Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (242)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (241)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (243)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (242)
2020-12-26 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (242)

Bacaan Bible:

Ef. 3:17   Agar Kristus dapat berumah dalam hatimu menerusi iktikad…

Ibr. 11:6   Tanpa iktikad, mustahil untuk menjadi berkenan pada Tuhan, kerana dia yang datang ke hadapan kepada Tuhan harus percaya bahawa Tuhan adalah dan bahawa Dia pemberi ganjaran kepada mereka yang berusaha mencari-Nya.

Apa jua yang ditanggap-faham melalui iktikad ialah satu misteri. Atas sebab ini, zaman sekarang ialah zaman iktikad dan zaman misteri. Selain itu, apa jua yang merupakan misteri berasal daripada kurnia.…Tuhan adalah penuh misteri, dan Roh Tuhan juga adalah penuh misteri. Kristus dalam kita adalah penuh misteri dan penyelamatan, kelahiruan, justifikasi, serta pengudusan kita juga penuh misteri. Tubuh Kristus juga merupakan satu misteri. Melalui iktikad, kita mengetahui bahawa gereja bukan sekadar suatu perhimpunan atau jemaah tetapi merupakan Tubuh Kristus, dan melalui iktikad kita mengetahui bahawa kita ialah dikbang.…Berkenaan Roh divin dan roh manusia, kita tidak harus menaruh kepercayaan kepada perasaan kita. Menurut perasaan kita, kita mungkin beranggapan bahawa tidak adanya Roh divin dan roh manusia. Apabila kita datang kepada perkara berkenaan dua roh, kita harus berada dalam iktikad. Paulus mengisytiharkan, “Oleh sebab kami mempunyai roh iktikad yang sama menurut apa yang tertulis, ‘Aku percaya, maka aku berbicara,’ kami juga percaya, maka kami juga berbicara” (2 Kor. 4:13). Paulus bukan berbicara dalam roh pengetahuan atau perasaan, tetapi dalam roh iktikad. 

Hari ini, misteri Tuhan diketahui melalui iktikad. Zaman misteri bermula pada masa Tuan berinkarnasi; akan tetapi, apabila Dia menampakkan diri sekali lagi, zaman misteri akan berakhir.…Orang yang tidak percaya kepada Yesus hari ini akan melihat-Nya pada masa itu. Bagaimanapun, hari ini segala-gala yang rohani ialah satu misteri.…Oleh itu, kita harus melatih iktikad yang diberi oleh Tuhan kepada kita. Setiap orang Kristian mempunyai sesuatu dalamnya yang dipanggil iktikad. Kita tidak dapat menjelaskannya, namun kita memilikinya. Semakin kita percaya kepada Tuhan, Kristus, dan Bible, semakin gembiranya kita. Semakin kita mempercayai bahawa Kristus berada dalam kita dan sedang berumah dalam kita, semakin gembiralah kita dan semakin hiduplah kita.…Semakin kita percaya bahawa Roh divin menghuni roh kita secara dalaman, bekerja, bergerak, dan beroperasi dalam roh kita, semakin gembiralah kita.…Kita harus mempunyai iktikad yang lengkap dan kepastian penuh bahawa kita ada roh dan Roh Tuhan menghuni kita secara dalaman. 

Iktikad sentiasa mempunyai satu objek. Objek iktikad kita ialah sabda Tuhan. Melalui iktikad, kita mengetahui bahawa Tuhan wujud kerana Bible memberitahu kita bahawa Tuhan wujud. Begitu juga, melalui iktikad, kita mengetahui bahawa Tuhan mempunyai ekonomi kerana 1 Timotius 1:4 berkata begitu.…Roh itu berada dalam seluruh diri kita ialah satu hakikat. Akan tetapi, menurut pengalaman dan latihan kita, Roh itu adakalanya seakan-akan tidak berada dalam roh kita. Kita harus jelas akan apa yang dikatakan Bible. Semata-mata bergantung pada pengalaman, kita tidak memerlukan wahi; akan tetapi, untuk mempercayai apa yang dikatakan Bible, kita amat memerlukan wahi. Inilah sebabnya kita semua harus sering datang kepada Sabda. Semakin kita datang kepada Sabda dan mengenali apa yang ada dalamnya, semakin kita akan percaya secara spontan (bd. Roma 10:17).

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 1, Hari 5.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (241)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (243)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)