Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (231)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (230)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (232)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (231)
2020-12-15 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (231)

Bacaan Bible:

Yer. 31:33-34   Tetapi inilah waadah yang akan Aku dirikan…selepas hari-hari itu, isytihar Yehova: Aku akan meletakkan hukum-Ku ke dalam bahagian dalaman mereka dan menulisnya pada hati mereka.…Dan mereka tidak perlu lagi mengajar, masing-masing kepada jirannya dan masing-masing kepada saudaranya, dengan berkata, Kenalilah Yehova, kerana mereka semua akan mengenali Aku…, kerana Aku akan mengampunkan kesalahan mereka, dan dosa mereka tidak akan Aku ingati lagi.

Hari ini banyak orang telah percaya kepada Kristus, dan telah menerima berkat waadah baru, tetapi tidak menyedari isi kandungan waadah baru dan apa yang disempurnakan dan dihasilkan oleh waadah ini. Oleh itu, kita mempunyai beban untuk menekankan waadah baru berulang kali. Semoga kita semua melihat waadah baru dan diduduki sepenuhnya dengan waadah baru.

Dalam waadah baru, ada empat berkat yang telah dijanjikan: (1) mempropisiasikan ketidakadilbenaran kita dan melupakan (mengampunkan) dosa-dosa kita (Ibr. 8:12); (2) menaruh hukum hayat dengan menaruh hayat divin ke dalam kita (ay. 10a); (3) hak istimewa untuk memiliki Tuhan sebagai Tuhan kita, dan untuk kita menjadi umat-Nya — hayat divin membolehkan kita berbahagian dalam kenikmatan terhadap Tuhan dalam persekutuan dengan-Nya (ay. 10b); dan (4) fungsi hayat yang membolehkan kita mengenali-Nya dengan cara hayat dalaman (ay. 11). Menurut waadah yang telah disempurnakan Tuhan, keempat-empat berkat ini ialah janji-Nya. Namun menurut wasiat yang telah diwariskan Tuan kepada kita, keempat-empat berkat ini ialah warisan yang diberi-Nya. 

Sekarang mari kita lihat perihal pengampunan dosa-dosa. Ibrani 8:10 dan 11 membentuk satu pemikiran yang bersinambungan, manakala ayat 12 ialah satu lagi permulaan. Sila perhatikan perkataan kerana dalam ayat 12. Ayat ini berkata, “Kerana Aku akan berpropisiasi terhadap ketidakadilbenaran mereka, dan dosa-dosa mereka tidak akan Aku ingati lagi.” Perkataan kerana menunjukkan kepada kita bahawa perihal Tuhan berpropisiasi terhadap ketidakadilbenaran kita dan tidak akan mengingati dosa-dosa kita berlaku sebelum kita menerima hayat. Dalam erti kata lain, apa yang disebut dalam ayat 12 berlaku sebelum apa yang disebut dalam ayat 10 dan 11. Atas sebab ini, perkara pertama yang perlu dilihat ialah cara dosa-dosa kita diampunkan dan dibersihkan menurut waadah ini. 

Apa yang diingati Tuhan itu kita lupakan, dan apa yang tidak diingati Tuhan itu asyik kita ingat; ini sesungguhnya sesuatu yang amat dikesali! Sesetengah orang asyik berfikir, “Saya telah melakukan begitu banyak dosa yang besar — adakah Tuhan benar-benar telah mengampunkan semuanya? Adakah Tuhan benar-benar melupakannya?” Yang lain pula berfikir, “Tuhan telah menghapuskan dosa-dosa saya; akan tetapi, kesan penghapusan itu masih kekal ada. Setiap kali Tuhan melihatnya, Dia akan teringat semula tentang saya ini pendosa yang bagaimana.” Orang yang mempunyai pemikiran sebegini tidak mengenali apa itu waadah baru. Oleh itu, mereka tidak tahu bagaimana menikmati hak waadah baru.

Kita tidak harus lupa bahawa Tuhan mengampunkan dosa-dosa kita dan tidak akan mengingati dosa-dosa kita ialah penggenapan butir pertama dalam waadah baru.…Apabila Tuhan melihat darah Tuan Yesus, Dia mengampunkan dosa-dosa kita dan tidak akan mengingati dosa-dosa kita lagi. 

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (230)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (232)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)