orang ramai itu pergi. Selepas mengucapkan selamat berpisah kepada mereka, Dia pergi ke gunung untuk berdoa. Apabila tibanya senja, perahu itu berada di tengah-tengah laut dan Yesus berseorangan di darat. Melihat mereka terseksa semasa mendayung, kerana angin bertentangan dengan mereka, Dia pergi ke arah mereka kira-kira masa kawal keempat pada waktu malam, dengan berjalan di atas laut, dan Dia berhajat hendak melewati mereka.”

Petikan Bible ini [Mrk. 6:45-52] sering menjadi bantuan kepada saya, malah menjadi bantuan saya sepanjang masa. Sebelum petikan ini, kita melihat Tuan Yesus memberi makan kepada lima ribu orang dengan lima roti dan dua ikan. Selepas petikan ini, kita melihat Tuan Yesus menyembuhkan banyak pesakit. Ketiga-tiga peristiwa ini merupakan satu tamsil besar yang melambangkan jangka masa dari kematian Tuan Yesus di atas salib hingga masa Dia menubuhkan kingdom. Tiga peristiwa ini membicarakan bagaimana Tuan (1) disalibkan untuk kita; (2) naik ke syurga dan menjadi Hentar Agung untuk kita; dan (3) akan datang lagi pada masa hadapan untuk menubuhkan kingdom.

Yohanes 6 juga mencatat peristiwa Tuan memberi makan kepada lima ribu orang dengan lima roti dan dua ikan. Namun catatan di situ lebih panjang. Catatan itu mengatakan bahawa selepas Tuan Yesus mengagihkan roti dan ikan, Dia selanjutnya membicarakan suatu kebenaran yang penting, iaitu “Akulah roti hidup yang turun dari syurga” (ay. 51). Tuan bermaksud bahawa sebagaimana orang ramai dikenyangkan dengan roti pada hari itu, begitu juga mereka akan beroleh hayat abadi dengan makan daging-Nya dan minum darah-Nya. Oleh itu, peristiwa Tuan mengagihkan roti mentamsilkan kematian-Nya untuk kita, iaitu tubuh-Nya dipecahkan dan darah adi-Nya tertumpah.

Markus 6:46 berkata, “Dia pergi ke gunung untuk berdoa.” Ini mentamsilkan Tuan Yesus naik ke syurga menjadi Hentar Agung untuk berdoa bagi kita di hadapan Tuhan. Ayat 53-56 mentamsilkan Tuan akan kembali untuk mendirikan kingdom-Nya dan menyembuhkan banyak pesakit.

Pembicaraan kita hari ini adalah berkenaan peristiwa Tuan mengarahkan disipal-disipal menyeberangi laut. Peristiwa ini terselit di antara salib dan kingdom, iaitu selepas salib dan sebelum kingdom. Peristiwa ini adalah untuk hari ini, iaitu zaman gereja, dan berkenaan hal-hal yang akan berlaku dalam tempoh selepas salib dan sebelum datangnya kingdom, serta sikap kita yang sewajarnya. Hari ini penekanan saya bukan pada apa yang dilakukan Tuan untuk kita, tetapi apa yang harus kita lakukan.

Ayat 45 berkata, “Dengan segera Yesus mendesak disipal-disipal-Nya melangkah ke dalam perahu dan pergi dahulu ke seberang, ke arah Betsaida, sementara Dia menyuruh orang ramai itu pergi.” Dikbang dan dikkak, ayat ini memberitahu kita bahawa setiap daripada kita mempunyai sebuah perjalanan yang ditetapkan Tuan. Perkataan “mendesak” di sini adalah sama dengan perkataan “mendesak” dalam 2 Korintus 5:14. Tuan mendesak disipal-disipal melangkah ke dalam perahu. Tuan telah mati untuk mereka, dan sekarang Dia mendesak mereka memulakan perjalanan. Tuan mempunyai sebuah perjalanan untuk disipal, dan Dia mengarahkan mereka agar menempuhnya. Perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang Kristian ialah mencari perjalanan yang ditetapkan Tuan dan menempuh jalan itu dengan setia. Dalam kalangan percayawan hari ini, wujud suatu keadaan yang tidak elok, iaitu banyak percayawan tidak mencari perjalanan yang telah ditetapkan Tuan untuk mereka secara peribadi. Sesetengah orang mungkin telah mencari perjalanan itu, tetapi mereka tidak mengambil jalan itu. Inilah puncanya kehidupan mereka dipenuhi kematian rohani, kesuraman, dan pengehadan, dan inilah sebabnya berlaku banyak perselisihan dan perbalahan dalam kerja Tuhan. Tugas yang paling penting bagi setiap daripada kita ialah menyerah diri ke dalam tangan Tuhan dengan senyap, sabar, berdoa, mengabdikan diri, dan patuh, serta mencari panduan Tuhan dengan segenap hati. Kita harus rela patuh kepada-Nya dan sudi mematuhi kehendak-Nya sahaja. Kita harus memohon kepada-Nya agar menunjukkan kepada kita perjalanan yang ditetapkan-Nya bagi kita secara peribadi. Selepas itu, kita harus membayar segala harga untuk menempuh jalan itu dengan sepenuh hati.

