Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (243)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (242)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (244)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (243)
2020-12-27 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (243)

Bacaan Bible:

Ibr. 11:1 2 Iktikad ialah substansiasi bagi hal-hal yang diharapkan, keyakinan penuh atas hal-hal yang tidak kelihatan. 

2 Kor. 4:18 Kerana kami tidak memperhatikan hal-hal yang dapat dilihat tetapi hal-hal yang tidak dapat dilihat; kerana yang dapat dilihat adalah sementara tetapi yang tidak dapat dilihat adalah abadi.

Dalam seluruh alam semesta terdapat dua kategori hal: hal yang dapat dilihat dan hal yang tidak dapat dilihat (Kol. 1:16). Menurut sejarah dan menurut situasi sebenar alam semesta, hal yang tidak dapat dilihat mengawal hal yang dapat dilihat. Misalnya, bahagian diri kita yang dapat dilihat, iaitu tubuh kita, bukan faktor yang mengawal diri kita. Sebaliknya, bahagian yang tidak dapat dilihat itulah yang merupakan faktor yang mengawal. Kita bukan dikawal oleh tubuh kita tetapi dikawal oleh sesuatu di dalam yang tidak dapat dilihat namun benar. Selain itu, takdir kita, yakni masa depan kita, bukan menurut hal-hal yang dapat dilihat tetapi menurut hal-hal tidak dapat dilihat. Tuhan tidak dapat dilihat (ay. 15; 1 Tim. 1:17), dan seluruh alam semesta berada di bawah kawalan-Nya (Mzm. 103:19; Dan. 4:26). Jika kita melihat sejarah manusia berdasarkan Bible, kita akan menyedari bahawa seluruh sejarah manusia dikawal dan diarah bukan oleh hal-hal yang dapat dilihat atau orang yang dapat dilihat tetapi oleh Seorang yang tidak dapat dilihat (Kis. 17:26).

Hanya Bible, iaitu buku segala buku, memberitahu kita tentang hal-hal yang tidak dapat dilihat.…Orang yang arif memperhatikan hal-hal yang tidak dapat dilihat, iaitu hal-hal yang tidak kelihatan namun diwahikan dalam Bible (2 Kor. 4:18). Percayawan dalam Kristus tidak pernah melihat Tuhan, namun mereka percaya kepada-Nya dan mengasihi-Nya kerana Bible mewahikan-Nya (1 Ptr. 1:8). Begitu juga, kita tidak pernah melihat hayat abadi atau roh kita, namun kita mempercayai hal-hal yang tidak dapat dilihat ini kerana Bible mewahikannya kepada kita.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 1, Hari 6.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (242)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (244)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)