Dengan membaca Lukas 9:10, kita tahu bahawa tempat pengagihan roti itu bernama Betsaida. Apabila kita merujuk peta, kita akan mendapati dua tempat yang bernama Betsaida. Satu terletak di timur laut Kapernaum, dan satu lagi di barat daya Kapernaum. Tuan mengarahkan disipal-disipal bertolak dari Betsaida di sebelah timur laut untuk ke Betsaida di sebelah barat daya.

Markus 6:46 berkata, “Selepas mengucapkan selamat berpisah kepada mereka, Dia pergi ke gunung untuk berdoa.” Gambaran di sini menunjukkan bagaimana Tuan kita telah meninggalkan disipal-disipal-Nya lalu naik ke syurga ke sebelah kanan Bapa untuk menjalankan kerja doa-pinta. Dia meninggalkan disipal-disipal-Nya di dunia untuk menempuh perjalanan yang diperuntukkan-Nya bagi mereka.

Ayat 47 dan 48 berkata, “Apabila tibanya senja, perahu itu berada di tengah-tengah laut dan Yesus berseorangan di darat. Melihat mereka terseksa semasa mendayung, kerana angin bertentangan dengan mereka, Dia pergi ke arah mereka kira-kira masa kawal keempat pada waktu malam, dengan berjalan di atas laut, dan Dia berhajat hendak melewati mereka.” Apakah yang dihadapi disipal dalam perjalanan itu? “Apabila tibanya senja.” Waktu malam sudah tiba, dan perahu berada di tengah-tengah laut. Kristus ialah cahaya dunia, namun Dia telah meninggalkan dunia ini. Semasa Dia datang lagi, Dia akan menjadi Bintang Fajar dan Suria. Namun dari kenaikan Kristus ke syurga sampailah perkembalian-Nya, dunia ini berada dalam suatu malam yang panjang. Menurut pandangan manusia, dunia semakin terang dan semakin maju berkembang. Namun menurut sabda Tuhan, “malam sudah larut” (Roma 13:12). Tuhan tidak mengatakan bahawa dunia sangat terang dan maju, sebaliknya Dia mengatakan malam sudah larut. Kita kini berada dalam malam ini. Oleh itu, kita berasa bahawa sekitaran kita penuh dengan kegelapan. Adakah kamu merasakan sekitaran kamu gelap-gelita? Jika kamu tidak tahu apa itu kegelapan dan jika kamu tidak merasakan bahawa sekeliling adalah gelap-gelita, maka saya takut bahawa kamu telah sebati dengan dunia. Sekiranya kita selalu bergerak-hidup dalam cahaya dan selalu mendekati Tuhan, hidup dalam Kristus, terus-menerus menghakimi kerja tubuh daging, dan mematuhi pimpinan Roh Kudus, sudah tentu kita akan menyedari bahawa dunia ini betul-betul dunia yang gelap.

“Perahu itu berada di tengah-tengah laut.” Perjalanan kita masih belum sampai garis penamat. Walaupun soal kita beroleh hayat abadi dan tidak akan binasa itu sudah diselesaikan dan masalah ini tidak akan timbul lagi, namun sama ada kita akan setia atau gagal dalam sejarah kita di bumi, sama ada kita akan setia hingga akhir atau kita berubah di pertengahan jalan, hal ini masih belum ditentukan. Perahu masih berada di tengah-tengah laut dan belum berlabuh di pangkalan. Oleh itu, bahaya dan kemungkinan untuk berpaling tadah masih ada. Kita tidak harus terlalu berkeyakinan bahawa kesudahan kita sudah muktamad. Kita memang harus bergirang kerana kita berada dalam perjalanan yang betul, tetapi bagaimana kita lari dan bagaimana kita akan menamatkan perjalanan ini masih menjadi satu persoalan. 

Semasa disipal-disipal berada dalam perjalanan, apakah yang dihadapi mereka? “Mereka terseksa semasa mendayung, kerana angin bertentangan dengan mereka!” Dikbang dan dikkak, jika perjalanan kamu bertentangan dengan angin, sudah tentu orang yang bergerak lawan arah dengan kamu akan mengikut angin. Jika dari timur laut ke barat daya, angin bertiup dalam arah bertentangan, maka sudah tentu dari barat daya ke timur laut, angin adalah lancar. Sekiranya perjalanan orang Kristian tidak bertentangan dengan angin, saya akan meragui sama ada jalan itu benar-benar ditetapkan Tuan atau tidak. Kita harus berjalan di jalan yang ditetapkan Tuan. Tuhan telah menentukan kedudukan kita di dunia. Dia berkata, “Dunia membenci kamu” (Yoh. 15:18-19). Perjalanan kita adalah menyongsong angin. Jika kita tidak pernah ditentang, dicemuh, atau ditindas orang di dunia, maka kedudukan kita pasti bukan kedudukan yang diberikan Tuan kepada kita. Kita sepatutnya bertemu dengan angin yang bertentangan; kita tidak harus bergerak mengikut angin. Sekiranya kita berjalan mengikut ketetapan Tuan, iaitu dari timur laut ke barat daya, sudah tentu kita akan menghadapi angin sakal. Jika tidak, perjalanan kita patut dipersoalkan. 

“Mereka terseksa semasa mendayung, kerana angin bertentangan dengan mereka!” Setiap percayawan yang setia akan merasakan perkara ini—terseksa semasa mendayung, kerana angin bertentangan dengannya! Beberapa tahun kebelakangan ini, godaan semakin banyak dan semakin besar. Seolah-olah orang yang kepunyaan Tuan benar-benar banyak musibah. Tubuh mereka sering lemah dan jatuh sakit. Keluarga pula selalu berselisihan dan bermasalah. Kerja dan rezeki tidak lagi senang seperti dahulu. Masyarakat dan negara semakin menindas dan menyerang mereka. Tambahan pula, Syaitan dan roh-roh jahat cuba sedaya upaya mencetus pelbagai masalah untuk menganiayai dan menghapuskan percayawan. Oh, semuanya angin sakal! Sekiranya kita berdiri teguh di jalan yang ditetapkan Tuan, kita akan menyedari angin adalah bertentangan arah dan sungguh terseksa! Bagaimana pula dengan keadaan gereja beberapa tahun ini? Kita tidak melihat Tuan membangkitkan orang yang amat berguna kepada-Nya. Heresi-heresi semakin menular. Penipuan roh-roh jahat semakin kerap. Keadaan duniawi semakin menjadi-jadi. Dalam generasi ini, jika kamu langsung tidak membelok dari jalan yang ditetapkan Tuan, masakan kamu tidak terseksa apabila berhadapan dengan angin yang bertentangan arah?

Walau bagaimanapun, kita lebih rela terseksa daripada dihanyutkan. Kita lebih sanggup bersusah payah mendayung daripada dihanyutkan arus. Kita lebih rela menempuh perjalanan yang susah daripada mengambil jalan mudah dan dihanyutkan. Jika kita ingin menyusur angin, tidak perlu kita berpatah balik. Asalkan kita berhenti mendayung, angin akan menghantar kita balik ke tempat asal. Dihanyutkan tidak memerlukan tenaga. Namun jika kita ingin berdiri teguh, kita akan berasa seksa. Asalkan kita menyerah sedikit, lepas tangan sedikit, berundur sedikit, lantas angin akan menghantar kita balik tanpa menggunakan sedikit tenaga. Mengasihi dunia tidak perlu menggunakan tenaga; mengikut dunia juga tidak perlu berusaha. Berdiri teguh demi Tuan dan kekal setia demi Tuan pasti akan mengundang angin sakal dan mengalami keseksaan mendayung.

Dikbang dan dikkak sekalian, amat mudah sekali untuk kembali ke tempat asal. Sekaranglah masanya kita membuat pilihan dan berlaku setia. Semoga kita berjalan di perjalanan yang ditetapkan Tuan. (bersambung...)

BAGAIMANA MENGENALI KEHENDAK TUHAN (Bahagian 2/2)
BAHAGIAN PERJALANAN YANG TERAKHIR (Bahagian 2/2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)